Friday 19 September 2014

Impian dan Harapan

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi peribadi



Teruja apabila melihat blog home schooling daripada negara luar. Mereka sangat kreatif dalam merangka permainan sambil belajar anak-anak dan selalu berkongsi di dalam blog mereka. Sehingga mereka menerbitkan ebook untuk projek aktiviti anak mereka.

Melalui inspirasi berkenaan saya bercadang untuk mengumpulkan idea di dalam blog saya kepada sebuah ebook kemudian ke arah pernerbitan buku. Ebook mengenai aktiviti bermain sambil belajar si kecil. Setiap hari saya cuba mencari idea yang sesuai untuk usia anak saya sekarang. 

Saya suka mencuba pelbagai resepi. Perancangan saya yang lain adalah ingin mengumpul resepi mudah untuk si kecil. Resepi-resepi ini juga adalah sebagai rujukan untuk diri sendiri. Kadang kala buntu untuk menyediakan makanan untuk si kecil. Setiap malam bertanya encik suami menu si kecil sebagai bekalan ke taska. Bagi saya susunan masa untuk ibu bekerja sangat penting. Apabila ada perancangan awal, ibu-ibu tidak akan kalut, lebih lagi terpaksa keluar awal ke pejabat. Saya sendiri mempunyai koleksi buku resepi untuk bayi dan kanak-kanak.

Perancangan lain, ingin menyediakan perkhidmatan peralatan bantuan mengajar iaitu Educational Toys. Usia si kecil 0-4 tahun mereka lebih focus bermain. Oleh itu bagi saya alat bantuan mengajar yang menarik lebih membantu proses pembelajaran mereka ketika usia ini.

Impian saya mempunyai kedai atas talian fokus terhadap keperluan ibu dan anak. Menyediakan perkhidmatan untuk keperluan ibu-ibu baru.


Inilah impian dan harapan saya.




No comments: