Thursday 11 September 2014

Tip Mengatasi Keletihan dan Kelesuan Untuk Ibu-ibu Bekerja

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Carian Google

 



Kebiasaanya apabila seorang ibu terpaksa pulang lewat ke rumah kerana memenuhi tuntutan kerja, pasti meresahkan hati ibu tersebut. Hilang sedikit fokus terhadap kerja memikirkan perihal anak-anak. lebih-lebih lagi jika si kecil masih menyusu badan. Masa bersama si kecil semakin berkurangan. Di tambah pula keadaan jalan yang sangat sesak dan hujan yang lebat, memperlahankan lagi trafic di jalan raya.

Antara tips yang biasa saya amalkan adalah pastikan anda mempunyai bekalan air masak, makanan ringan seperti kacang almond, cokelat, kismis, kurma dan sebagainya untuk mengalas perut. Dalam keadaan lapar, kebiasaanya kita mudah marah, tidak bermaya, tidak dapat berfikir dengan baik, terlalu beremosi. Dengan mengalas perut, badan memperolehi tenaga, oleh itu dapatlah kita fokus terhadapan urusan yang sedang di laksanakan dan mampu tersenyum apabila pulang ke rumah. Selain itu juga kita mampu melayan kerenah si kecil dan ahli keluarga yang lain. 

Tidur dan rehat yang mencukupi. Saya akui memang sangat sukar untuk mendapatkan tidur dan rehat yang mencukupi. Suami memainkan peranan dengan membantu tugasan si isteri seperti membasuh pakaian, memasak nasi, memasak air minuman ataupun tugasan yang mudah. Antara contohnya apabila suami sedang membersihkan pinggan mangkuk, anda menolongnya membilas pinggan mangkuk tersebut sambil mengelap dan mengemas tempat memasak. Jika suami sedang menyidai kain, anda turut sama membantu tugasan tersebut, sambil melakukan tugasan boleh juga berborak-borak. Selain menjimatkan masa melakukan tugasan, anda juga mempunyai kualiti masa bersama suami dan juga anak-anak.

Semoga tips saya ini dapat membantu ibu-ibu sekalian dalam melaksanakan tugasan harian dan gembira menjadi seorang ibu.



No comments: