Tuesday 25 March 2014

Tips memasak : Masakan sejuk beku


Masakan sejuk beku adalah salah satu alternatif untuk ibu-ibu yang sibuk. Ianya juga menjimatkan masa memasak. Tips ini diperolehi daripada website Ainini Zainal. Memerlukan sedikit effort untuk memasak masakan sejuk beku ini. Memakan masa, kelebihannya adalah kita dapat mengawal kebersihan makanan, kandungan bahan-bahan serta kualiti.

Cara-caranya:
Menurut kak Ainini Zainal, beliau mencadangkan memperuntukan satu hari untuk menyediakan masakan untuk seminggu. makanan tersebut diletakan di dalam bekas yang boleh di panas kan menggunkan microwave iaitu bekas plastik pakai buang.

Aktiviti memasak saya lakukan ketika husband bercuti. Tujuanya adalah untuk menjaga Shaima', supaya kerja memasak berjalan dengan lancar. Lagipun weekend saya telah memperuntukan untuk aktiviti lain. Apa yang saya lakukan adalah kaedah menyambil. Bahan-bahan untuk memasak seperti memotong bawang, cili dan sebagainya akan dilakukan pada malam hari selepas Shaima' tidur. Pada ke esokkan harinya saya akan mula memasak untuk tengah hari. Saya akan masak banyak untuk satu menu. kadang kala saya memasak selepas pulang dari kerja, ketika husband ada di rumah untuk menjaga Shaima'.

Contoh menu:

Sambal ikan/ ayam. Ikan dan ayam di goreng terlebih dahulu. Sambal yang telah di tumis tadi, di asingkan sedikit untuk masak asam pedas. Disebabkan cara masak yang hampir sama di sini saya telah memperolehi tiga menu ikan masak asam pedas, sambal ikan dan sambal ayam.  



Masak kicap ikan/ ayam. Ikan dan ayam di goreng terlebih dahulu.Tumisan hirisan bawang yang telah disediakan sebelum ini. Masakan ini di asingkan kepada dua bahagian. Pertama untuk ikan dan juga ayam.Tumisan bawang tadi sebelum diletakkan kicap juga boleh di asingkan untuk masakan ikan/ayam masak asam.
Tips untuk ibu breastfeeding, letakkan lada hitam sebagai milk booster.





Ikan masak asam yang di thaw
Inilah rupanya ikan masak asam
Sementara masak nasi, & mengukus masakan yang di thaw.





No comments: