Monday 16 December 2013

Sikap ingin tahu bayi

Teks: Huzaimah Basar

 Assalamualaikum,

Shaima' sudah semakin membesar. Sifat ingin tahu semakin tinggi. Diselongkarnya  laci, kotak tisu dan sebagainya. Shaima' juga suka memasukkan barang di dalam mulut. Oleh kerana shaima' suka bermain dengan laci dan kotak tisu, saya pun meletakan mainan shaima' di dalam laci. Kalau di larang nanti perasaan ingin tahu nya terbantu. Untuk situasi shaima', dia akan mengamuk. Oleh sebab itu saya replace barang-barang di dalam laci dengan barang mainan shaima'. Untuk kotak tisu saya replace dengan sapu tangan, topi shaima' yang tidak digunakan. Kain perca juga bole digunakan. Oleh kerana tiada kain perca saya letakan sapu tangan.








Saturday 7 December 2013

Tip mengepam bersama bayi : Makan dapat melekakan bayi

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum,

Selain memasang video/ youtube kegemaran anak-anak. Boleh juga memberi mereka makan biskut ataupun buah-buahan. Hanya valid untuk bayi yg telah makan solid food.

Kebiasaan saya memberi Shaima' makan biskut baby. Take time juga lah dia nak hbs. Shaima' akan habis makan dahulu sebelum sesi mengepam habis. Terpaksa kreatif untuk bermain dengan Shaima'. Alhamdulillah Shaima' pandai makan dan memegang sendiri makanan. Tetapi haruslah memantau anak-anak ini makan agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Shaima' sedang menikmati pisang bersama feed feeder. Agak laju juga shaima' makan. Kena standby pisang di sisi untuk refil ke dalam feed feeder. 

Kusyuk Shaima' menikmati biskutnya. Cuma penat mengemas serbuk-serbuk biskut yang bersepah.

Pagi-pagi lagi shaima' dah sarapan pagi. 1st session selalunya bagi Shaima' makan bubur nasi. Senang cerita Shaima' suka sangat makan. Hulurlah apa-apa pun, dia akan buka mulut. 😆😅

Thursday 5 December 2013

Tips mengepam apabila bersama bayi : Memasang youtube huruf Hijaiyah

Hari ini Shaima' bangun lambat, pukul 6.30 baru bangun. Mengambil kesempatan ini untuk solat subuh dan mengepam sambil bersantai di atas katil. Lagipun takut tiba-tiba Shaima' bangun turun katil. Ayah Shaima' shift malam, tinggallah kami berdua. Agak sukar untuk handle Shaima' yang sedang aktif di waktu pagi. Pagi hari task umi nya adalah mandi, solat subuh serta mengepam untuk 1st session. Kalau sempat Shaima' akan di mandi kan sebelum ke taska. 

Apa yang menariknya pagi tadi, Shaima' bangun lambat. Sempatlah solat subuh dan mengepam. Sedang syok mengepam, Shaima' bangun golek-golek dan main tetiba menangis. Ermm, idea pun datang dengan memasang nasyid huruf hijaiyah. Excited lah si Shaima' menontonnya. Bunyi keretapi yang melucukan serta huruf yang bergerak-gerak, dengan huruf alif yg terjatuh dan penampilan pelangi yang menarik minat Shaima'. Selesai mengepam, main kat ruang keluarga plak, boleh lah umi nya mandi serta brsiap untuk pergi kerja. Task ada lagi di bawah menunggu, memang berpeluh di waktu pagi. Task di bawah plak adalah menyediakan makan Shaima', beg keperluan taska serta memberi makan kepada Shaima'. Breasfeed sangat memcabar, lebih-lebih lagi untuk mengumpul stock apabila bersama bayi. Selain perlu mahir kaedah tandem, perlu kreatif bermain bersama bayi. Semoga tip ini dapat membantu mommy-mommy yang lain.