Sunday 31 August 2014

Bermulanya Sebuah Cinta

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi



Seharian Shaima' menghabiskan masa bersama Toki dan Maktok serta makciknya. Di mandikan menjerit, tetapi gembira apabila dapat berendam berenang-renang di dalam besen mandiannya. Kali ini Maktok yang memandikan Shaima'. Selesai mandi, berlari-lari untuk memakaikannya pampers. Seluar dengan baju juga mahu memakai sendiri, lelah orang yang menguruskannya. Walaupun lelah, hati tetap gembira dan puas dapat bersama. Telatahnya mencuit hati sesiapa yang melihatnya.

Di petang hari pula, Shaima' menghabiskan masa bermain bersam dengan Toki. Bersiar-siar di luar kawasan rumah, mencari kelibat kucing ataupun burung. Merangkak di jalan raya, lagak seperti seorang komandor. Shaima' terlampau gembira agaknya, sebab itulah ditunjukan kemahiran komandornya kepada toki.Toki hanya memerhatikan sambil tersenyum.  

Tepat pukul 7.30 malam, beradulah si puteri sehingga ke pagi keesokkan harinya. Semoga bertemu kembali. Begitulah aktifnya anak seorang ini. Penghibur dan penyejuk mata kami sekeluarga. 


Friday 29 August 2014

Kehadirannya Mengajar Kami Tentang Kehidupan.

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi




Usianya memasuki 18 bulan, cepatnya masa berlalu. Sebagai ibubapa, bermacam-macam perkara yang kami ingin mengajarnya. Mengajarnya menyebut perkataan yang sering digunakan seperti "umi", "ayah", "susu" dan sebagainya. Mengajarnya menyebut mengenai objek yang dilihat seperti "burung", "kucing", "lembu" dan "kapal terbang". Walaupun hanya sebutan belakang sahaja yang kedengaran, itu sudah menggembira kan hati kami.Tanpa kami sedari, dia juga mengajar kami tentang kehidupan.


Multitasking 
Sejak kehadiran si kecil, banyak pekara yang saya perlukan lakukan dalam satu masa. Menyambil dalam melaksanakan tugasan di rumah seperti memasak, sambil membasuh pakaian kotor, melayan si kecil bermain dan sebagainya. 

Mengatur Jadual Harian.
Si kecil mengajar saya supaya menyusun jadual harian, sebagaimana, dia sendiri mempunyai jadual tidur, menyusu, makan, bermain dan sebagainya. Begitu jugalah sebagai seorang ibu mengatur jadual harian tugasan di rumahnya untuk memastikan ke semuanya berada dalam keadaan yang baik.


Menjadi Lebih Peka
Melalui dia, kami belajar menjadi lebih peka dengan persekitaran. Peka dengan bentuk tangisannya, tangisan kelaparan, tangisan kepenatan, tangisan untuk tidur, tangisan kesakitan dan sebagainya. Mengenal pasti kelakuannya, perkara yang sedang dia lakukan, memunggah pampernya, bermain dengan kunci, memanjat tangga dan sebagainya.

Kebersihan dan Keselamatannya
Kebersihan dan keselamatan sekeliling menjadi keutamaan sejak kehadiranya. Memastikan segala peralatannya selamat digunakan serta kebersihannya terjamin. Selain itu menjadikan kami sentiasa menambah ilmu mengenai pelbagai perkara dari segi material, keselesaan, keselamatan peralatan, jenis pencuci lantai yang selamat untuk bayi, sabun untuk kulit sensitif dan sebagainya. Tisu basah sentiasa ada bersama ketika keluar daripada rumah untuk memastikan kebersihan di jaga.

Thursday 28 August 2014

Kehidupan sebelum dan selepas mempunyai anak

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi



Kehidupan sebelum dan selepas mempunyai anak adalah sangat berbeza.Permata hati kami dilahirkan ketika 4 tahun usia perkahwinan kami. Perubahan yang sangat besar untuk kehidupan kami.

Masa Tidur
Sebelum mempunyai anak: kadang kala tidur awal dan kadang kala tidur lambat kerana menonton Midnite Movie. Mendapat tidur yang cukup, kadang kala menyambung tidur selepas subuh, lebih lagi pada hari minggu.

Selepas mempunyai anak:Tidur saya tidak seperti dulu, saya kerap terjaga kerana tangisan bayi saya untuk menyusukannya. Terpaksa bangun awal untuk mengepam susu sebagai bekalan dan menyediakan keperluan si kecil ke taska.

Masa Makan
Sebelum mempunyai anak: Dapat menikmati makanan lebih lagi makan diluar tanpa gangguan.

Selepas mempunyai anak: Makan secara bergilir-gilir terutamanya ketika makan di luar. Hampir jarang makan di luar kerana di rumah mudah untuk menguruskan kerenah si kecil.

