Monday 28 March 2016

Melisa Mix Instant Shawl (Hayat Hijab)

' SARUNG JE MELETOP '

.
Bile Kali Terakhir anda di puji menjadi pujaan hati cik abang? Di puji rakan sepejabat? Di puji Mak Mertua & Jiran-jirannya?


' Alhamdulillah manisnya isteri abang bertudung labuh, manis dan sopan je isteri abang ni. Suka abang tengok 😍. Nanti belilah lagi ya, abang bagi duit.

.
'Anis, mana beli INSTANT SHAWL LABUH ni ? Canteknya, labuh pulak tu. Sedap ni kain ni..LEMBUT DAN BERALUN je kan. TAK JARANG pulak tu. Teringin la nak cantik dan nampak sopan macam kau. Kat mana beli shawl ni ?

.
Yang pasti MELISSA MIX INSTANT SHAWL akan membuatkan anda kelihatan lebih CANTIK, SOPAN DAN ANGGUN 😍😍 serta MENUTUP AURAT.


🎀 APA ISTIMEWANYA MELISSA MIX NI 🎀

✔ Menggunakan Material yang HIGH QUALITY (CHIFFON CREPE + SOFT COTTON) dijamin flowy, jatuh terletak & beralun.

✔ Selesa, Sejuk , TIDAK JARANG & Senang Iron (minima iron).

✔ Nursing Friendly (Labuh menutupi dada memudahkan ibu-ibu menyusu baby)

✔ Ukuran 2.0m x 80cm (BIDANG 60)

✔ 14 PILIHAN WARNA PASTEL yang boleh membuatkan anda menangis 😂

✔ Sesuai untuk semua PERINGKAT UMUR dan apa-apa majlis ataupun santai.



.
.
Jangan Tunggu lama-lama.STOK TERHAD..
.
Cepat-cepat  whatsapp  +60193361441

.
>>> Whatsapp MM ke +60193361441
>>> Whatsapp MM ke +60193361441
>>> Whatsapp MM ke +60193361441

klik link ini untuk melihat lebih banyak lagi gambar daripada customer Feedback dan like page kami 
Fb: Huzma
CustomerFeedback: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.837124173082820.1073741830.802203319908239&type=3

JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA

SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH 💋💋💋

#hayathijab
#huzma













Cara Atasi Anak Susah Makan Sayuran

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Semakin si kakak membesar, semakin pandai memilih terutamanya menu makanan. Sekarang ini usianya sudah 3 tahun lebih. Makan memilih, sudah pasti sayur bukan pilihannya. Ligat juga kepala ini memikirkan cara yang terbaik untuk menggalakannya memakan sayuran. Walaubagaimanapun ibubapa perlulah memakan sayuran di dalam setiap hidangan. 

Kaedah yang saya gunakan sejak akhir-akhir ini adalah menceritakan kesan daripada tidak mengambil sayur-sayuran di dalam setiap hidangan. Penceritaan perlulah yang logik. Kanak-kanak akan menggunakan maklumat yang diberi, oleh itu ibubapa perlu menggunakan maklumat yang logik.

Saya mengatakan kepada si kakak jika dia tidak memakan sayur, kakak tidak akan kuat. Kebetulan pula ketika kakak sedang bermain layang-layang, dia terjatuh. Saya menggunakan peristiwa berkenaan untuk mempengaruhi mindanya. 

Disebabkan kakak tidak berhati-hati dan di tambah pula tidak makan sayur, kakak tidak ada tenaga dan kekurangan vitamin. Oleh sebab itulah kakak mudah terjatuh. Nanti luka juga sukar untuk sembuh (baca:baik).

Sebelum tidur juga saya akan menceritakan perkara yang sama. Berceritalah setiap hari, semoga minda separuh sedar anak-anak akan menerimanya. Lama-kelamaan mindanya menerima input yang disampaikan. 

Ketika makan malam kakak meminta sayur lobak merah. Kaedah yang saya gunakan nampaknya berjaya mempengaruhi mindanya untuk memakan sayur. Selepas ini perlu kreatif pula supaya kakak memakan sayuran hijau.


======================================================================

 "SARUNG JE MELETOP"

.
Bile Kali Terakhir anda di puji menjadi pujaan hati cik abang? Di puji rakan sepejabat? Di puji Mak Mertua & Jiran-jirannya?


' Alhamdulillah manisnya isteri abang bertudung labuh, manis dan sopan je isteri abang ni. Suka abang tengok 😍. Nanti belilah lagi ya, abang bagi duit.

.
'Anis, mana beli INSTANT SHAWL LABUH ni ? Canteknya, labuh pulak tu. Sedap ni kain ni..LEMBUT DAN BERALUN je kan. TAK JARANG pulak tu. Teringin la nak cantik dan nampak sopan macam kau. Kat mana beli shawl ni ?

.
Yang pasti MELISSA MIX INSTANT SHAWL akan membuatkan anda kelihatan lebih CANTIK, SOPAN DAN ANGGUN 😍😍 serta MENUTUP AURAT.


🎀 APA ISTIMEWANYA MELISSA MIX NI 🎀

✔ Menggunakan Material yang HIGH QUALITY (CHIFFON CREPE + SOFT COTTON) dijamin flowy, jatuh terletak & beralun.

✔ Selesa, Sejuk , TIDAK JARANG & Senang Iron (minima iron).

✔ Nursing Friendly (Labuh menutupi dada memudahkan ibu-ibu menyusu baby)

✔ Ukuran 2.0m x 80cm (BIDANG 60)

✔ 14 PILIHAN WARNA PASTEL yang boleh buat korang menangis 😂

✔ Sesuai untuk semua PERINGKAT UMUR dan apa-apa majlis ataupun santai.



.
.
Jangan Tunggu lama-lama.STOK TERHAD..Ahkak tak nak korang nangis tepi bucu katil sambil hentak-hentak kaki sebab lambat grab koleksi MM ni.NO NO NO 🚫🚫

.
Cecepat, laju-laju, berdesup-desup whatsapp ahkak +60193361441

.
>>> Whatsapp MM ke +60193361441
>>> Whatsapp MM ke +60193361441
>>> Whatsapp MM ke +60193361441



JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA

SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH 💋💋💋

#hayathijab
#huzma


















Saturday 19 March 2016

Apa yang tidak boleh dilakukan ketika bermain dengan anak-anak

Teks: Huzaimah Basar
Gambar:



Apa yang tidak boleh dilakukan ketika bermain dengan anak-anak?
Tidak perlu memberi arahan kepada anak-anak ketika mereka sedang bermain selagi ianya tidak membahayakan. 
Anak sebagai ketua di dalam aktiviti bermainnya. 
Jauhi perkataan"jangan" dan "salah" walaupun cara mereka bermain tidak kita sukai.
Betulkan segera jika cara anak bermain kurang sesuai. Jika mereka bermain dengan betul puji caranya dengan tepukan atau pelukan
Pelbagaikan cara bermain supaya anak tidak bosan dengan permainan yang sama.
Luangkan masa bermain bersama anak-anak dan bimbing bmereka menjadi lebih kreatif

Friday 18 March 2016

Berhentilah sekejap, apabila anak ajak bermain.

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Pernah atau tidak anda mengalami situasi, di mana anak anda mengajak anda bermain bersamanya. Sedangkan ketika itu kita sedang melakukan perkara lain.

Adakah anda berhenti melakukan perkara lain?
Adakah anda terus melayan ajakan anak anda?

Kebiasaanya saya meminta ruang waktu selam 5 hingga ke 10 minit untuk menyelesaikan perkara yang sedang saya lakukan. Kadang kala saya akan tinggalkan perkerjaan yang sedang saya lakukan itu.

Ataupun anda bermain selama 5 hingga ke 10 minit dan meminta izin kepadanya untuk melakukan pekerjaan lain.

Kemahiran ini membantu anak anda bertoleransi 




Wednesday 9 March 2016

#woodenblocks

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Selepas adik Hanzalah beradu, inilah aktiviti kami malam tadi. Pada permulaanya Shaima' merengek meminta untuk melihat "youtube". Semalam saya sudah tegaskan kepadanya bahawa keesokkan harinya tidak boleh menonton youtube, tetapi umi dengan ayah akan membawanya mandi kolam hujung minggu ini. 

Shaima' tetap merayu untuk menonton youtube. Ayat rayuannya sangat menyentuh hati. Umi terpaksa menahan diri dan memberinya pilihan sama ada "youtube" atau mandi kolam hujung minggu ini. Shaima' memilih untuk mandi kolam hujung minggu ini.

Untuk mengisi masa malamnya daripada menonton televisyen, saya mengajaknya bermain #woodenblocks. Kami membeli permainan ini ketika melancong ke Melbourne dan ketika itu Shaima' berusia setahun lebih. Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas. 

Semasa usianya dua tahun, Shaima' tidak teruja dengan permainan #woodenblocks ini. Setelah melihat sepupunya bermainan, menyusun dengan cantik, barulah Shaima' berminat untuk bermain. Saya juga menggalakkan Shaima' bermain #woodenblocks dengan mencipta pelbagai "characters". Lama kelamaan Shaima' sudah pandai bermainan dan mencipta jalan ceritanya sendiri. 

Sebagai ibubapa wujudkan komunikasi kedua belah pihak antara ibubapa dan anak. Ini menggalakkan anak membina pelbagai perkataan dan juga akan tercipta pelbagai kreativiti. 

Terbentuknya kreativiti kerana komunikasi melalui bimbingan ibubapa atau orang dewasa. Anak-anak akan memberi pendapat dan kita akan memberi tunjuk ajar serta menambah sedikit idea. Anak-anak akan mencipta kreativiti mereka hasil daripada perbincangan.


Hasil daripada cetusan idea Shaima' inspirasi daripada cerita upin ipin iaitu kelawar. 

Shaima' nyatakan ada dua mata warna merah dan dua sayap. Dibentuk menggunakan play doh. Saya memberi idea meletakan sayap warna kayu. Selainnya cetusan kreativiti Shaima'. 

Owh, Shaima' juga mengira dan mengenal warna iaitu dua mata merah dan dua sayap.

Belajar melalui bermain.


Jika anda berminat dengan #woodenblocks waatsup ke no 0193361441 atau email ke huzaimahbasar@gmail.com




Tuesday 8 March 2016

Aktiviti Alternatif untuk Gadget

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi





Sepulang daripada kerja, si kakak merengek meminta untuk melihat youtube. Gadget dan si kakak tidak dapat dipisahkan. Mujurlah sebelum pulang umi ada membeli sticker "characters" yang di minatinya iaitu " Hello Kity" dan "Mickey Mouse"

Walaupun sticker akan dilekatkan di merata tempat, tetapi aktiviti ini mampu membuatnya leka dan melupakan gadget. Kadang kala di lekatnya di pipi, tangan, kadang kala di dinding rumah. 


 Antara aktiviti yang mampu menggantikan gadget selain sticker.

Wooden bead maze

Kinetic Sand  


Woodenblocks


Stacking jengka


untuk melihat lebih banyak lagi "educational toys" klik di sini


Saturday 5 March 2016

Usia untuk si kecil memakai tudung

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Huzma.co

Masih lagi mengenai topik "anak perempuan ayah"

Keliru juga tidak pasti masa yang sesuai untuk memperkenalkan Shaima' dengan pemakaian tudung. 

Sekarang Shaima' memakai tudung hanya ke Surau. Sebenarnya tudung itu adalah anak tudung kecil kepunyaan ummi. 

Sebelum ini meminta untuk memakai kopiah ayah. Mungkin dia melihat ayahnya kacak apabila berkopiah😂😂😂. 

Selain itu pengaruh dengan sepupunya yang sangat comel apabila berkopiah ☺️☺️. 

Ustaz mensarankan usia yang sesuai adalah ketika berumur 5 tahun untuk diperkenalkan dengan pemakaian tudung. Tetapi jangan memaksa mereka untuk bertudung. Lama kelamaan mereka akan faham mengapa mereka perlu menutup aurat.

Kesimpulannya peranan seorang ibu sangatlah penting kerana ibu-ibu mampu mempengaruhi anak-anak dengan memberikan contoh pemakaian yang menutup aurat.

Wednesday 2 March 2016

Cara mendidik anak

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi

Minggu lepas menonton rancangan "tanyalah ustaz" tv9 tajuknya "Anak Perempuan Ayah".  Tertarik dengan perkongsian ustaz berkenaan. Antaranya: 

Cara mendidik anak
1) Tunjuk dan ajar mereka
Tunjuk dan ajar mereka terlebih dahulu.

2) Memberi amaran/Ancaman. 
Jika mereka tidak mengikuti apa yang telah diajarkan, itu bermakna mereka adalah malas. Beri amaran/ancaman kepada mereka seperti " jika abang tidak lakukkannya, abah akan rotan/denda"
( ustaz mention rotan. Rasanya denda pun sesuai juga)

3) Rotan/denda
Setelah ditegur dan diberi amaran/ancaman, barulah merotan/denda mereka sewajarnya untuk memberi pengajaran. Janganlah merotan/denda mereka sebelum memberi amaran/ancaman.Ini akan menyebabkan mereka kebal dengan rotan/denda.