Thursday 18 September 2014

Pengalaman Pembelian Secara Online

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Carian Google



Assalamualaikum, 

 
Perkembangan teknologi masa kini telah memudahkan kehidupan seharian. Kini membeli belah secara atas talian (online) menjadi pilihan ramai. Tidak perlu menempuh jalan raya yang sesak dan beratur panjang di kaunter. Proses pembelian sangat mudah dan pantas yang hanya memerlukan sambungan internet di mana-mana sahaja, ditambah pula dengan peranti-peranti (gadget) yang sangat canggih.



Kelebihan pembelian secara online adalah kita dapat membuat perbandingan harga dengan hanya melayari laman web dan blog penjualan tanpa perlu ke kedai. Kadang kala kita juga boleh mendapatkan produk yang mempunyai edisi terhad yang sukar dicari.


Saya lebih gemar membeli belah secara atas talian. Kebiasaanya sebelum saya membeli sesuatu produk berkenaan, saya akan membuat kajian terlebih dahulu dengan membaca maklum balas daripada blog ataupun bertanya pendapat rakan-rakan yang pernah membeli daripada laman web berkenaan. Selain itu juga, saya akan membuat perbandingan harga dengan melayari laman web, blog dan media sosial seperti Facebook dan Instagram. Ini untuk memastikan ianya selamat untuk berurus niaga. Segala-galanya sangat mudah untuk mencari kedai atas talian dengan menggunakan carian Google. Hanya perlu menaip produk yang di kehendaki di carian Google dan akan tersenarailah kedai atas talian serta maklumat produk. Kaedah ini memberi pelbagai maklumat mengenai produk,harga, kualiti produk, penjual, maklum balas produk dan sebagainya.

Selama saya berurusan jual beli secara atas talian, penjual akan melayan pertanyaan saya dengan baik. Kadang kala ada juga jawapan yang diberi tidak menepati citarasa saya. Oleh itu saya akan beralih kepada penjual yang lain. Saya sanggup bayar lebih jika produk dan perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik dan berkualiti serta saya yakin dengan urus niaga yang akan dilakukan.

Antara produk yang pernah saya beli secara atas talian adalah makanan sejuk beku untuk bayi , baju raya, pakaian menyusu, kelengkapan penyusuan, set penjagaan rambut, buku, mainan si kecil, tudung, hand sock, sarung kaki dan sebagainya. 





No comments: