Tuesday 23 September 2014

Menangani Tekanaan Si Kecil

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum,

Seminggu saya menumpang en suami ke tempat kerja menaiki motosikal. Hari ini saya perlu bekereta untuk ke tempat kerja. Perbezaan masa sangat berbeza. Kami keluar rumah waktu yang sama seperti sebelum ini, perbezaan masa berkereta adalah tambah setengah jam perjalanan. Sampai awal di pejabat dan juga sampai awal di rumah.

Mujur si kecil kami tidak banyak ragamnya seperti sebelum ini. Bangun pagi dengan ceria, terus ke bilik air untuk mandi. Sudah tidak meragam apabila dibasahkan kepalanya. Saya sangat gembira dengan perubahannya itu kerana memudahkan lagi urusan di pagi hari.

Kegembiraan dan kecerian si kecil menjadi persoalan kami. Apa yang menyabebkannya gembira dan ceria seperti itu. Apabila di selidik, daripada pemerhatian kami, si kecil puas bermain pada hujung minggu yang lepas. Beliau dapat melepaskan tekanannya. Minggu lepas kami ke Pantai Remis, Kuala Selangor untuk membeli ikan sebagai bekalan minggu ini. Selepas membeli belah kami beriadah sebentar di pantai. Si kecil kami sangat teruja melihat pantai yang luas. Kami meberi kebebesan kepadanya untuk meneroka alam sekelilingnya ketika itu. Si kecil mengutip kerang, siput yang berada di sekeliling, bermain air, pasir dan sebagainya.

Si kecil kami tidur sepanjang perjalanan ke rumah. Kepenatan bermain di pantai. Tidurnya masa siang sangat panjang pada hari berkenaan. Bangun tidur dengan keadaan ceria,makan dengan seleranya. Petangnya kami hanya duduk di rumah kerana cuaca tidak mengizinkan untuk beriadah.

Kecerian Si kecil di tambah lagi dengan kehadiran sepupunya di hujung minggu. Riuh rumah dengan suara kanak-kanak. Sekejap menangis, sekejap ketawa, sekejap baik, sekejap bergaduh, itulah kanak-kanak. Petangnya pula kami membawa mereka ke taman Setia City Mall untuk bermain buih sabun. Berlari-lari mereka mengejar buih-buih sabun.

Malamnya Si kecil kami tidur dengan lena bangun dengan ceria. Urusan pagi kami juga sangat mudah. Kanak-kanak juga mempunyai tekanan yang perlu di lepaskan. Perlu kerap membawanya ke taman agar dapat bermain dengan bebas dan melepaskan tekanannya itu.


No comments: