Friday 8 May 2015

Pemilihan tuala wanita selepas bersalin

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: koleksi peribadi

Tuala wanita jenis Overnight
Maternity Pads


Tuala wanita jenis macam yang diperlukan untuk wanita bersalin? Tuala wanita biasa ataupun khas untuk selepas bersalin?

Berpandukan pengalaman pertama, saya menggunakan maternity pad. Lebih tebal dan panjang. Sesuai digunakan di awal proses berpantang. Kebiasaanya darah nifas lebih banyak di awal selepas kelahiran.

Tuala wanita yang biasa juga sesuai digunakan. Saranan saya adalah tuala wanita jenis "over night". Lebih tebal dan panjang daripada jenis yang biasa. Tetapi manternity pad adalah lebih tebal dan panjang.

Saya lebih memilih tuala wanita jenis overnight, supaya lebih kerap menyalin kepada tuala wanita yang baru untuk menjaga kebersihan. Saya rasa lebih selesa.




No comments: