Tuesday 29 July 2014

Adab menziarahi bayi baru lahir

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum,

Sambutan Syawal bertambah meriah dengan kehadiran orang baru. Pasti ramai tetamu yang ingin mengambil ke sempatan untuk menziarahi bayi yang baru lahir.  Imunisasi bayi yang baru lahir sangat lah rendah. Oleh itu sebagai tetamu antara langkah - langkah yang boleh di ambil adalah:


  • Pastikan anda sihat
  • Cuci tangan dengan sabun sebelum memegang bayi
  • Elakan daripada anak kecil berjumpa bayi kerana kita tidak tahu ragam si kecil.
  • Jika bayi sedang tidur, tidak perlulah mengejutnya.
  • Jika ibu sedang berehat sila tangguhkan lawatan anda.
  • Jangan melawat di malam hari, di takuti ibu dan bayi sedang berehat.


Sebagai tuan rumah, beberapa langkah pencegahan boleh dilaksanakan.


  • wet tissue, tetamu boleh menggunakannya sebelum memegang bayi
  • Instant hand sanitizer, sama fungsinya seperti wet tisu.


Tuesday 22 July 2014

Persediaan Baju Raya untuk anak

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum,

Syawal semakin menghampiri kita, bermakna ramadhan juga bakal meninggalkan kita. Bagaimanakah persiapan anda untuk menyambut syawal nanti? Pastinya ramai yang masih mencari keperluan untuk menyambut lebaran nanti. Lebih lagi dihujung bulan puasa ini, pusat membeli belah pastinya sesak dengan orang ramai.

Di sini saya ingin kongsikan antara persiapan lebaran untuk si cilik adalah pakaian ketika berhari raya. Pastinya si cilik memerlukan pakaian yang selesa sesuai dengan cuaca di Malaysia panas dan kering. Kadang kala baju mudah kotor di sebabkan makanan dan minuman, ataupun muntah si cilik. 

Pelbagai kebarangkalian yang akan berlaku ketika berhari raya. Lebih elok sekiranya kita bersedia. Oleh itu, mereka perlu menukar pakaian dengan kerap untuk keselesaan. Pakaian daripada jenis cotton lebih sesuai untuk kanak-kanak. Elakkan daripada ropol-ropol yang berlebihan kerana di takuti si celik tidak selesa walaupun ianya kelihatan cantik. Carilah yang pakaian yang ringkas.


Antara keperluan Shaima' untuk hari raya nanti

Berikut saya kongsikan beberapa keperluan si cilik ketika berhari raya:
  • Baju kurung atau baju melayu untuk hari raya pertama  - sehelai
  • Pakaian di siang hari  - 3-4 helai
  • Baju tidur - 2 -3 helai
  • Tuala mandi - sehelai
  • Pampers pantz - 6-7 helai
  •  Wet tissue
Seeloknya keperluan si cilik di simpan di dalam beg khas sebagai on the go beg. Tujuannya supaya mudah di bawa ke sana sini, memandangkan hari raya pasti membuat kunjungan berterusan ke rumah saudara mara. oleh itu On the go beg sangatlah di perlukan.

Thursday 17 July 2014

Koleksi Lebaran Rucimodish

Teks:  Huzaimah Basar
Gambar: Ruccimodish

Assalamualaikum,

Lebaran tahun ini, saya tekad untuk membelikan suami baju melayu melalui online sahaja. Menjimatkan masa, serta dapat mengurangkan keletihan berjalan di butik ataupun kedai. Lagipun kami tidak beberapa gemar berada di tempat yang ramai orang. 

Oleh sebab itu saya mengambil keputusan untuk membeli secara online sahaja. Suami saya memberi cadangan agar baju melayu berkenaan mempunyai butang agar tidak perlu untuk mencari butang baju melayu. Selain itu dapat mengurangkan keciciran butang baju melayu ketika membasuhnya.

Selain itu, baju melayu tersebut haruslah kelihatan santai dan kasual. Tidak perlu sepasang dengan seluar untuk mengelakan pembaziran. Kebiasaanya seluar baju melayu hanya di pakai pada pagi lebaran sahaja.

Setelah berbincang dengan suami, bermula pencarian melalui google dan laman sosial. Saya terjumpa instagram Ruccimodish yang mana menepati kreteria yang di kehendaki oleh suami. Harga nya juga berpatutan. Kain baju melayu keluaran Ruccimodish amat selesa dan sejuk, sesuai dengan cuaca di Malaysia. Butang baju melayu juga amat menarik dan mudah digunakan. 

Terdapat juga pakaian sedondon suami dan isteri. Lebih mengujakan lagi, jubah Ruccimodish nursing friendly, sesuai untuk ibu menyusu.

Jika anda peminat jubah lebih lagi untuk nursing, layari Ruccimodish   untuk pembelian.





Tuesday 15 July 2014

Koleksi Baju Menyusu Sempena Lebaran

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum,

Ramadhan semakin meninggalkan kita, Syawal pula bakal menjelma. Bagaimanakah persiapan ibu-ibu sekalian? Selain persiapan jaudah untuk hari raya, pastinya busana untuk menyambut syawal juga adalah perkara yang utama. Lebih-lebih lagi bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan si cilik. Pastinya ibu-ibu sedang  mencari pakaian yang sesuai untuk menyusu.

Menyusukan bayi sekarang menjadi semakin mudah dengan adanya pelbagai koleksi busana menyusu dan sangat praktikal. Kini ibu-ibu dapat menjaga aurat serta berpenampilan diri kerana terdapat pelbagai kolekssi busana meyusu yang menarik.

Antara jenis busana menyusu adalah seperti, butang di hadapan, zip di hadapan, bukaan baju menyusu.

Busana menyusu ini boleh di dapati di butik-butik ataupun secara online. Di sini saya akan senarai kan beberapa busana menyusu secara online, semoga pencarian busana menyusu untuk lebaran akan datang dapat memudahkan lagi persiapan ibu-ibu sekalian. Terdapat juga busana yang di datangkan untuk sekeluarga.





 

Monday 14 July 2014

Persiapan pulang ke kampung untuk berhari raya

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum,

Ramadhan semakin laju meninggalkan kita. Syawal bakal menjelma. Apakah persiapan ibu-ibu sekalian untuk pulang ke kampung?

Antara senarai keperluan saya yang perlu di bawa pulang ke kampung:

keperluan Hari raya:
  • Baju raya(5-6 helai)
  • Duit raya (Asingkan supaya mudah untuk mengambil ketika perlu)
  • Kuih raya

Feeding bottle
  • Botol susu
  • Puting botol
  • Milk storage
  • Berus botol susu (Kebiasaan di kampung tiada berus botol susu)
  • Pencuci botol
  • Portable drying rack
  • Tissue/ kain lap 
  • Pam susu

Makanan semasa perjalanan untuk Shaima'
  • Biskut 
  • Roti
  • Nasi 
  • Botol air masak


Tuesday 8 July 2014

Bermain dengan botol mineral

Teks: Huzaimah Basar


Aktiviti bersama botol mineral bulan lepas. Sebenarnya, hendak mengemas botol-botol mineral ini. Perlu di asingkan supaya pekerja pengankut sampah mudah mengasingkan barang yang boleh di recycle. 

Berdua sahaja dengan Shaima' pada hari itu, terlintas idea untuk beraktiviti dengan Shaima' sebagai aktiviti Homeschooling. Botol perlu di kemekan terdahulu dengan hanya menggunakan kaki. Apalagi Shaima' teruja apabila memijak botol-botol kosong itu. Bunyi botol hasil pijakkan itu menarik perhatian Shaima'. Selepas itu Shaima' perlu memasukan botol yang telah di kemekan ke dalam plastik sampah yang di sediakan.

Semasa beraktiviti, Shaima' suka berlari keliling rumah dengan botol kosong tadi. Mujur apabila diarah meletakan botol itu ke dalam plastik sampah, Shaima' akur dengan arahan tersebut. Walaupun ada sahaja botol yang tak masuk ke dalam plastik.

Gembira melihat Shaima' bermain dan gembira kerana Shaima' sudah pandai menerima arahan :)



Monday 7 July 2014

Ibubapa Memerlukan Pakaian Tambahan ketika Travel Bersama Si Kecil

Teks: Huzaimah Basar Assalamualaikum semua,

Si mata bulat


Semalam, kami berbuka puasa di rumah nenek Shaima'. Pelbagai ragamnya apabila berada di dalam kereta. Moodnya juga seperti tidak beberapa gembira.  

Padahal tidur petangnya agak lama. Di ajak mandi pun menanangis. Makan pun sedikit. 

Rupa-rupanya Shaima' nak bermain dengan ipad. Kami cuba untuk menghadkan penggunaan gadjet.

Di dalam kereta Shaima' minum vitagen. Lebih main daripada minumnya. Akhirnya vitagen tumpah sedikit. Vitagen tersebut di sorokan daripada Shaima'. 

Shaima' meronta-ronta meminta vitagen tersebut. Saya tetap bertegas tidak mengikut kehendak Shaima'. 

Akhirnya Shaima' menangis dan termuntah di atas riba saya. Apa yang lebih sayu adalah saya tidak membawa pakaian tambahan. 

Kebiasaan kami akan pulang ke rumah selepas terawih dan setelah beborak sekejap dengan mak. Oleh sebab itulah saya tidak membawa pakaian tambahan. Hanya baju t-shirt dan kain batik sahaja. 

Mujur pulang lewat malam dan hanya berada di dalam kereta sahaja. 

Ok, selepas ini perlunya baju tambahan umi dengan ayah untuk kes-kes kecemasan. Lebih -lebih lagi jika travel dengan kapal terbang.

Didalam kereta juga di perlukan Febreez untuk menyah bau yang tidak menyenangkan, tisu serta plastik sampah.

Pengalaman menambah nilai kehidupan untuk menjadi lebih peka.


Sunday 6 July 2014

Aktiviti hujung minggu

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pagi ahad yang indah. Memanjat kesyukuran dapat meluangkan masa bersama permata hati kesayangan. Walaupun hanya mengambil angin di hadapan rumah tetapi ianya sesuatu yang bermakna. Melayan kerenah anak yang semakin membesar dengan pelbagai ragam. Kadang kala kelakuannya mencuit hati.

Gemar bermain dengan kebun ayah, aksi ayah mencabut rumput di tirunya. Tetapi bukan rumput yang di cabutnya, daun kesum dan daun cekuh yang dicabutnya. tidak mengapalah Shaima', segalanya adalah pengalaman untuk diri mu.  


Setelah puas mengambil angin di luar rumah, bermain pula di halaman rumah. Sambil menyedai pakaian, mata memerhatikan Shaima'. Kali ini aksi umi tirunya, dengan penyapu serta penyodok. Tidak mengapa, selagi tidak membahayakan, mainlah sepuasnya. Selain itu dapat melatih deria rasa tangan kaki dan sebagainya. 



Selesai di luar rumah, Shaima' di beri sarapan pagi. Sambil itu, umi nya membasuh pinggan mangkuk serta mengemas atas dapur. Mengambil peluang ketika Shaima' tengah makan, dapatlah menyediakan puding roti untuk iftar di rumah nenek petang nanti.

Hajat di hati ingin menyediakan pancake bersama Shaima'. Pelbagai aksi yang menggelikan hati. Sudu untuk mengacau bancuhan kiri dan kanan. Tidak sempat lagi untuk di masak, bahan-bahan bancuhan tadi di rasai dulu oleh Chef Cilik. Walaupun dapur berkecah-kecah, tetapi hati ini tetap terhibur. Tidak mengapa, nanti ayah balik kerja boleh mengemas bersama. 


Selesai beraktiviti di bawah, Shaima' pun tidur setelah di mandikan. Boleh lah untuk merehatkan diri sebentar. Gembira rasa hati ini bila dapat menghabiskan masa berkualiti bersama insan tersayang. Esok dah mula bekerja, rutin akan kembali normal.
   

Friday 4 July 2014

Menu Ringkas Asam Rebus dan Tom Yam

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum pembaca sekalian.

Alhamdulillah, sudah masuk hari ke 6 kita berpuasa dan hari ini adalah Jumaat pertama di bulan Ramadhan.
Memandangkan esok hari bercuti, saya bercadang untuk membeli belah barangan keperluan rumah.

Di minda saya telah ada menu iftar untuk esok. Menu tersebut telah saya sediakan pada hari sabtu yang lepas. Menu pilihan saya adalah Asam Rebus Jenahak. Cuma esok saya hanya perlu menambah salad atau ulam dan juga sedikit pencuci mulut.

Tahukah anda bahawa bahan-bahan untuk menyediakan Asam Rebus boleh dijadikan dua menu yang berlainan? 

Selain asam rebus, menu cadangan adalah tom yam.

Di sini saya kongsikan bahan-bahan yang diperlukan:
3 biji Bawang besar
2-3 biji bawang putih
5-6 tangkai cili merah
2 biji tomato

Cara Memasak
  1. Semua bahan tersebut dikisar. 
  2. Didihkan bahan yang telah dikisar dan dibahagi kepada dua bahagian, asam rebus dan tom yam.
  3. Untuk asam rebus tambahkan daun kesum, bunga kantan, serbuk kunyit dan ikan jenahak.
  4. Manakala untuk tom yam, letakan daun limau purut, serai, perahan jus limau kasturi,udang, sotong dan sayuran pilihan.
  5. Jangan lupa perasakan dengan garam. Jika boleh kurangkan penggunaan garam.

Bahan-bahan yang dikisar

Inilah rupa asam rebus ikan jenahak

Saya menyimpan asam rebus ke dalam deep feezer menggunakan bekas makanan yang boleh dipanaskan dengan microwave setelah ianya sejuk. Hanya perlu di panaskan jika mahu dihidangkan.
Bagi saya konsep ini dapat menjimatkan masa dan dapat mengurangkan makanan luar.

Saya harap perkongsian ini akan memberi manfaat kepada semua pembaca.


Thursday 3 July 2014

Azam Ramadhan tahun ini (5 Ramadhan 1435H)


Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sudah hari ke 5 ramadhan kita berpuasa. Masih diberikan peluang untuk menikmati bulan ramadhan yang mulia ini. Besar harapan saya agar ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Ibadah puasa adalah ibadah yang istimewa daripada ibadah lain kerana ia dinisbahkan secara khusus kepada Allah Subhanahu wa taala.
Kita semua mengetahui bahawa Allah Subhanahu wa taala telah membentangkan seluas-luasnya kebaikkan yang banyak pada bulan Ramadhan. Ini adalah peluang untuk kita mengejar rahmatnya dengan menambah nilai amalan kita.

Di bulan ramadhan tahun ini saya telah berazam untuk menghabiskan 30 juzuk al-quran. Ramadhan sebelum ini saya tidak bersungguh untuk khatam al-quran di bulan Ramadhan. Mungkin tiada motivasi dan pemakin ataupun saya sendiri tidak bersungguh mencari motivasi dan pemakin tersebut.

Saya akui, sejak memperolehi anak, kehidupan saya disibukan dengan menguruskan anak. Kadang kala saya bertilawah, tetapi jika melayan penat dan malas tidak bertilawah saya pada hari tersebut. Saya sangat cemburu melihat suami bertiliwah, padahal saya ketika itu sedang menguruskan anak.

Pertengahan Mei yang lalu, sahabat saya menawarkan saya untuk menyertai Kumpulan ODHJ (One day half juzuk). Pencarian seramai 30 ahli untuk satu kumpulan. Kumpulan ODHJ ini di wujudkan melalui aplikasi waatsup. Saya sangat teruja kerana sedang mencari motivasi untuk diri sendiri.

Konsep ODHJ adalah:
  1. setiap ahli bertanggungjawab melaporkan juzuk yang telah mereka selesaikan mengikut susunan yang telah disediakan setiap hari. Matlamatnya adalah dua hari satu juzuk. Oleh itu kumpulan ODHJ ini akan khatam dua hari sekali secara berkumpulan.
  2. Ahli juga akan diberi hadiah iaitu ikon yang menarik untuk motivasi diri sendiri.
Kumpulan ODHJ

Sempena ramadhan, diwujudkan pula kumpulan ODOJ (One Day One Juzuk). Kumpulan ODHJ di rehat kan seketika. Seramai 50 ahli di dalam satu kumpulan ODOJ, had maksimum di aplikasi waatsup. Konsep yang sama, setiap ahli perlu melaporkan juzuk yang telah diselesaikan. Bezanya setiap ahli akan bermula dengan juzuk satu, dan bilangan juzuk yang telah diselesaikan adalah bebas untuk setiap individu. 

Setiap ahli mempunyai matlamat tersendiri untuk khatam al-quran. Masing-masing berazam untuk khatam al-quran paling minima adalah sekali. Lebih daripada sekali adalah bonus untuk diri sendiri.
Laporan daripada ahli-ahli kumpulan.

Melihat laporan rakan-rakan, memberi motivasi pada diri saya untuk menghabiskan 30 juzuk pada bulan ramadhan tahun ini. Mereka boleh lakukan, saya pasti boleh. Semoga saya sentiasa beristiqamah dan menjadikan bertiwah al-quran sebagai rutin harian saya.

Selamat Menyambut Ramadhan AlMubarak

Wednesday 2 July 2014

Salam Perkenalan



Teks: Huzaimah bt Basar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam perkenalan dari saya Huzaimah bt Basar @ Sabtu. Dikalangan sahabat mengenali diri ini sebagai Ema. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Selayang Baru Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Selayang Baru (1). Kemudian bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Baru (1) sehingga Tingkatan 3. Saya telah mendapat tawaran ke tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Teknik Setapak Kuala Lumpur di dalam jurusan Pengajian Kejuruteraan Elektrik.

Selepas tamat peperiksaan Sijil Penilaian Menengah, saya ditawarkan menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Dungun Terengganu selama setahun. Kemudian melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Microelektronik di Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia Perlis. Kini di kenali sebagai Universiti Malaysia Perlis.

Kerjaya pertama saya sebagai Jurutera IC Design Researcher. Rezeki saya sangat murah dan saya ditawarkan bekerja di sebuah syarikat Telekomunikasi terkemuka sebagai Jurutera “Transmission Planning”. Telah berkhidmat selama enam tahun dan saya gembira bekerja di sini kerana persekitaran dan kawan sekerja yang baik.

Saya berjumpa dengan suami ketika sama-sama belajar di universiti. Kami membina mahligai bahagia di penghujung tahun 2009.

Selama hampir tiga tahun menanti kehadiran cahayamata dengan pelbagai dugaan, hujung Febuari 2013 kami dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Pelbagai usaha yang telah kami lakukan untuk memperolehi cahaya mata. Doktor Pakar Wanita juga telah mengesahkan saya mempunyai Hypothyroid dan memerlukan rawatan. Setiap bulan saya perlu mengambil darah dan berjumpa doctor pakar Consultant Physician & Endocrinologist”. Saya juga perlu bergantung kepada ubat sepanjang hayat. Selain itu Pakar sakit wanita mengesahkan saya mempunyai Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome- PCOS)  dan perlu membuat pembedahan ovari iaitu “ovary drilling”. Semasa menunggu hari untuk pembedahan tersebut, saya telah di sahkan hamil ketika membuat “Medical Chekup”. Saya sangat gembira dan teruja menjadi seorang ibu.

Setelah memperolehi anak, kehidupan saya sangat berbeza. Pelbagai kesukaran yang ditempuhi di alam rumahtangga dan pengurusan penjagaan serta kesihatan anak. Memandangkan suami saya bekerja “Shift” lebih menyukarkan saya untuk menguruskan anak pada waktu pagi.

Di tambah pula dengan bebanan kerja yang banyak membuatkan saya semakin tertekan. Sering kali pulang lewat kerana mesyuarat yang di adakan di hujung waktu bekerja. Di tambah pula dengan kesesakan lalu lintas yang terpaksa saya harungi pergi dan pulang dari kerja. Terdetik di hati saya untuk menjadi surirumah sepenuh masa, WAHM ataupun SAHM.

Saya gemar membaca informasi mengenai susun atur rumah,supaya kehidupan rumahtangga saya lebih teratur. Saya juga suka membaca informasi mengenai kesihatan iaitu senaman yang sesuai dilakukan oleh ibu-ibu bersama anak-anak. Selain itu saya juga gemar memasak untuk keluarga.

Blog ini di wujudkan untuk berkongsi ilmu mengenai pengurusan rumahtangga, pendidikan anak (Homeschooling) dan resepi serta tips memasak. Harapan saya agar impian untuk menjadi WAHM menjadi kenyataan.

Sekian, wassalam