Thursday 29 October 2015

BASIKAL UNTUK SHAIMA'

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi




Pastinya setelah menjadi ibu dan bapa, berbasikal adalah antara aktiviti wajib. Menguji kemahiran anak-anak menggunakan kaki dan tangan, menguji keseimbangan dan juga focus dalam kayuhannya. Memandangkan Shaima' sudah pandai mengayuh, kami belikan basikal untuknya. 

Sukar juga untuk mencari basikal yang sesuai untuknya. Hanya basikal ini sahaja yang kakinya sampai ke pedal. Anak kami agak rendag orangnya. Rendang-rendang pun aktiflah juga. Penat untuk mengejar. 

Pernah saya mengujinya untuk menunggang basikal berpandukan tiles yang bewarna hitam. Shaima' sangat focus ketika menunggangnya. Bagi saya menunggang basikal ini banyak kelebihannya. Beliau lebih focus, menguji kemahiran kaki dan tangan serta mata. Perlu bakul dihadapan supaya mudah untuk meletakan botol air dan "blue bear" kesayangannya.

Musim jerebu main dalam rumah sahajalah. Apabila jerebu dah reda barulah kami bawak Shaima' bermain. 

Kedai Online Kami













Wednesday 28 October 2015

AKTIVITI INDOOR BERSAMA ANAK-ANAK

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Apakah aktiviti anda bersama anak-anak di hujung minggu? ke taman permainan? Keadaan berjerebu sudah pastinya aktiviti di luar rumah perlu dielakan. 

Ini bermakna hanya aktiviti di dalam banggunan sahaja yang boleh dilakukan. Paling mudah sekali adalah aktiviti di dalam rumah. Mudah dan menjimatkan wang dan juga masa. Selain itu dapat menikmati kualiti masa bersama keluarga. 


Bermain Sembunyi-sembunyi.
Kanak-kanak 2 tahun ke atas pastinya gembira jika dapat menyembunyikan diri daripada ibu atau ayah. Pastinya mereka gemar menyorok di belakang langsir. Tawarkan diri untuk mencari mereka, anda membilang dengan suara yang kuat pasti mereka berlari mencari tempat persembunyian. Seronok juga permainan sebegini. Cubalah pasti anda terhibur dengan teletah mereka.

Mencari harta karun
Cipta permainan yang kreatif agar lebih menarik. Merangkak di bawah meja makan, menyelesaikan puzle bersama untuk mencari clue. Setiap destinasi ataupun "chek point" mereka perlu menyelesai soalan seperti mengenal huruf hijaiyyah. Kad imbas di tampal pada pintu ataupun dinding. Setelah berjaya menjumpai harta karun, bersoraklah dan ucaplah tahniah agar mereka merasai kemenangan dan usaha mereka berbaloi. Permainan seperti ini mengajar mereka agar bekerjasama, mereka memerlukan satu sama lain, ikatan keluarga lebih erat, komunikasi dua hala dan dapat bermain sambil belajar.

Bermain keretapi, boleh juga dilakukan di rumah dengan menyusun kerusi makan.


Memasak
Memberi galakkan kepada anak-anak untuk belajar memasak. Gunakanlah resepi yang mudah seperti membuat kek, kuih muih, cucur bawang dan sebagainya. Aktiviti yang sesuai untuk anak berusia 2 tahun hingga ke 4 tahun di dapur adalah menolong ibu dan ayah mengacau adunan ataupun mematahkan biskut untuk dijadikan kek. Para bapa perlu melibatkan diri dalam proses memasak ini untuk memberi sokongan kepada anak-anak.





Tuesday 27 October 2015

AQEELA NURSING WEAR : PANEL NURSING TOP

  • Potongan A-Line Sillhoute
  • Mempunyai poket disebelah kanan.
  • Material adalah cotton
  • Hanya perlu selak kiri atau kanan untuk menyusu bayi
  • Corak flora dan abstract yang menarik
  • Sentiasa kelihatan feminim, walaupun anda seorang yang aktif
  • Rekaan Cuffed Band dipergelangan tangan sesuai sebagai seorang muslimah. 
  • Size S,M,L,XL
  • Harga RM54 tidak termasuk kos penghantaran.

BERMINAT UNTUK MEMILIKINYA? WAATSUP "NAMA PRODUK, CODE" KE NO 0193361441



Leopard


rOSES


red


Pink


cheveron


fERN


bLue

grey


Monday 26 October 2015

BREASTMILK STORAGE



  • BPA Free
  • Double walled to preserve nutrients effectively
  • Medical grade material, perfect for safe and extended freezer storage
  • Thick laminate to prevent ink leeching
  • Pre-sterilised bags to ensure safe feeding
  • DOUBLE zipper top to prevent leakage
  • No-spill self-standing bottom
  • Heat sealed sides to prevent splitting
  • Easy to read designated area for date, name and time
  • Pre-calibrated ounce/ml markings for accurate measuring
Storage Instructions:
  • Leave some room at the top of the storage bag to allow for expansion when milk freezes
  • Label milk with the date and time it was expressed and always use the oldest stock first





AQEELA NURSING WEAR : PANEL NURSING TOP

CIRI-CIRI PANEL NURSING TOP 


  • Potongan A-Line Sillhoute
  • Mempunyai poket disebelah kanan.
  • Material adalah cotton
  • Sedikit elemen flora ­­­
  • Sentiasa kelihatan feminim, walaupun anda seorang yang aktif
  • Rekaan Cuffed Band dipergelangan tangan sesuai sebagai seorang muslimah. 
  • Size S,M,L,XL
  • Harga RM54 tidak termasuk kos penghantaran.
BERMINAT UNTUK MEMILIKINYA? WAATSUP "NAMA PRODUK, CODE" KE NO 0193361441


ROSES

Leopard


BLUE

RED

PINK

Chevron


Panduan Senaman Bersama Bayi dan Kanak-Kanak Kecil

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Di usia 4 bulan, berat adalah 7.8kg. Sesuai dijadikan dumbbell

Sedang study cara menguruskan berat badan yang betul semasa menjayakan penyusuan ibu. Salah satunya pastilah senaman. Perlunya senaman untuk ibu yang menyusu agar sentiasa sihat dan cergas. Perlu menjaga pemakanan agar mengambil makanan yang seimbang untuk menggantikan nutrisi yang hilang serta penghasilan susu ibu memenuhi kehendak bayi.

Buat masa sekarang ini, saya cuba mengurangkan air manis. Hanya minum air suam, saya tidak mengurangkan makan, tetapi makan lebih kerap kerana badan sentiasa lapar. Cuba mengelak daripada mengambil makanan yang manis dan masin. Makanan segera dan junk food cuba dihindari. Lebihkan pengambilan sayuran hijau dan buah-buahan serta serat. Diet yang melampau akan menjejaskan penghasilan susu. Disarankan untuk mengurangkan berat badan tidak boleh melebihi 1kg sebulan.

Senaman yang disarankan adalah "weight Trainning" seperti mengangkat dumbblle atau pun bayi sebagai dumbbell. Senaman lain adalah seperti Squat dan plank. Senaman yang mudah dilakukan dirumah. Di website Kevin Zahari terdapat senaman yang boleh dilakukan di rumah.

Antara senaman bersama ibu dan bayi hasil daripada carian google



Sunday 25 October 2015

N.A : MASITA NURSING DRESS.

Introducing..
.
MASITA nursing dress
.
Kenapa mommies kena dapatkan segera MASITA nursing dress?
.
✔ Diperbuat dari Material : Anna printed Clara Heaby Dull Satin yang tidak jarang, tidak panas, tidak mudah berkedut. PALING BEST SENANG GOSOK! (tak nak gosok pun boleh)
.
✔Bukaan Menyusu : Hanya selak SAHAJA, TIADA ZIP DAN BERBUTANG-BUTANG TAU!
.
✔Wudhu' Friendly : Ada hidden zip pada kedua-dua lengan
.
✔Design VERY LIMITED, EXCLUSIVE, RARE dan Nampak lagi muda dari usia, macam anak dara
.
✔Harga : RM169.00
Tapi tunggu  Sekejap, sebab dress ni SUNGGUH OHWSEM, mommies dapat

💋 Instant VOUCHER RM20 (boleh redeem terus tau)
💋 Postage FREE
.
🌟🌟JADI HANYA RM149 SAHAJA!!🌟🌟
.
Tawaran berganda ni khusus untuk 30 orang terawal