Masa bersama rakan-rakan
Sebelum mempunyai anak: Ketika ini saya mempunyai masa bersantai bersama rakan-rakan, lebih-lebih lagi rakan-rakan yang masih bujang.

Selepas mempunyai anak: Masa saya tertumpu kepada menguruskan si kecil saya. Hanya akan bersama rakan-rakan dengan kehadiran suami, supaya anak kami lebih terjaga. Lebih-lebih lagi saya tidak yakin untuk memandu berdua dengan bayi saya.


Pakaian
Sebelum mempunyai anak: Tidak kisah material pakaian, yang penting cantik dan kemas. Menggosok pakaian tidak menjadi masalah kepada saya. Gemar membeli belah pakaian sendiri.

Selepas mempunyai anak:Kebanyakan pakaian dan tudung adalah daripada material yang tidak perlu digosok. Pakaian menyusu menjadi pilihan dan keutamaan.Kepantasan bersiap adalah penting bagi saya, lebih lagi di awal pagi untuk ke tempat kerja. Hanya pakaian anak menjadi keutamaan ketika membeli belah.

Bersenam
Sebelum mempunyai anak: Kebiasaanya mempunyai masa untuk bersenam terutamanya berlari berdua-duan di taman rekreasi ataupun pergi ke kelas berenang bersama rakan-rakan.

Selepas mempunyai anak: Masa untuk bersenam sangat terhad. Tiada lagi masa untuk berlari berdua, terpaksa bergilir-gilir untuk berlari di taman rekreasi, sementara seorang lagi akan bermain bersama anak di taman permainan yang di sediakan.

Kehidupan.
Sebelum mempunyai anak:Kehidupan saya lebih santai, hanya perlu menjaga diri sendiri dan suami. Bebas untuk bergerak dan membuat apa sahaja.

Selepas mempunyai anak: Kehidupan saya lebih bermakna dan lebih gembira, walaupun keletihan menguruskan rumah tangga dan keperluan anak. Saya tetap bersyukur dengan segala rezeki yang di beri.

Tuesday 26 August 2014

Bermain Sambil Belajar Bersama Si Kecil ( 1 tahun ke atas)

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Sumber Peribadi



Antara aktiviti hari minggu bersama si kecil, bermain air di dalam baldi. 

Peralatan yang di perlukan:

1) 2 biji baldi  
Size baldi terpulang kepada individu, besen juga salah satu peralatan yang sesuai di gunakan. Sediakan satu baldi yang berisi air dan satu baldi kosong.


2) Mangkuk kecil
Digunakan untuk mencedok air dan di letakan di dalam baldi kosong. Aktiviti ini menguji si kecil dalam penyelesaian masalah iaitu cara memindahkan air dari baldi pertama ke baldi ke dua.
 
3) Span basuh pinggan 
Tujuannya untuk menyerap air dan memerah masuk ke dalam baldi kosong. Selain itu dapat menguji kemahiran motor tangannya.

4) Alat mainan tahan air
Saya menggunakan mainan Alphabet daripada jenis plastik yang bewarna warni dan diletakan di dalam baldi berisi air untuk menjadikan permainan ini lebih menarik. Si kecil saya teruja mengutip mainannya itu dan di pindahkan ke baldi satu lagi.

5) Barang-barang persekitaran
Digunakan untuk membina kemahiran seni kreatif si kecil. Si kecil saya mengutip batu hiasan kecil dan memasukannya di dalam ke dua-dua baldi.

Dilema Ibubapa Bekerja dengan Si Kecil yang Tidak Sihat

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum,



Perkara yang biasa berlaku di mana si kecil yang berusia setahun hingga dua tahun akan kerap demam ataupun tidak sihat. 

Apabila si kecil tidak sihat, pastinya ibubapa tidak akan hantar anak ke taska ataupun pengasuh.Siapakah yang perlu menjaganya ketika mereka tidak sihat? Inilah dilema yang dihadapi ibubapa yang bekerja.

Situasi kami, saya sebagai ibu perlu bertanggungjawab untuk menjaga si kecil kami. Ini kerana si kecil kami masih menyusu badan.

Sejak Januari tahun ini sehingga saat ini sahaja, acap kali Si kecil kami tidak sihat. Ketika itu jugalah sebagai ibu saya akan mengambil cuti untuk menjaganya. Hati seorang ibu pastinya gundah jika anak tidak sihat. 

Pada awal Januari yang lalu, demam yang berpanjangan menyebabkan Si kecil kami terpaksa di masukan di hospital selama 4 hari 3 malam.

Selang beberapa bulan di masukan ke hospital sekali lagi kerana kehilangan air di dalam badan di sebabkan ulser selama sehari.

Sebelum ketibaan Ramadhan, si kecil kami sekali mengalami masslah kesihatan. Beliau mengalami penyakit Tangan, kaki dan Mulut (hand, foot and mouth disease). 

