Tuesday 16 February 2016

Flash Card Bahaya untuk si Kecil di bawah usia 4 Tahun.

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi
Sumber: Facebook Anakibuayah

Encik Suami ada menyatakan perkongsian mengenai artikel di dalam laman sosial Facebook mengenai Kad imbas tidak sesuai untuk anak-anak berusia bawah 4 tahun. Pertama kali saya mendengarnya. 

Biasa yang saya dengar adalah keburukkan gadjet. Penggunaan gadjet dan televisyen yang extrem membahayakan si kecil.

Saranan saya anda boleh gunakan kad imbas tetapi tidak secara extrem. Pastikan anak lebih bermain dengan aktiviti fizikal di luar rumah ataupun di dalam rumah.

Saya boleh menawarkan alternatif lain selain kad imbas iaitu "kinetic Sand". 

Walaupun "Kinetic Sand" agak bersepah, tetapi ianya mampu membuatkan daya pemikiran anak anda lebih cerdas. Bersepah kita ajak anak-anak mengemas bersama-sama.


"Anda boleh waatsup ke no 0193361441, nanti saya bantu dapatkannya"


Artikel asal daripada laman sosial Facebook Anakibuayah
================================================

AWAS jika terlalu memberikan flashcards dan buku pada anak2 di bawah usia 4 tahun!
Selama ni kita asyik duk dengar yg bagi tablet dan gadgets tak bagus utk anak kecil. Tapi tak kurangnya dengan buku dan flashcards. 

Anak kecil seawal usia 6 bulan memerlukan banyak rangsangan dari persekitaran. Dalam kehidupan seorang anak kecil, rangsangan deria rasa, pertutran&percakapan, sosial, emosi, kognitif, dan pergerakan haruslah seimbang seadanya utk memastikan mereka mendapat 'pendidikan' yg secukupnya.
Apa yg seorang anak kecil dapat jika kita ibu bapa terlalu ghairah utk memberikan 'pendidikan' berbentuk gambar dan hafalan kpd anak kecil? 

Dengan melihat gambar, mereka tidak dpt merasai objek. Objek yg mereka dapat rasa pada ketika itu hanyalah sekeping kertas sahaja. Apa yg ada pada sekeping kertas yg ada gambar 'banana'? Hanya kertas yg ada warna kuning dan bentuk pisang. Anak kecil tidak dapat merasa banana tersebut kerana tidak memegang objek banana. Bau banana tiada. Nak pegang banana pun tak pandai. Kemahiran motor halus tiada. Hanya pergerakan' flip' kertas, pegang, dan belek. Di antara input Pertuturan yg diterima pada ketika itu ialah: 'banana' sahaja. Jadi, anak kecil mmg boleh sebut banana, tapi tak boleh describe rasanya yg bagaimana sebab hanya belajar perkataan banana melalui sekeping kertas sahaja.
Konsepnya sama mcm kalau kita dedahkan terlalu banyak hafalan huruf & nombor melalui flashcards. Anak2 ini kita kata, kita rangsang bahagian kognitif nya melalui cara ini. Sentiasa harus diberikan input huruf dan nombor sampai anak betul2 boleh hafal. Berbalik kpd komponen2 kehidupan seorang anak kecil yg saya katakan sebelum ini. Skrg ni, kita banyak bagi komponen kognitif kepada anak, sehingga komponen2 lain kita ambil ringan. Maksudnya, anak kecil hanya hebat dlm komponen kognitif dalam kehidupannya, tetapi 'delay' dari segi Pertuturan, pergerakan, dan hubung kait sosial dengan persekitaran. 

Berbeza jika kita ikut 'flow' anak2 kecil yg gemar bermain dan bergerak. Bergerak mengaktifkan tingkah laku, percakapan dan kesedaran mengenai persekitaran. Bila mereka bergerak, mereka belajar yg persekitaran ini ada cabarannya. Kebolehan anak kecil utk bergerak dlm persekitaran yg mencabar ini dpt membantunya memberi kemahiran survival, problem solving dan kekuatan utk menghadapi cabaran. Bergerak membantu proses pertukaran maklumat di antara otak kiri dan kanan berlaku dengan baik dan seterusnya mengukuhkan komponen2 kognitif seperti hafalan, mengenal dan berfikiran kreatif.
Sebab tu budak2 skrg ni banyak yg sukar utk bertutur dan bercakap dengan baik. Ada ibu bapa yg baru sedar anak mereka apabila sampai usia 4 tahun, masih belum boleh berkomunikasi dengan baik tetapi sudah boleh sebut dan kenal huruf, warna, nombor dan shapes. Ada yg lebih teruk, umur 5 tahun sudah boleh membaca, tetapi tidak mampu memberitahu ibu dan ayahnya tentang apa yg dia rasa, perkongsian perasaan, dan memberitahu apa yg dia nak. Apa yg dia tahu, hanya pegang tgn ibu dan tunjuk sahaja apa yg hendak dimakan tanpa dapat membuat ayat yg sesuai. Sedangkan anak itu sudah boleh membaca! 

Jangan pandang remeh dengan aktiviti bermain dan bergerak. Buku dan gambar tidak membawa makna apa2 kpd anak2 kalau komponen kehidupan yg lain tidak dipandang serious oleh ibu bapa.



Friday 12 February 2016

Material Moss Crepe

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Selalu berbual dengan adik beradik perempuan membincangkan material yang tidak perlu digosok. Kebiasaanya kakak akan mengosok pakaian untuk seminggu. Jadi tergerak hati untuk berkongsi cerita.

Material yang sesuai adalah kain shifon yang bercorak dan untuk kain kosong saranan saya adalah kain moss crepe. Material yang tidak berat dan tidak nipis. Tidak perlu menggosok beriya. Jimat masa dan boleh cepat berehat. Dengan material moss crepe, pakaian tidak melekap dan pakaian lebih longgar. Kain juga beralun dan jatuh dengan cantik serta kemas.


Waatsup ke no 1093361441, nanti saya bantu anda untuk mendapatkannya.
Cepat, stock sangat terhad dan kami tidak akan restock.


Thursday 11 February 2016

Cara Mengatasi Sindrom salah Letak Barang

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi.


Cuti perayaan Tahun Baru Cina, kami sekeluarga pulang ke kampung Encik Suami. Apabila berada di kampung, kumpul beramai-ramai sambil berborak-borak. Macam biasa "handphone" juga sentiasa di sisi. Anak pula macam-macam ragam. Si kakak yang menghiburkan hati mak tok dan Tok Aki. Adik juga tidak kurangnya menunjukan kecomelannya.

Lama sudah saya perhatikan, selalu sangat saya tercicir "handphone". Melayan anak di ruang keluarga, tiba-tiba tetamu datang. Meraikan tetamu pula di ruang tamu. Sudahnya "handphone" tidak diketahui letak di mana.

Jadi hari ini saya terfikir pakaian memainkan peranan. Pakaian yang berpoket sesuai untuk meletakan "handphone". Walaupun terasa berat di sisi, tetapi dengan berpoket "handphone" ataupun barangan kecil lain tidak mudah tercicir. Tidak perlu lagi "miss call" untuk mencarinya. 

Pakaian daripada Aqeela sesuai sangat dipakai apabila berada di kampung. Walaupun material t-shirtnya mudah pudar apabila dibasuh berulang kali, Aqeela mempunyai t-shirt untuk ibu menyusu yang mempunyai "inner" untuk melindungi aurat si ibu.


Koleksi T-shirt menyusu Aqeela yang dibawa ketika pulang ke kampung



Boleh waatsup ke no 0193361441, nanti saya akan bantu anda untuk mendapatkannya.



Thursday 4 February 2016

Pakej Seronok Mengaji Al-Furqan

Nak ajar anak baca al-quran?
✔Hanya menggunakan kad imbas untuk kesan ketara.
✔Seawal 2 tahun sudah kenal alif ba ta.
✔Jimat masa, jika anda ada set al-furqan

===========
Testimoni
===========
"Hanya menggunakan kad imbas al-furqan, adik Iman Naufal Hakeem b. Herman yang berusia 2 tahun sudah mengenali huruf-huruf Hijaiyyah" - Puan Norlida Bt Ahmad.


 "Saya dah pun terima set al-Furqan dan dah mula ajar anak saya mengaji (umo 2 tahun). Alhamdulillah dia memang minat sangat sampaikan asik dok usung buku 1 dan kupiah dia ke sana ke mari dan mintak saya atau ayahnya ajarkan dia mengaji, alhamdulillah... Cuma yang kelakar tu, masa mula-mula ajar tu, saya ikut sebutan dalam buku tu (huruf ba) tapi dia p bantai baca Yaasin pulak sebab selama ni dia dok dengar saya mengaji macam tu. Tapi adik dia yang umo 11 bulan pulak yang pandai ikut. -Puan Afrohah - Cheras, Selangor

PAKEJ SERONOK MENGAJI ALFURQAN ini mengandungi :
1.Set Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan
-set ini terdiri daripada 1 VCD Panduan mengajar untuk ibubapa dan guru serta 4 buah buku untuk ibubapa mengajar anak-anak.
-pastikan ibubapa menoton dulu VCD panduan mengajar untuk lebih mudah mengajar anak-anak kemudian barulah dimulai dengan Buku 1, teruskan dengan buku 2, 3, 4 setelah tamat Buku 1
2.Buku Mewarna & VCD Lagu-Lagu Al-Furqan
-Pasangkan VCD Al-Furqan dulu untuk anak-anak anda. Anak-anak akan belajar mengenal bunyi-bunyi huruf sambil menyanyi
-manakala Buku mewarna boleh digunakan sebagai salah satu aktiviti bersama anak-anak
-Buku ini turut mengandungi latihan menulis huruf alif ba ta sampai ya yang membantu anak anak lebih cepat mengecam huruf huruf dalam Al-Quran
3.Kad Imbas Al-Furqan
-kad yg membantu anak-anak anda lebih memahami dan ingat pelajaran yg ada dalam set buku alfurqan.Huruf yg besar pada kad imbasan ini membantu anak lebih mudah dan faham set buku yg mereka gunakan

AMARAN: Freegift Dah Nak Habis.Cepat Waatsup sekarang untuk mendapatkan Free 3 poster alif ba ta.










Tuesday 2 February 2016

Tantarum Di usia 3 Tahun

Teks: Huzaimah Basar

Hari ini sarapan pagi bersama Encik Suami. Kami kelaparan setelah mengharungi kesesakan jalan raya. Walaupun kami bermotosikal, penat mencelah. Semalam jalan lengang kerana cuti hari wilayah. Hebat sungguh apabila pekerja Wilayah Persekutuan dan Selangor bergabung. 

Sambil makan kami membincangkan kehebatan tantarum Shaima' diambang usianya 3 tahun. Aku sampaikan kata-kata Puan Husna Harun kepada Encik Suami.

"Anak yang diajar mengaji oleh ibubapanya akan mudah mendengar kata"

Riak wajah Encik Suami setuju dengan kata-kata Puan Husna Harun. 

Kami terfikir untuk mengajarnya mengaji, 2 minit sehari, walaupun kad imbas telah lunyai dikoyakkan oleh Shaima'. InsyAllah Shaima' akan pandai mengaji dan tidak lagi tantarum.

"Anda boleh waatsup ke no 0193361441, nanti saya bantu dapatkannya"

Monday 1 February 2016

Kasut pilihan

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi peribadi


Menjadi seorang ibu segala-galanya perlu diambil kira. Jenis pemakaian kasut juga penting. Pelbagai jenis kasut dipasaran. 

Kasut yang disarung terus dan 'flat shoes' lebih memudahkan ibu-ibu. Senang untuk berjalan bersama anak-anak aktif dan cerdas. Ibu-ibu pula perlu lebih cergas dan pantas daripada mereka.

Kalau "travelling", "flat shoes" adalah yang sesuai. Pilihlah yang anda selesa dan mengikut kemampuan anda.   




Kasut Skechers, berkhidmat sejak 2014. Harga RM200 lebih. Sangat selesa.



#‎kadimbasalifbataa‬
‪#‎asasalfurqan‬
‪#‎huzma‬