Berminat untuk memilikinya, waatsup ke 0193361441











AQEELA NURSING WEAR : STRING TOP

Ciri-ciri String Top
  • Potongan A-Line Sillhoute
  • Mempunyai poket disebelah kanan.
  • Material adalah cotton
  • Hanya perlu selak kiri atau kanan untuk menyusu bayi
  • Corak flora dengan warna -warna vintage dan paisley yang menarik
  • Sentiasa kelihatan feminim, walaupun anda seorang yang aktif
  • Rekaan Cuffed Band dipergelangan tangan sesuai sebagai seorang muslimah. 
  • Size S,M,L,XL
  • Harga RM50.40 tidak termasuk kos penghantaran.

BERMINAT UNTUK MEMILIKINYA? WAATSUP "NAMA PRODUK, CODE" KE NO 0193361441



Vintage Salmon


Vintage Sky Blue


Vintage Mint Green


Paisley Beige


Paisley Blue

 

Saturday 24 October 2015

AQEELA NURSING WEAR : KIMONO FISHTALE TOP

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: FB/ Website


MENARIKNYA KIMONO FISHTALE TOP
  • Potongan A-Line Sillhoute
  • Mempunyai poket disebelah kanan.
  • Material adalah cotton
  • Sedikit elemen flora ­­­
  • Sentiasa kelihatan feminim, walaupun anda seorang yang aktif
  • Rekaan Cuffed Band dipergelangan tangan sesuai sebagai seorang muslimah. 
  • Size S,M,L,XL
  • Harga RM50.40 tidak termasuk kos penghantaran.
BERMINAT UNTUK MEMILIKINYA? WAATSUP "NAMA PRODUK, CODE" KE NO 0193361441


BLACK

LIME GREEN

Pink



Brown

Maroon

Friday 23 October 2015

2IN1 WOODEN BLACKBOARD/ WHITEBOARD

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: facebook


HARGA PROMOSI 2IN1 WOODEN BLACKBOARD/ WHITEBOARD akan tamat pada pukul 12 tgh malam ini. Selepas jam 12 tgh malam harga akan kembali kepada harga pasaran iaitu RM60. Harga Promosi RM48.


Berminat waatsup ke 0193361441



Thursday 22 October 2015

Tahukah anda susu perahan boleh di campur dalam masa 24 jam?

Teks: Huzaimah Basar
Gambar Koleksi Peribadi

Tahukah anda susu perahan boleh di campur dalam masa 24 jam? Syaratnya susu tersebut mempunyai suhu (sejuk) yang sama. Contohnya jika sesi pertama perahan pada pukul 9 pagi adalah 2 onz dan sesi kedua 1 oz. kedua-dua susu berkenaan di simpan di tempat chiller peti ais. Apabila suhu sejuk adalah sama, campurkan kedua-duanya dan hasilnya akan menjadi 3 oz. Jika anda tidak pasti bolehlah tunggu untuk beberapa jam lagi barulah dicampur.

Kaedah saya adalah bahagian peti ais bahagian atas chiller bahagian belakang dikosongkan. Susun setiap susu perahan mengikut sesi perahan. Kebiasaanya 2 hari sekali barulah saya campurkan untuk cukupkan sekali minum. Ada saya ceritakan disini.
Ataupun, setiap kali menyimpan susu perahan, lebihan sesi pertama dan kedua dicampurkan. Begitulah seterusnya. 

Contoh hasil perahan untuk hari Pertama.
6pagi: 6oz
9pagi: 1oz
12tengah hari: 7 oz
3petang: 1oz
4.45petang: 6oz
10malam: 4oz 
Jumlah adalah 25oz

Contoh hasil perahan untuk hari Kedua.
6pagi: 5oz
9pagi: 1oz
12tengah hari: 7 oz
3petang: 1oz
4.45petang: 5oz
10malam: 4oz 
Jumlah adalah 23oz

Anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut
  1. Pastikan jumlah susu yang perlu dibekalkan ke rumah pengasuh ataupun taska untuk sehari. 
    • Contohnya bayi saya minum 6 kali sehari, dan setiap sesi sebanyak 4 oz. Jumlah untuk sehari adalah 24oz
  2. Simpan susu perahan ke dalam milk storage dengan jumlah yang diperlukan oleh bayi. Susu yang dibekukan adalah untuk jangka hayat yang lebih panjang.
    • Jika anda menyimpan didalam botol susu 5oz, jumlah yang diminum bayi adalah 4oz. Simpan sebanyak 4oz ke dalam botol susu. 
    • Jika anda menggunakan breastmilk storage bag untuk 12oz, disarankan untuk menyimpan sebanyak 8oz untuk dua kali minum untuk mengelakkan pembaziran.  
  3. Pastikan sebotol mengandungi 4oz susu untuk mengetahui jumlah keselurahan hasil perahan. Rekod hasil perahan anda untuk rujukan.
  4. Jika hasil perahan mempunyai lebihan ataupun kurang dari jumlah yang diperlukan. Lakukan kaedah ini.
    • Didapati hasil hari pertama mempunyai lebihan 1oz. Pindahkan 3oz hasil pada hari kedua pada sesi yang pertama ke dalam botol susu yang mengandungi 1oz susu. Begitulah seterusnya. 
    • Hari ke dua pula kurang 1oz. Apabila dijumlahkan hasil hari pertama dan kedua, hasilnya adalah 48oz cukup untuk dua hari bekalan ke taska ataupun rumah pengasuh. 

Hasil perahan untuk dua hari.

Jika anda berminat untuk tempahan Milk storage boleh waatsup ke no 0193361441. 
Persilakan untuk melihat Produk kami di sini.

Tuesday 20 October 2015

Tips Menyimpan Chilled EBM

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi

Kebiasaanya saya akan menyimpan susu perahan di dalam peti ais tanpa dibekukan (Chilled EBM). Chilled EBM akan dipindahkan ke dalam breastmilk storage  2 hari sekali. Sistem ini  menjimatkan masa pembersihan dan proses sterilizer botol susu dan peralatan pam. 

Chilled EBM bertahan selama 3 hingga 4 hari, dan selepas itu perlu dibekukan untuk jangka hayat yang lebih lama.

Chilled EBM akan di sukat terlebih dahulu. Kebiasaan bayi saya akan minum 4oz sekali minum. Dalam sehari bayi saya akan minum 6 kali. Oleh itu saya akan hanya akan menyimpan 8oz ke dalam breastmilk storage untuk dua kali minum. Saya suka menggunakan breastmilk storage jenama Autumz. Plastiknya yang agak keras dan mempunyai double zip lock untuk mengelakan susu tertumpahan. 



Menunggu giliran untuk di pindahkan ke breastmilk storage. Banyakkan koleksi botol susu "Jingle Junggle" saya. Sesuai dengan neck pam medela freestyle. Botol lain selalunya ada kebocoran ketika mengepam. "Jinggle jungle" pilihan saya :)

Cara memindahkan chilled EBM, agar tidak tumpah.


 
Berminat? waatsup ke 0193361441    

Friday 16 October 2015

TIPS UNTUK ANAK TIDUR AWAL

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi

Masa critical apabila bertiga 6.30 ptg-8.00 malam. Kakak nak makan, adik pula nak tidur, umi pula nak solat maghrib. Tiba-tiba dua-dua meragam, umi pun jadi panik. Anak baru dua, dah terasa kalut. 

Anak-anak memang tidur awal sekitar pukul 9 malam mereka dah tidur. Kadang kala umi pun tumpang tidur sama. Semakin membesar si kakak akan tidur lewat sedikit. Saya akan pastikan mereka semua tidur sebelum pukul 9 malam.

Tips untuk anak tidur awal
  • Beri mereka makan atau susu secukupnya
  • Waktu tidur yang konsistent.
  • Bermain mainan yang menguji moto skill mereka seperti membutang baju, melukis dan sebagainya.
  • Bacakan buku atau bercerita sebelum tidur. Minda mereka akan berfikir serta memberi tumpuan. Otak mereka akan cepat letih dan mudah untuk tidur.
  • Jangan beri mereka makanan yang mengandungi gula dan makanan yang berasaskan cekolat. Ini kerana mereka akan lebih aktif
  • Tiada mainan di tempat tidur
  • Jauhkan ipad dan gadjet daripada mereka.
 


Pakej Asas Al-furqan RM58

Set Bacalah Anakku RM40