Friday 28 August 2015

PERKARA YANG IBU AKAN LAKUKAN SELEPAS BERSALIN

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Makan tanpa sekatan
Selepas bersalin dan berpantang pastinya pelbagai jenis makan yang ingin dinikmati. Terasa nikmat ketika ini. Tetapi awas jika anda seorang ibu yang menyusu, pastikan makanan yang di makan tiada alahan terhadap bayi.
 
Menurunkan Berat Badan
Kenaikan berat badan ketika hamil adalah kebiasaan bagi seorang ibu. Para ibu perlulah merancang diet yang sihat untuk meningkatkan kesihatan diri. Ibu menyusu juga perlu berhati-hati kerana diet yang tidak seimbang akan menggangu pengeluaran susu.

Menjaga Kecantikan
Merawat jeragat di muka, mengembalikan seri mukan dengan melakukan facial. Selain itu mengunjungi SPA untuk pedicure dan manicure serta mengurut dapat mengembalikan kecergasan. 

Membeli belah / Window Shooping
Ketika hamil, tidak larat untuk berjalan. Berpantang pula hanya duduk dirumah dan tidak dibenarkan keluar rumah. Kini selepas bersalin dan melepasi tempoh berpantang, anda bolehlah keluar membeli belah atau hanya window Shopping.

Pakai pakaian lama
Ketika ini ada banyak pilihan pakaian. Tidak perlu lagi memakai pakaian hamil yang tehad.

 

Wednesday 26 August 2015

BERMAIN BERSAMA ANAK-ANAK

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Setiap minggu ayah akan merancang aktiviti yang bakal dilakukan bersama Shaima'. Mempelbagaikan aktiviti agar Shaima' tidak mudah bosan. Umi pula terpaksa melayan si adik.

Mengaji di pagi hari. Masa ini Shaima' masih segar dan cerdas. Aktiviti ini hanya 5-10 minit sahaja. Shaima' mudah hilang fokus. Kemudian akan bermain permainan yang lain. Bermain di taman permainan bersama ayahnya. Adakalanya Shaima' akan ke dapur membantu uminya memasak atau pun membasuh pinggan. Dapur pastinya akan bersepah sedikit, tetapi masih boleh dikawal. Petang kebiasaanya bermain di halaman rumah ataupun di taman permainan.

Bermain bersama membina keyakinan diri anak-anak dan juga mengeratkan hubungan keluarga.

=======================================================================
  Pakej Anak Bijak Mengaji 















Pakej ini mengandungi 4 produk yang berkualiti: 
  1. Kad Imbas Bijak Alif Ba Ta sesuai digunakan untuk anak mengenal Huruf Alif Ba Ta 
  2. Buku Bijak Alif Ba Ta pula lebih menyeronokan kerana anak-anak mudah mengenal huruf alif ba ta, mengenal baris, mengenal huruf bertanwin dan huruf bersambung dan 
  3. Papan tulis huruf jawi untuk anak anak belajar menulis huruf alif ba ta.... Papan tulis alif ba ta ini boleh lebih mengujakan anak anda kerana ianya boleh ditulis.padam.tulis .padam berulangkali. 
  4. Set Buku Al-Furqan pula untuk membantu anak belajar membaca Al-Quran dari awal sehingga lancar 
HARGA : RM72.50 
CAJ POS AIRPAK dalam Semenanjung Malaysia : RM7.50  

Berminat sila membuat bayaran ke Akaun 

Bank: Maybank Akaun no :159012674434 
Nama: Huzaimah bt Basar @ Sabtu 
Email : huzaimahbasar@gmail.com 

CIMB bank Akaun no: 12051368015521 
Nama: Huzaimah bt Basar @ Sabtu 
Email : huzaimahbasar@gmail.com 

Tuesday 25 August 2015

KESELAMATAN KANAK-KANAK DI TEMPAT AWAM

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Setelah Shaima' berusia 2 tahun 6 bulan, butiran perkataanya mudah difahami oleh orang dewasa terutamanya kami sebagai ibubapanya. Petah bercakap, suka bercerita dan seperti biasa sangat aktif. 

Kami cuba mengajar Shaima' untuk menghafal nama ayahnya. Setiap hari saya akan memberitahu nama ayahnya. Alhamdulillah beliau telah hafal nama ayahnya. Nama ibunya yang masih  belum dihafal. 

Misi saya sekarang adalah agar Shaima' dapat menghafal no telefon ayah dan umi.

Saya mengambil iktibar daripada peristiwa kanak-kanak terlepas pandang atau terlepas daripada kawalan ibubapa di tempat awam. Dimana apabila kanak-kanak tersebut menyedari ibubapa mereka hilang daripada pandangan, mereka akan menjerit memanggil "ayah", "mama" dan sebagainya. Panggilan yang sangat common itu agak menyukarkan orang lain untuk menolongnya.
 
Oleh itu misi saya adalah agar Shaima' akan memanggil nama ayahnya dan uminya. Jika tidak pun seorang mungkin akan bertanya no telefon ayah dan ibunya untuk membantu.

Ibubapa perlu memastikan keselamatan anak-anak di tempat awam. Janganlah leka dengan "gadget" anda. Perhatikan anak-anak anda jangan hilang daripada pandangan. 

Semoga perkongsian ini dapat memberi idea kepada ibubapa untuk memastikan keselamatan anak-anak di tempat awam dan langkah-langkah yang perlu dilakukan.



======================================================================
Pakej Anak Bijak Mengaji 












Pakej ini mengandungi 4 produk yang berkualiti: 
  1. Kad Imbas Bijak Alif Ba Ta sesuai digunakan untuk anak mengenal Huruf Alif Ba Ta 
  2. Buku Bijak Alif Ba Ta pula lebih menyeronokan kerana anak-anak mudah mengenal huruf alif ba ta, mengenal baris, mengenal huruf bertanwin dan huruf bersambung dan 
  3. Papan tulis huruf jawi untuk anak anak belajar menulis huruf alif ba ta.... Papan tulis alif ba ta ini boleh lebih mengujakan anak anda kerana ianya boleh ditulis.padam.tulis .padam berulangkali. 
  4. Set Buku Al-Furqan pula untuk membantu anak belajar membaca Al-Quran dari awal sehingga lancar 
HARGA : RM72.50 
CAJ POS AIRPAK dalam Semenanjung Malaysia : RM7.50  














Berminat sila membuat bayaran ke Akaun 

Bank: Maybank Akaun no :159012674434 
Nama: Huzaimah bt Basar @ Sabtu 
Email : huzaimahbasar@gmail.com 

CIMB bank Akaun no: 12051368015521 
Nama: Huzaimah bt Basar @ Sabtu 
Email : huzaimahbasar@gmail.com 

Sunday 23 August 2015

Langkah Mudah Menyimpan Stok Susu Perahan

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Bagaimana untuk memastikan stok yang dikumpul dapat di pantau untuk memastikan stok adalah mencukupi?

Cara saya adalah dengan meletakan sejumlah stok yang dipermulakan bayi untuk sehari di taska di dalam plastik. Kemudian plastik berkenaan di tandakan dengan nombor. 
Nombor yang ditulis pada plastik mewakili hari, contohnya nombor satu mewakili hari pertama. Kaedah ini dapat membantu saya memastikan stok yang masih tinggal. Selain itu memudahkan saya menguruskan susu yang perlu di hantar ke taska. Hanya mengambil sebungkus plastik kemudian di pindahkan ke dalam cooler beg. Mudahkan, anda tidak perlu serabut di pagi hari dan dapat menjimatkan masa. 

Mengumpul stok ketika berpantang. NOmbor yang tertera menandakan bilangan stok anda.

=======================================================================

Breastmilk Storage
 

Jingle Jungle - Breastmilk Storage Bottle 10pk *BPA FREE*(Squirrel) RM35.91


Jingle Jungle - Breastmilk Storage Bottle 10pk *BPA FREE*(Hearts) RM39.90

Autumnz - Double ZipLock Breastmilk Storage Bag (25 bags) *12oz*




PAKEJ ANAK BIJAK MENGAJI RM72.50

Berminat sila waatsup ke 0193361441 atau PM kami di FB Barangan-keperluan-bayi-dan-kanak-kanak-online 



 

Saturday 22 August 2015

Mana Lebih baik Menyimpan susu Perahan di dalam Botol atau Plastik

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Mana yang lebih baik, simpan susu perahan di dalam botol atau plastik? Jom kita senaraikan kelebihan serta keburukan untuk kedua-dua kaedah ini.

Botol susu

Jingle Jungle - Breastmilk Storage Bottle 10pk *BPA FREE*(Hearts) dengan Harga RM39.90


  • Selepas mengepam, susu perahan boleh di simpan di dalam peti sejuk ataupun deep freezer. Kebiasaanya saya akan simpan susu dalam 3-4 oz untuk sebotol dan simpan dahulu di bahagian chiller.
  • Setelah beberapa jam, susu dibahagian chiller tadi dipindahkan ke bahagian beku.
  • Sebotol susu akan di cairkan untuk dihantar ke taska. Selebihnya di biarkan beku.
  • Botol susu yang telah diguna perlu dibasuh dan di sterilize kan.
  • Makan ruang di dalam freezer.
  • Lebih jimat kerana boleh digunakan semula.
  • Perlu membasuh peralatan penyusuan termasuk botol susu untuk kegunaan seterusnya.
  • Peralatan penyusuan di sterilize kan 



Plastic Milk Storage



Autumnz - Double ZipLock Breastmilk Storage Bag (25 bags) *12oz* dengan harga RM11.61


  • Susu perahan di dalam botol perlu disukat terlebih dahulu mengikut jumlah yang diperlukan.
  • Jimat ruang penyimpanan dengan menyimpan secara berbaring. Tetapi perlu mencatat jumlah hasil susu perahan kerana sukatannya akan berbeza.
Sumber sarakids.com



  • Perlu mencairkan susu perahan sekurangnya untuk satu sesi penyusuan di taska.
  • Di sarankan agar menyimpan susu perahan hanya untuk dua sesi penyusuan untuk mengelakan pembaziran iaitu ada kemungkinan susu akan rosak dan sebagainya.
  • Tidak perlu membasuh botol susu yang banyak. Disitu telah jimat masa.
  • Memerlukan kos kerana plastik milk storage hanya boleh digunakan sekali sahaja.


Di sini kronologi atau proses penyimpanan susu perahan dari mula mengepam sehinggalah pulang daripada taska.

Botol Susu
  1. Mengepam terus ke botol,
  2. Membahagikan susu untuk sekali sesi menyusu (kebiasaanya bayi minum 3-4oz)
  3. Hasil perahan di dalam botol boleh di simpan terus ke peti sejuk bahgian chiller dahulu.
  4. Selepas beberapa jam, hasil perahan akan di simpan ke dalam bahagian beku.
  5. Sebotol stok beku dicairkan untuk sesi pertama di taska (kebiasannya saya akan bekalkan 6 sesi untuk diminum. Ini bermakna 6 botol akan dibekalkan ke taska)
  6. Proses membasuh botol susu, peralatan mengepam
  7. Semua peralatan menyusu di sterilizer kan 

Plastik Milk Storage
  1. Selepas mengepam, susu perahan di dalam botol perlu disukat dan disarankan disimpan dalam jumlah hanya untuk diminum satu hingga dua sesi sebelum di pindahkan didalam milk storage.,
  2. Hasil perahan di simpan terus ke bahagian chiller dahulu.
  3. Selepas beberapa jam, hasil perahan akan di simpan ke dalam bahagian beku.
  4. Stok beku perlu dicairkan untuk sesi pertama di taska. Dengan menggunakan Plastik storage susu yang di cairkan mungkin untuk 2 hingga 3 kali sesi menyusu. 
  5. Susu yang dicairkan sekurang-kurangnya untuk satu sesi perlu dipindahkan ke dalam botol susu.
  6. Hanya sedikit peralatan menyusu termasuk botol susu yang perlu dibersihkan.
  7. Semua peralatan menyusu di sterilizer kan. 


Thursday 20 August 2015

Bilakah Waktu untuk mengajar anak mengaji?

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi





Anda tiada masa untuk mengajar anak mengaji al-quran? saya ada beberapa tips untuk anda mempunyai masa mengajar anak mengaji. 

Tips untuk anda, semoga bermanfaat.:-

  1. Waktu selepas anak anda bangun daripada tidur. Ketika itu anak anda lebih segar dan cergas. Tunjukkan hanya satu huruf yang mudah di sebut dalam beberapa saat sahaja dengan menggunakan kad imbas. Pada permulaannya anak tidak beberapa" respond" terhadap kad imbas yang ditunjukan. Untuk pengetahuan anda, anak-anak kecil ini mendengar, melihat dan mereka akan "absorb" apa yang sedang anda tunjukan. 
  2. Ketika mereka sedang BERMAIN. Sebutkan dengan kuat dan jelas serta tunjukan huruf yang di ingini.
  3. Ketika mereka sedang BERMAIN. Bermain lagi? Ya hanya dengan memasang VCD di dalam rumah. Mereka akan "absorb" persekitaran mereka. Mereka akan berlari sambil melihat VCD yang ditayangkan. Ketika itu anda bolehlah membuat kerja lain.
  4. Ketika mereka sedang BERMAIN. Anda boleh bermain dengan cara mendengar, mencari dan meneka huruf. Permainan Memori "Games" juga sesuai dengan menggunakan kad imbas.
  5. Ketika berada di dalam KERETA. Bagi sahaja mereka memegang kad imbas tersebut. Biar mereka membelek dan bermain dengannya. Jika anda memandu, bolehlah anda tunjukan seketika kad imbas ketika lampu merah. Tetapi tidak di sarankan sangat, nanti kurang tumpuan ketika memandu. Jika menjadi penumpang lebih mudah, anda boleh bermain kad imbas bersama mereka.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  =======================================================================
      Pakej Anak Bijak Mengaji 














    Pakej ini mengandungi 4 produk yang berkualiti: 
  1. Kad Imbas Bijak Alif Ba Ta sesuai digunakan untuk anak mengenal Huruf Alif Ba Ta 
  2. Buku Bijak Alif Ba Ta pula lebih menyeronokan kerana anak-anak mudah mengenal huruf alif ba ta, mengenal baris, mengenal huruf bertanwin dan huruf bersambung dan 
  3. Papan tulis huruf jawi untuk anak anak belajar menulis huruf alif ba ta.... Papan tulis alif ba ta ini boleh lebih mengujakan anak anda kerana ianya boleh ditulis.padam.tulis .padam berulangkali. 
  4. Set Buku Al-Furqan pula untuk membantu anak belajar membaca Al-Quran dari awal sehingga lancar 
HARGA : RM72.50 
CAJ POS AIRPAK dalam Semenanjung Malaysia : RM7.50  

Berminat sila membuat bayaran ke Akaun 

Bank: Maybank Akaun no :159012674434 
Nama: Huzaimah bt Basar @ Sabtu 
Email : huzaimahbasar@gmail.com 

CIMB bank Akaun no: 12051368015521 
Nama: Huzaimah bt Basar @ Sabtu 
Email : huzaimahbasar@gmail.com 
  1.  

Wednesday 19 August 2015

Set Anak Bijak Mengaji Alif Ba Ta RM72.50

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi dan FB




Masa shaima' kecik tunjuk flashcard, kadang-kadang pasang CD di laptop. Leka dengan movement huruf hijaiyah. Bolehlah umi mengepam dengan tenang.Siap ikut nyanyi dengan bahasanya sendiri.

Sekarang dah 2 tahun lebih introduce buku pula.Tulisan Alif Ba Ta pun BESAR,lukisan pun menarik. Boleh mengaji sambil bercerita, ikut kreativiti masing-masing.

