Tuesday 24 November 2015

KINETIC SAND






 

KINETIC SAND 1KG
HARGA: RM70 (tidak termasuk kos penghantaran)

  • Mudah dibentuk menggunakan "mold" atau pun mengikut kreativiti masing-masing
  • Permainan yang merangsangkan deria sentuhan
  • Sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa


Thursday 19 November 2015

SUSUN KASUT

Teks: Huzaimah Basar 
Gambar: Koleksi Peribadi


Tugasan menyusun kasut yang mudah tetapi sering diabaikan. Bahagikan tugusan menyusun kasut kepada anak-anak. Lebih lagi anak-anak kecil yang mudah dididik. Kurang sedikit tugasan ibubapa dan menjadikan rumah lebih kemas dan teratur. 

Aktiviti ini melatih moto skill anak-anak. Mereka akan lebih focus dengan menyusun dengan baik. Permulaan mungkin agak terabur, lama kelamaan pasti lebih tersusun kemas.

======================================================

Jom cuci mata kedai online kami. Perkhidmatan yang kami tawarkan seperti dibawah dan juga konsultan
  • Early Childhood Educational Material
  • Educational Toys
  • Breastfeeding

Panduan Pemakanan untuk kanak-kanak

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Masih mengenai pemakanan kanak-kanak. Seperti yang di sarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kanak-kanak memerlukan 1100kcl sehari. Diperingkat usia 2 tahun ke atas kanak-kanak telah mula mengenal rasa dan menyukai rasa tertentu. Ada dikalangan kanak-kanak yang sangat memilih pemakanan. Puncanya mungkin pelbagai.

Kanak-kanak digalakan untuk mengambil kharbohidrat untuk membekalkan tenaga. Di usia ketika ini mereka lebih aktif dan memerlukan tenaga yang mencukupi untuk mereka bergerak aktif.

Cuba panduan ini:
  • Berikan mereka makanan jenis karbohidrat seperti nasi, mee, pasta dan sebagainya.
  • Setiap hidangan mempunyai sayur, protein dan karbohidrat.
  • Makan bersama-sama.
  • Ibu bapa sendiri perlu dijadikan contoh. Anda juga perlu makan sayur dihadapan mereka.
  • Ceritakan kebaikan sayuran untuk kesihatan juga menjadikan mereka lebih kuat sperti popeye (ada unsur "fun" / keseronakan)
  • Pelbagaikan jenis buah-buahan sebagai snek.  

=================================================================
Jom cuci mata di kedai online kami.
  • Early Childhood Educational Material
  • Educational Toys
  • Breastfeeding



Wednesday 18 November 2015

Bagaimana untuk mendidik anak-anak memakan sayuran

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Anak sukar makan sayur? Ramai dikalangan ibu-ibu mempunyai masalah ini. Saya juga sedang mengalaminya. Selepas menemui dietitian, kami memasang strategi untuk menggalakan Shaima' memakan sayur-sayuran. 

Panduan yang diberikan oleh dietitian:
  • Memperkenalkan jenis sayur-sayuran secara santai. Selitkan sedikit unsur "keseronokan" ketika memperkenalkan jenis sayuran. Apabila membeli belah perkenalkan mereka jenis sayur-sayuran dipasaran.
  • Sentiasa meletakan sayuran dipinggan makannya. Tidak mengapa jika si kecil menolak hidangan itu. Jangan dipaksa dikhuaturi mereka akan trauma dan akan terus menerus menolak sayuran.
  • Sup sayur, nutrition sayuran berada di dalam sup. Pelbagaikan jenis sayuran agar mereka mengenali rasa sayuran tersebut.

Sayur salad, Ikan dan kicap. (Bagaimana mahu mengurangkan penggunaan kicap)

=============================================================

Jom cuci mata di kedai online kami.
  • Early Childhood Educational Material
  • Educational Toys
  • Breastfeeding


Kami menyediakan produk dan juga konsultan mengenai penyusuan kerana saya sedang menyusukan bayi. Kebanyakan produk di kedai online kami, saya sendiri telah mencubanya. Jangan segan atau malu, saya sudi memberikan khidmat nasihat sedaya yang saya mampu.


Tuesday 17 November 2015

Tip mengajar anak menghafal al-Quran

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi

Mengapa perlunya mendidik anak-anak menghafal al-quran? 
Matlamat utama kami  adalah:
💖 sebagai ibu bapa mahukan anak-anak solat lima waktu sehari ketika berumur 7 tahun. 
💖 Untuk memenuhi rukun islam yang ke 2 iaitu solat 5 waktu.
💖 Untuk memenuhi juga rukun islam yang pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah.

Langkah permulaan seusia bayi sehinggalah meningkat usia kanak-kanak, kami akan selalu bernasyid dua kalimah syahadah, Membacakan surah al-fatihah supaya mereka terbiasa mendengar bacaan-bacaan ini dan seterusnya mudah untuk menghafal. 

Surah al-fatiha adalah rukun wajib solat. Kami utamakan bacaan al-fatiha terlebih dahulu barulah diikuti dengan surah pendek yang lain. Peringkat sekarang adalah bacaan al-fatihah. Shaima' belum hafal sepenuhnya, tetapi kami cuba setiap hari mengajaknya membaca surah al-fatiha.

Perkara yang dilakukan untuk Shaima' menghafal al-quran
  • Setiap selepas solat maghrib kami akan membaca al-quran dan Shaima' pula membaca surah al-fatiha.
  • Setiap kali sebelum tidur.
  • Ketika sedang bermain.
  • Membawa Shaima' ke surau.
  • Solat berjemaah 

 
 

Monday 16 November 2015

Memperkenalkan makanan bayi dan makanan pejal

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi peribadi

Sabtu lepas ke hospital untuk mengambil vaksin 5 bulan. Seluruh Malaysia ketiadaan bekalan vaksin untuk 5 bulan. Kami teruskan dengan mengambil vaksin pilihan iaitu pneumococcal untuk dos yang ke 2.  

Kebetulan hospital sedang mengadakan program untuk kanak-kanak.
Kami mengambil peluang berjumpa dietitian. Perbincangan mengenai makanan yang sesuai untuk diberikan kepada bayi

Bulan hadapan Hanzalah sudah mula untuk diperkenalkan dengan makanan pepejal. Terungkailah beberapa persoalan dan kekeliruan yang sering dibincangkan dikalangan ibu-ibu. Sering keliru makanan pertama yang sesuai diambil. Setelah berbincang dengan dietitian pelbagai ilmu yang diajar oleh dietitian mengenai makanan si kecil.

Peringkat permulaan adalah untuk memperkenalkan rasa pepejal. Nasi bubur kosong adalah makanan pepejal yang memenuhi matlamat ini.

Selang beberapa minggu barulah diperkenalakan dengan puri buah-buahan  ataupun nasi kosong bersama puri sayur-sayuran.

Semakin meningkat usia, si bayi akan mudah bosan jika diberi makanan yang sama. Pelbagaikan rasa agar si kecil tidak mudah bosan dengan hidangan yang di sediakan.
Apabila diperkenalkan dengan rasa manis, masin dan sebagainya terlebih dahulu, mereka akan jadi seorang yang pemilih.

Untuk kakak Shaima' pula perlu dididik semula makan sayur. Saranan dietitian adalah Sup sayur sahaja. Nutrietion daripada sayuran berada bersama kuah sup. Menu kakak Shaima' adalah nasi putih bersama kuah sayur banjir.

Kad imbas al-furqan

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi



Bagaimana saya boleh terjebak dengan kad imbas al-Furqan? Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Kami diuji lambat mendapat zuriat hampir 4 tahun. Setelah hamil saya cuba membaca mengenai ilmu keibubapaan. Sahabat saya memperkenalkan kepada saya blog Darwish Darwisya. Teknik yang diajar oleh Pn Lina Karim untuk mengajar anak-anak membaca al- quran.

Tertarik dengan blog Pn Lina Karim, saya teruja pula dengan seminar yang dianjurkan. Kami menyertai seminar teknik menghafal al-quran Darwish Darwisyah. Bermulalah matlamat kami untuk mengajar anak-anak syurga kami membaca al-quran. 

Permulaannya saya membeli kad imbas al-furqan. Seawal usia 3 bulan saya sudah memperkenalkannya huruf mesra bayi seperti "ma", "ba". Saya tunjuk kepadanya sedikit demi sedikit. Banyak kad yang telah koyak. Shaima' suka masuk di dalam mulutnya. Semakin membesar dan sel-sel otak sedang bergabung suka pula dikoyakkannya.

Shaima' pula seorang yang kinestatik. Suka bergerak ke sana sini. Tidak fokus dengan sesi pembelajaran. Hanya 5 minit diperlukan untuk mengajarnya mengenal huruf hijaiyyah. Kami tampal kad tersebut di dinding. Pada permulaanya kad yang di tampal mudah dicapai oleh Shaima'. Sambil menyebut kami akan tunjuk dengan tangan. Tetapi kaedah tersebut tidak bertahan lama kerana shaima' akan menanggalkannya. 

Percubaan seterusnya kami tampal tinggi sedikit. Menggunakan kaedah yang sama sebut sambil tunjuk dengan sebatang kayu yang agak panjang (sebenarnya tiang bola keranjang).
Perlu mencuba pelbagai method untuk menarik minat Shaima' untuk belajar. Perkembangan terkini ketika usia Shaima' 2 tahun beliau sudah mula mengenal huruf hijaiyyah. Tetapi tidaklah semuanya.

Saya pun sudah mula jatuh cinta dengan kad imbas al-furqan ini. Oleh itu saya ingin membantu ibu-ibu yang lain untuk mendapatkannya. Bolehlah kita berjemaah bersama-sama, menyokong serta memberikan tips untuk mengajar sendiri anak-anak mengaji.  

Jika anda berminat boleh waatsup ke no 0193361441.













Friday 13 November 2015

Tips mengajar si kecil alif baa taa

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi peribadi


Kenapa perlunya anak-anak diajar huruf hijaiyyah? Selepas mengenal huruf hijaiyyah mereka akan di ajar membaca kemudian menghafal al-quran. 

Paling utama sekali mereka perlu menghafal surah al-fatiha untuk solat lima waktu.

Tips mendidik anak mengenal huruf hijaiyyah (Set Al- furqan)
  1. 5 minit sehari. Tambah waktu belajar mengikut kemampuan anak
  2. Sebut huruf dengan menggunakan kad imbas dengan nyanyian untuk menambahkan element keseronokan.
  3. Pasangkan VCD ketika mereka sedang bermain. Kebiasaanya mereka akan lebih tertarik dengan VCD nasyid
  4. Tampal Kad imbas didinding untuk mereka melihatnya setiap hari.

Friday 6 November 2015

Persediaan Awal Memberi Perubahan Yang Besar

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Kebiasaanya saya akan kalut di awal pagi. Macam-macam yang perlu saya lakukan diawal pagi. Hanzalah apabila menyusu sangatlah lama. Seawal 4.45 pagi hinggalah ke 6.30 pagi barulah Hanzalah puas menyusu. 

Dahulu sempat mengepam antara pukul 5.00 ke 6.00 pagi. Kadang kala tanderm. Saya perhatikan Hanzalah seperti tidak puas menyusu, mudah meragam. Bertambah kalut untuk bersiap di waktu pagi. Saya mengatasi keadaan ini dengan menyusukan Hanzalah sehingga dia puas. Kebiasaanya dia akan bangun dengan ceria. Ketika itulah saya bersiap-siap mandi, solat dan bersiap-siap untuk ke pejabat.

Rutin sebelum ini adalah
4.45-6.30 : menyusukan Hanzalah sambil mengepam sebelah payudara 20 minit
6.30-7: mandi dan solat
7-7.30: 
  • siapkan baju taska, 
  • susu ebm Hanzalah 8 oz untuk 2 kali minum direndam dalam air supaya cair untuk memudahkan cikgu menyediakan sekiranya Hanzalah ingin menyusu. 
  • Memasak untuk Makan tengah hari dan malam ( jika suami kerja petang)
  • suami hantar anak-anak ke taska
7.30-8; menggosok baju dan tudung serta bersiap ke tempat kerja

Rutin saya sebelum ini membuatkan saya berpeluh dan mengah.

Percubaan rutin baru
4.45-6.30 : menyusukan Hanzalah
6.30-7: mandi,solat dan senaman ringan (regangan, squart 5x)
7-7.30: 
  • - siapkan susu ebm Hanzalah 24 oz sehari.(8oz telah siap dicairkan, ada sedikit ais untuk menyusu sesi pertama dan kedua. 
  • -Suami memasak untuk Makan tengah hari dan malam ( jika suami kerja petang). Menu ringkas, semua bahan telah disediakan di malam hari. Pes juga disiapkan untuk seminggu hingga sebulan.
  • - suami hantar anak-anak ke taska
7.30-8: bersiap ke tempat kerja.

Rutin mengepam saya bermula daripada pukul 9pg, 12tgh hari, 3 petang, 4.30ptg dan 11 malam. Setakat ini hasil memenuhi permintaan.
Kebanyakan rutin menggosok pakaian, menyediakan makanan mentah (thaw bahan mentah) dan thaw ebm dilakukan pada waktu malam.

Suami membantu memasak untuk makan tengah hari dan malam jika suami kerja petang (enteri di sini). Menu sangat ringkas seperti ayam atau ikan dibakar, sambal, asam rebus, masak pindang dan sayur ulam atau salad. Bahan-bahan telah saya sediakan pada waktu malam dan pes di hujung minggu.  

Ebm yang telah dicairkan perlu digunakan dalam jangka masa 24 jam. Setelah dicairkan, kebiasaanya masih ada ais, EBM tadi di simpan bahagian chiller. Selebihnya 16oz lagi masih beku.

Perlu mencuba rutin yang baru untuk melihat keserasian agar tidak lagi kalut setiap hari.

Wednesday 4 November 2015

SUAMI JUGA PERLU MEMASAK

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi peribadi



Suami yang masak. Assist melalui Online sahaja





Mudahnya apabila mempunyai perancangan awal. Sekarang ini suami sudah boleh memasak sendiri jika beliau kerja petang. Menu hanya yang mudah dan ringkas untuk suami memasak. Percubaan pertama saya assist melalui online sahaja dengan menggunakan waatsup. Langkah demi langkah memang sesuai untuk mereka yang baru untuk mula memasak. 

Bertambah mudah kerana saya telah menyediakan pes terlebih dahulu dan disimpan di dalam peti ais. Kebiasaanya pada hujung minggu saya akan sediakan menu berkuah untuk dibekukan (enteri disini). Enteri terdahulu bahan mentah di masuk sekali. Tetapi kali ini hanya perlu sediakan kuahnya sahaja dan dibekukan.  Hanya perlu  panaskan di dapur dan letakkan bahan mentah seperti ayam ataupun ikan.

Pelbagai jenis pes (enteri di sini) seperti sambal, nasi goreng dan mee goreng di sediakan untuk kegunaan seminggu hingga sebulan. Disimpan di dalam bekas kedap udara dan didalam peti ais.

Apabila semua proses memasak telah disediakan, suami hanya perlu melakukan proses terakhir sahaja iaitu memasak bahan mentah. Pilihan sayuran pula hanyalah ulaman dan salad. Ketika ini stok sahur telah kehabisan.

Tidak perlulah lagi saya kalut di dapur di waktu pagi.

==========================================================================

Kedai Online kami



Educational Toys
Educational Toys : Blok Kayu ABC
Educational Toys : Wooden Beads Maze
Educational Toys : 2IN1 WOODEN BLACKBOARD/ WHITEBOARD


Jom Membaca
Jom Membaca: Pakej Anak Bijak Mengaji 
Jom Membaca: Pakej Asas Al-furqan
Jom Membaca: Set Bacalah Anakku


Penyusuan
Penyusuan : Autumnz-Wide Neck B/milk Storage Bottles
Penyusuan :  Breastmilk Storage




Nursing Wear
Nursing Wear :  Aqeela Mini Jubah Menyusu
Nursing Wear : Calomera Nursing Wear
Nursing Wear : KIMONO FISHTALE TOP
Nursing Wear : Maternity & Nursing Blouse- Safie Blouse
Nursing Wear : AQEELA NURSING WEAR : STRING TOP
Nursing Wear : N.A : MASITA NURSING DRESS. 
Nursing Wear : Aqeela Nursing Wear Panel Nursing
Nursing Wear : Madeena 3.0 Nursing Dress 

Tuesday 3 November 2015

MADEENA 3.0 NURSING DRESS

Top Seller Nursing Dress Dah Kembali
.
❝MADEENA 3.0 NURSING DRESS is back❞
.
♥ COLOUR yang lebih Osem
♥ MATERIAL yang lebih Osem
♥ MAMA menyusu dengan lebih Osem
.
CEPAT GRAB sebelum SOLD OUT!
✉MAMA boleh taip <<madeena3>> dan whatsapp 0193361441
✉MAMA boleh taip <<madeena3>> dan whatsapp 0193361441
✉MAMA boleh taip <<madeena3>> dan whatsapp 0193361441

 ----------------------------------------------------------------------------------

Kenapa MAMA kena dapatkan segera MADEENA 3.0 nursing dress?
.
✔ Diperbuat dari Material : Polycotton silk yang tidak jarang, tidak panas, tidak mudah berkedut. PALING BEST MUDAH DIGOSOK! (tak nak gosok pun boleh)
.
✔Ada poket kat tepi, MAMA boleh simpan smartphone, kunci kereta
.
✔Bukaan Menyusu : Hanya selak SAHAJA, TIADA ZIP DAN BERBUTANG-BUTANG. Aurat lebih terjaga.
.
✔Wudhu' Friendly : Ada hidden zip pada kedua-dua lengan
.
✔Design VERY LIMITED, EXCLUSIVE, RARE dan Nampak lagi muda dari usia, macam anak dara
.
🌟🌟HANYA RM159 SAHAJA!! 🌟🌟
✿ Postage FREE
.
Tak nak ketinggalan dapatkan TOP SELLER nursing dress?
.
✉MAMA boleh taip <<madeena3>> dan whatsapp 0193361441
✉MAMA boleh taip <<madeena3>> dan whatsapp 0193361441
✉MAMA boleh taip <<madeena3>> dan whatsapp 0193361441

**PERHATIAN: Warna sebenar mungkin sedikit berbeza kerana setting warna di screen handphone / laptop / komputer masing-masing berbeza.















Monday 2 November 2015

Jom Membaca: Set Bacalah Anakku



Anak-anak tidak perlu mengeja, hanya membaca bunyi nya sahaja.
.

- Disusun berdasarkan kaedah fonik
- Pilihan bunyi yang sesuai
- Penyusunan yang sistematik
- Teks yang bermakna
- Menggunakan dua warna
- Disokong dengan kaedah mengajar yang
berkesan
- Penglibatan penulis secara langsung

- See more at: http://junioraulad.com/home-schooling/bacalah_anakku#sthash.5E5vWecG.dpuf
Anak-anak tidak perlu mengeja, hanya membaca bunyi nya sahaja.
.

- Disusun berdasarkan kaedah fonik
- Pilihan bunyi yang sesuai
- Penyusunan yang sistematik
- Teks yang bermakna
- Menggunakan dua warna
- Disokong dengan kaedah mengajar yang
berkesan
- Penglibatan penulis secara langsung

- See more at: http://junioraulad.com/home-schooling/bacalah_anakku#sthash.5E5vWecG.dpuf
Kaedah fonik
🌷🌷🌷🌷🌷

Hanya perlu mengetahui bunyi huruf dan gabungkan bunyi. Kaedah yang sangat mudah dan anak-anak membaca


Berminat? Waatsup ke "nama produk" ke 0193361441 dan komen "dah waatsup"









Anak-anak tidak perlu mengeja, hanya membaca bunyi nya sahaja.
.

- Disusun berdasarkan kaedah fonik
- Pilihan bunyi yang sesuai
- Penyusunan yang sistematik
- Teks yang bermakna
- Menggunakan dua warna
- Disokong dengan kaedah mengajar yang
berkesan
- Penglibatan penulis secara langsung

- See more at: http://junioraulad.com/home-schooling/bacalah_anakku#sthash.5E5vWecG.dpuf