Monday 29 June 2015

"Workstation" untuk mengepam

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi

Kali ini saya ingin berkongsi "workstation"untuk mengepam. Ianya akan menjadi rutin dan memudahkan lagi proses mengepam. Semuan peralatan ataupun perkakas yang diperlukan masa mengepam ada berdekatan dengan kita. 

Antaranya yang perlu ada berdekatan dengan kita ketika mengepam adalah:
1) botol susu
2) pam yang telah siap di pasang
3) cooler beg untuk mengisi susu dan juga pam setelah digunakan.
4) Tisu untuk mengelap sisa-sia susu yang meleleh. 
5) Air suam


"Workstation" sementara untuk mengepam


Sementara waktu ini, saya hanya menggunakan meja makan sebagai "workstation saya sebagai tempat memgepam.

Apabila barang ataupun peralatan berada berdekatan, memudahkan lagi proses mengepam. Boleh menghadkan pergerakan ibu-ibu. Penggunaan masa juga adalah jimat.



=======================================================================

IBU-IBU SEDANG MENCARI BAJU MELAYU UNTUK BAYI TERSAYANG?

ROMPERS BAJU MELAYU DARIPADA MATERIAL KAIN TSHIRT 100% COTTON MEMBERI KESELESAAN KEPADA KULIT BAYI.

Singgah ke FB Barangan-keperluan-bayi-dan-kanak-kanak-online untuk maklumat lanjut





Sunday 21 June 2015

Kaedah mengejutkan bayi yang jaundis

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi







Pelbagai kaedah untuk mengejutkan bayi yang diberikan oleh rakan Facebook saya. kaedah yang paling berkesan untuk adik adalah dengan menanggalkan baju bayi hanya meninggalkan pampers sahaja. Bayi berasa sejuk, membuatnya terjaga, masa jaganya itulah diberikan susu. 

kadang kala bayi lebih lena tidur dipangkuan ibunya ketika menyusu. Kaedah lain yang saya lakukan adalah dengan memberinya susu perahan melalui botol. Kebiasaanya saya akan berikan baby susu dalam 1.5onz.




========================================================================

IBU-IBU SEDANG MENCARI BAJU MELAYU UNTUK BAYI TERSAYANG?

ROMPERS BAJU MELAYU DARIPADA MATERIAL KAIN TSHIRT 100% COTTON MEMBERI KESELESAAN KEPADA KULIT BAYI.

Singgah ke FB Barangan-keperluan-bayi-dan-kanak-kanak-online untuk maklumat lanjut




Saturday 20 June 2015

Adik Jaundis- Hari Ketiga

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi

Alhamdulillah, hari ke 3 adik sudah boleh keluar Hospital. Bacaan Kuningnya menurun ke 160. Hanya perlu monitor di rumah sahaja. Selepas seminggu perlu jumpa doktor semula untuk pemeriksaan lanjut. 

Perlu memastikan adik sentiasa minum susu paling kurang 2 jam sekali, ataupun bila-bila masa yang bayi perlukan. Adik perlu kencing dan berak dengan kerap. Tidak mustahil akan ada jaundis semula jika bayi kurang minum susu. 

memang bayi yang jaundis tidak aktif. Mereka lebih suka tidur daripada berjaga. Oleh itu perlu mengejutkannya untuk susuan.


========================================================================

IBU-IBU SEDANG MENCARI BAJU MELAYU UNTUK BAYI TERSAYANG?

ROMPERS BAJU MELAYU DARIPADA MATERIAL KAIN TSHIRT 100% COTTON MEMBERI KESELESAAN KEPADA KULIT BAYI.

Singgah ke FB Barangan-keperluan-bayi-dan-kanak-kanak-online untuk maklumat lanjut




Wednesday 17 June 2015

Adik Jaundis - Hari ke dua

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Sudah masuk hari ke dua adik bermalam di hospital. Kuning adik dah semakin menurun daripada 235 ke 200. Umi berharap akan terus menurun dan adik dapat keluar hospital secepat yang mungkin.

Pada hari ke dua, dapatlah bekalkan adik 10onz susu pada waktu pagi. Ayah yang tolong hantarkan. Pada sebelah petangnya umi pula yang hantarkan susu untuk adik. Dapatlah bekalkan adik susu sebanyak 8onz. 

Umi berasa bahgia dapat susukan adik dan berjumpa dengan adik. Adik kuat menyusu disebabkan duduk di bawah lampu. Adik cepat dahaga kerana bahang lampu. Tidak mengapa cepat sket adik sembuh.

Hari ini kita berjumpa lagi. Besar harapan umi dengan ayah agar bacaan adik cepat menurun. Cepat jugalah adik dapat balik rumah.



Monday 15 June 2015

Adik jaundis-hari pertama

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi peribadi

Hari ini adik berusia 7 hari. Terpaksa di masukan ke wad kerana jaundis. Hati umi sangatlah sebak. Bacaan kuningnya hanya turun sedikit sahaja daripada 239 ke 236 dan hari ini 234. Doktor mencadangkan supaya masuk ke wad dan di jemur dibawah lampu. 

Sebenarnya pada bacaan 236, doktor telah mencadangkan kami untuk masuk ke wad. Kami merayu untuk monitor bacaannya pada ke esokan hari.

Sebelum itu saya telah mengumpul sedikit stok ebm untuk adik. Pada permulaan susu yang keluar adalah sedikit. Kilang susu belum di simulatekan lagi. 

Hari ini hanya 4onz sahaja yang dapat dibekalkan. Malam ini akan hantar lagi bekalan susu kepada adik. Kalau tidak cukup susu, terpaksa jugalah susu formula.

Saya masih berpantang dan tidak terdaya untuk duduk lama di hospital. Pulang ke rumah dahulu untuk rehatkan badan agar susu dapat mengalir dengan lancar.


Sunday 7 June 2015

Persiapan menyambut Ramadhan

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi

Ramadhan semakin hampir. Berlipat kali ganda ganjaran bulan ramadhan yang perlu direbut. Untuk memberi lebih tumpuan merebut ganjaran di bulan Ramadhan nanti, dikongsikan beberapa persediaan awal yang dapat dilakukan sebelum Ramadhan tiba. 


Persiapan menyambut ramadhan. 
🌜tukar langsir sebelum ramadhan tiba.
🌜spring cleaning - menggunakan part time maid ataupun mengajak ahli keluarga turut serta dalam pembersihan rumah.
🌜biskut raya- membuat tempahan awal ataupun membuatnya sebelum ramadhan dan di simpan di dalam bekas kedap udara.
🌜simpan stok makanan
🌜siapkan paste untuk memudahkan serta mempercepatkan proses memasak.
🌜merancang menu berbuka dan bersahur lebih awal.
🌜beli baju raya awal-awal. Paling mudah membeli secara online sahaja.
🌜membersihkan balang kuih raya dan pinggan mangkuk untuk kegunaan dihari raya nanti.
🌜al-quran diletakan di tempat yang paling mudah dicapai ataupun install di dalam smartphone.

InsyAllah, 10 malam terakhir tidaklah kita sibuk dengan persiapan raya dan dapatlah memberi tumpuan mengejar pahala berlipat kali ganda.


=============================

IBU-IBU SEDANG MENCARI BAJU MELAYU UNTUK BAYI TERSAYANG?

ROMPERS BAJU MELAYU DARIPADA MATERIAL KAIN TSHIRT 100% COTTON MEMBERI KESELESAAN KEPADA KULIT BAYI.

Singgah ke FB Barangan-keperluan-bayi-dan-kanak-kanak-online untuk maklumat lanjut









Thursday 4 June 2015

Tanda- tanda bersalin

Teks: Huzaimah Basar

Setiap wanita akan mengalami simptom hendak bersalin yang berlainan. Setiap anak juga berbeza. 


Tanda-tanda bersalin daripada babycenter website
  • Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.
  • Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.
  • Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.
  • Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.

Pengalaman melahirkan anak pertama, tanda-tanda yang dialami adalah sakit pinggang seperti senggugut. Lenguh di bahagian peha dan kaki. Kemudian sakit perut yang kerap, menandakan contraction. Memandangkan kelahiran pertama, kami terus rujuk ke hospital.

Ketika ini kandungan adalah 37 minggu dan telah matang untuk bersalin. Saya mengalami sakit belakang, bahagian bawah abdomen, lenguh peha dan kaki. Selain itu kerap membuang air kecil, menurut doktor sakit puan, kedudukan kepala bayi berdekatan dengan pundi kencing. 

Di saat ini juga saya sedang mengalami cirit birit serta mual. Melalui pembacaan di Bayi Ibu
ianya adalah salah satu tanda-tanda untuk bersalin. 

Apa yang perlu saya lakukan adalah bersiap sedia beg ke hospital.



=================================================================

IBU-IBU SEDANG MENCARI BAJU MELAYU UNTUK BAYI TERSAYANG?

ROMPERS BAJU MELAYU DARIPADA MATERIAL KAIN TSHIRT 100% COTTON MEMBERI KESELESAAN KEPADA KULIT BAYI.

Singgah ke FB Barangan-keperluan-bayi-dan-kanak-kanak-online untuk maklumat lanjut