Thursday 14 April 2016

Percubaan Melatih anak meninggalkan kicap

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Sudah seminggu lebih rumah kami kehabisan stok kicap. Memang kami sengaja tidak membeli kicap gara-gara si kakak yang hanya makan nasi bersama kicap. Bukan sedikit, keseluruhan nasi perlu bewarna hitam. 

Kami menemui jalan buntu untuk mengelakan si kakak daripada kicap. Seolah-olah Shaima' dan kicap berpisah tiada. Pelbagai menu yang dicuba untuk menarik minat si kakak supaya memilih makan yang lebih berkhasiat. 

Menu berkuah adalah yang disukai oleh si kakak setelah sekian lama memerhatikannya. Sup sayur ataupun kuah pindang. Sekurang-kurangnya khasiat sayur dan juga ikan ada pada kuah.

Setakat ini kami masih boleh memberi alasan kenapa tiada kicap di rumah. Harapan agar si kakak tidak menjadikan kicap sebagai makanan rutinnya.  


Ingin tampil bergaya dan elegant sepantas 5 saat.
klik link ini 
http://huzaimahbasar.blogspot.my/2016/03/melisa-mix-instant-shawl-hayat-hijab.html