Monday 28 December 2015

Makanan Malam Dengan Tema Warna Blok

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi

Selama bekerja tidak pernah department menganjurkan makan malam ( Dinner) untuk pekerja. Ini adalah yang kali pertama. Tema dipilih adalah warna blok, " Dare to be different" dan warna hitam dan putih dilarang. Tema dipilih berdasarkan pakaian yang mudah untuk disuai padankan dan mudah dicari serta menjimatkan. Bagi kaum wanita ianya adalah mudah, tetapi tidak pada kaum lelaki.  

Tidak mengecewakan, kaum lelaki juga memenuhi tema yang di anjurkan. Ada yang memakai baju melayu dengan baju, seluar serta sampin yang berlainan warna. 

Saya memilih warna Royal Blue dan juga turqoise. Keseluruhan aktiviti ini mengeratkan lagi persahabatan dikalangan staf deparment. Apa yang menyeronokan adalah Photo booth.






Monday 21 December 2015

Chicken Pox

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Si kakak selalu sahaja tak sihat hujung tahun. Mujur tahun ini umi simpan cuti khas jika anak-anak tak sihat. Tahun ini kakak chicken pox. Mula-mula hanya di muka dan tangan, kini telah merebak ke bahagian lain.

Si kakak hanya memakai seluar pendek sahaja ataupun pampers. Kipas akan di pasang dan ditumpukan ke arah si kakak untuk mengelakkan daripada berpeluh. Jika mempunyai penghawa dingin lebih baik. Jika berbaju pun yang berkain nipis dan tidak mudah gatal. Ini untuk mengelakkan badannya gatal terutamanya berpeluh. Kesian melihat si kakak yang tidak selesa. Terutamanya di waktu malam. Umi pun tidak lena tidur.

Si kakak juga mengalami demam. Ubat yang diberikan adalah ubat demam, ubat gatal untuk di minum (sedikit mengantuk), krim gatal untuk disapu pada siang hari dan krim gatal untuk disapu pada malam hari.
 

Doktor sarankan:
  1. Minum air dengan banyak. 
  2. Elakkan makanan bergoreng.
  3. Asingkan pakaian, cadar, tuala untuk si pesakit.
  4. Yang penting hygiene 

Semoga kakak cepat sembuh dan aktif seperti biasa.

 ==========================================================================

Jom cuci mata kedai online kami. Perkhidmatan yang kami tawarkan seperti dibawah dan juga konsultan
  • Early Childhood Educational Material
  • Educational Toys
  • Breastfeeding


Thursday 17 December 2015

Bermalam di Swiss Gardern Resident

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Hujung November 2015 yang lepas, kami menghadiri jemputan perkahwinan seorang sahabat ketika belajar di universiti di Kuantan. Sahabat serumah selama 4 tahun belajar di universiti. Bermula kami mencari tempat penginapan yang berdekatan dengan lokasi jemputan perkahwinan. Di kesempatan ini kami mengambil keputusan untuk membawa anak-anak bercuti di Kuantan. 

Bermulalah pencarian di google aktiviti yang menarik dilakukan di Kuantan. Lokasi yang berdekatan dengan majlis, hanya 15 minit perjalanan.Kami memilih Swiss Garden Resident sebagai tempat bermalam. 

Menariknya Swiss Garden Resident mempunyai taman tema. Sesuai untuk percutian keluarga. Tidak perlu keluar dari kawasan tempat penginapan. Taman tema berhadapan dengan kediaman kami. 

Konsep Swiss Garden Resident adalah rumah kondominium yang dijadikan sebagai hotel dan taman tema yang diurusan oleh pihak Swiss Garden. Terdapat juga tuan rumah yang mendiami kediaman mereka di situ. 

Kediaman di sini adalah apartment, sesuai untuk percutian keluarga. Kediaman kami mempunyai dua bilik tidur, dua bilik air, satu katil queen dan dua kati super singgle. Ruang makan yang selesa, mempunyai microwave, peti ais, cerek air, dapur wet kitchen dan meja makan. Ruang rehat yang mempunyai sofa beserta televisyen. 

Kediaman kami terletak dibahagian bawah berhadapan dengan taman tema. Anak-anak sangat gembira dan tidak sabar untuk beraktiviti.















Wednesday 9 December 2015

Model Sand 300gram

Model Sand 300gram beserta aksesori
Harga: RM10 (tidak termasuk kos penghantaran)

Warna Pilihan:
oren 
ungu
hijau pekat 
hijau cair
biru 


 

Inflatable Sand Tray


Tray untuk bermain pasir untuk memastikan pasir tidak berterabur di lantai.
Selain itu mudah untuk mengemas pasir setelah selesai bermain.

Harga: RM10 (tidak termasuk kos penghantaran)

 

 

 

Perancangan 2016

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi

Ada lagi beberapa minggu sahaja lagi akan berganjak ke tahun 2016. Perlu perancangan rapi untuk tahun 2016. Impian yang perlu di senaraikan dan dilaksanakan.

  1. Menurunkan berat badan sebanyak 10kg, bekalan susu tetap memenuhi permintaan.
  2. Menyusukan Hanzalah sehingga setahun. (perlahan-lahan akan upgrade ke 2 tahun seperti kakanya)
  3. Melangsaikan hutang PTPTN Mei 2017
  4. Merancangan Pendapatan bulanan.
  5. Melengkapkan keperluan, perabot kediaman.
  6. Mempunyai ebook sendiri ( tajuk belum ada lagi)

Mati itu pasti

Teks: Huzaimah Basar

Perginya seorang sahabat, ayah dan rakan sekerja. Berehatlah kamu di sana. Semoga Allah menempatkan kamu di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatiha.

Kami di sini akan meneruskan kehidupan kami, perjuangan kami menuju ke syurga mu.

Monday 7 December 2015

Bengkak Susu

Teks: Huzaimah Basar

Bercuti sambil memenuhi jemputan perkahwinan seorang sahabat lama semasa belajar. Selama tiga hari bercuti, sesi mengepam juga bercuti. Perancangan awal hanya perlu marmert sahaja apabila berada di hotel. Susu perahan juga tidak akan disimpan memandangkan cooler men tidak di bawa bersama kerana kereta telah penuh.

Selama tiga hari bercuti dan sesi mengepam juga bercuti. Anak-anak keletihan dan meragam. Mereka letih dalam perjalanan. Bayi saya juga kurang menyusu. Merancang untuk marmert juga tidak menjadi kerana saya juga keletihan. Saya rasa betul-betul ingin berehat. Akibatnya saya mengalami bengkak susu untuk kali kedua.

Bengkak susu boleh menyebabkan demam panas dengan suhu yang tinggi. Badan tidak bermaya dan sengal sendi. Doktor memberi cuti sakit selama 2 hari supaya dapat sembuh dengan baik.

Apabila mengalami bengkak susu, cubalah sikat payudara yang bengkak. Mengurut seluruh badan juga membantu meredakan kesakitan yang di alami selain melancarkan pengaliran susu. Marmet bahagian hadapan terlebih dahulu seperti memerah span. Kerapkan sesi mengepam atau sesi menyusukan bayi. Sambil mengepam urut bahagian yang bengkak. Mengambil masa juga untuk menghilangkan bengkak susu. Hasil perahan susu juga akan berkurangan. Oleh itu pastikan kekerapan mengepam ataupun lakukan "power pumping" untuk simulate semula kilang susu.



======================================================

Jom cuci mata di kedai online kami. Perkhidmatan yang kami tawarkan seperti dibawah beserta konsultan
  • Early Childhood Educational Material
  • Educational Toys
  • Breastfeeding