Dulu masa umi kecik-kecik mengaji mesti menangis, masa itulah mengantuk, lapar nak ngelat sebab nak bermain. Mujur nenek tegas. Kenalah jugak duduk dan mengaji muqadam dan al-quran.

Untunglah Shaima' dah boleh belajar santai sambil bermain.

Flashcard pun byk yang dah lunyai. Kali ni kena beli satu set utk adik pula lebih berbaloi. Nanti bolehlah kakak ajar adik mengaji.

Highly recommended!

=======================================================================
Set Anak Bijak Mengaji 














Pakej ini mengandungi 4 produk yang berkualiti: 

  1. Kad Imbas Bijak Alif Ba Ta sesuai digunakan untuk anak mengenal Huruf Alif Ba Ta 
  2. Buku Bijak Alif Ba Ta pula lebih menyeronokan kerana anak-anak mudah mengenal huruf alif ba ta, mengenal baris, mengenal huruf bertanwin dan huruf bersambung dan 
  3. Papan tulis huruf jawi untuk anak anak belajar menulis huruf alif ba ta.... Papan tulis alif ba ta ini boleh lebih mengujakan anak anda kerana ianya boleh ditulis.padam.tulis .padam berulangkali. 
  4. Set Buku Al-Furqan pula untuk membantu anak belajar membaca Al-Quran dari awal sehingga lancar 

HARGA : RM72.50 
CAJ POS AIRPAK dalam Semenanjung Malaysia : RM7.50  

Berminat sila membuat bayaran ke Akaun 

Bank: Maybank Akaun no :159012674434 
Nama: Huzaimah bt Basar @ Sabtu 
Email : huzaimahbasar@gmail.com 

CIMB bank Akaun no: 12051368015521 
Nama: Huzaimah bt Basar @ Sabtu 
Email : huzaimahbasar@gmail.com  

Tuesday 4 August 2015

Tips mudah untuk menjamu rakan-rakan bagi ibu yang sibuk

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi peribadi



Sudah lama tidak bersiaran. Perubahan rutin yang baru memerlukan keserasian. Rutin kehidupan saya sedang kelam kelibut. Baru sahaja merancang untuk sidai baju, bayi kecil saya menangis. Rutin bayi kecil saya masih berubah-ubah. Agak sukar bagi saya untuk menyusun atur jadual harian.

Musim perayaan ramai tetamu yang ingin menziarah terutamanya dengan kehadiran orang baru. Berkumpul bersama rakan-rakan lama adalah sangat menggembirakan. Mengukuhkan lagi ikatan persahabatan.

Memandangkan saya ibu kepada dua orang anak, bagi saya pentingnya perancangan yang awal. 

Menu utama nasi ayam
Pencuci mulut keropok lekor dan puding roti ( tempah dengan jiran)
Air rebina

Menu masakan perlulah mudah. Jika mempunyai bujet yang lebih bolehlah di tempah sahaja makanan utama. Saya memasak sendiri kerana tetamu yang hadir bilangan yang kecil. Menu utama adalah nasi ayam. 

Kenapa nasi ayam? Kerana nasi ayam agak mudah dimasak. Walaupun agak leceh, perancangan awal akan memudahkan proses memasak. Saya mengambil masa tiga hari untuk menyediakan nasi ayam. 

Hari pertama membersihkan ayam, kisar cili, sediakan perencah untuk perapan ayam dan juga nasi. Bahan-bahan perapan dikisar dan disimpan di dalam peti sejuk.

Hari kedua menyediakan sos cili, sos kicap, stok ayam dan acar timun bersama lobak merah.

Hari ketiga memasak nasi ayam serta memanggang ayam di dalam oven. Menyediakan juga air rebina.

Apabila mempunyai perancangan tidaklah kita akan serabut dengan dapur yang bersepah dan mempunyai masa membersihkan dapur. 

Selepas acara selesai memang agak kepenatan. Mujur masih bercuti lagi.