Kanak yang mengidapi penyakit ini di larang untuk ke taska ataupun pengasuh selama seminggu. Perlu di asingkan dengan kanak-kanak yang lain. 

Ketika ini cuti saya semakin sedikit dan sangat kritikal. Saya dan suami sepakat untuk menjaganya secara bergilir. Situasi sebegini memerlukan kami berkerjasama sebagai satu kumpulan. Peranan suami sangat penting untuk keadaan sebegini. 

Suami pula kerja shift, oleh itu waktu kerjanya boleh ditukar bersama rakan sekerja yang lain. 

Saya mengambil cuti separuh hari, pada waktu pagi suami akan menjaga si kecil kami. Suami pula akan bekerja pada sesi petang.Selain itu suami akan mengambil cuti, memandangkan cuti saya semakin sedikit. Ketika ini suamilah yang bertanggungjawab untuk menjaga si kecil kami.

Sebagai ibubapa perlu lah bijak menggunakan cuti mereka ketika usia si kecil setahun sehingga dua tahun. Bersedialah untuk menggunakan cuti untuk kes kecemasan terutama melibatkan kesihatan si kecil.









Monday 25 August 2014

Suka duka dalam penyusuan

Teks: Huzaimah Basar

Penyusuan adalah salah satu kenangan yang sangat indah. Memerlukan kesabaran serta kecekalan yang sangat tinggi.

Pengalaman menyusukan si kecil sangatlah mencabar. Sejak dari berpantang saya telah mengalami nipple crack. Bila diingati terasa sangat sebak kerana menanggung kesakitan yang teramat sangat. Saya akui kurangnya ilmu mengenai penyusuan. Bayi saya tidak pandai melekap. Cara saya atasi ada di enteri ini.

Semangat yang berkobar-kobar untuk menyusukan bayi saya paling tidak pun sehingga usianya 6 bulan, saya cekalkan hati menghadapi segala cabaran. Sokongan suami adalah amat penting, jika tidak penyusuan tidak akan berjaya.

Saya juga mengalami pasang surut bekalan susu untuk bayi saya. Saya mula membaca pelbagai petua untuk menambahkan bekalan susu untuk bayi saya. Pelbagai tip-tip yang Saya temui di page Facebook Bayi AsiahArissa Collection. Cara pemilihan jenis makanan harian  yang boleh menambahkan susu, serta mengepam secara teratur adalah salah satu teknik untuk menambah bekalan susu ibu.

Ketika bayi saya memasuki usia 5 bulan, bekalan susunya ke taska adalah hampir 20 ke 30 onz sehari. Permintaan melebihi bekalan merunsingkan saya.

Setelah menjadi follower di Facebook Babi AsiahArissa, saya bercadang mencuba perkhidmat Puan Asiah sebagai penasihat sehingga saya berjaya mengumpul bekalan sebanyak 20onz sehari.

Puan Asiah merancang cara pemakanan dan jenis makanan yang perlu di ambil serta jadual mengepam. Antara rutin penyusuan saya adalah: 
  • Makan makanan yang berkhasiat. 
  • Protien tinggi-ayam, daging, ikan, makanan laut, susu, keju, almond, tempe, tauhu dan lain-lain
  • Sayuran hijau gelap- brokoli, sawi dan semua jenis sayuran hijau. 
  • Makanan yang mempunyai lada hitam.
  • Kekerapan meminum air suam. 
  • Minuman seperti barli, Vico dan sebagainya
  • seminggu sekali saya amalkan longan,madu dan kurma merah.

Jadual mengepam juga telah di tambah daripada 3 kali ke 5 kali. Alhamdulillah berjaya juga saya mengumpul stock sebanyak 20onz sehari. Selain itu, pada hujung minggu saya akan buat power pumping untuk merangsang pengeluran susu.

Hidup saya lebih ceria dengan perubahan ini. 


Tuesday 12 August 2014

Barli dan Black Bean Bubur untuk bayi 18 bulan

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum.

Cepat benar masa berlalu. Shaima' pun membesar dan mempunyai pelbagai ragam. Sangat aktif, sudah pandai mendengar arahan. Selain itu juga selera makannya juga bertambah. Tidak kurang juga sangat beremosi.

Memandangkan Shaima' bangun pagi pasti meminta makanan. Peranan saya sebagai ibu adalah menyediakan makanan yang sihat untuk pembesaran Shaima'. Menu yang bagi saya mudah untuk di sediakan adalah Bubur barli bersama black bean. 

Bahan-bahannya
1 cawan barli
1/2 cawan black bean
Gula secukup rasa. 
(Boleh digantikan dengan puree kurma)
Susu segar

Cara Memasak 
  1. Barli dan black bean dibersihkan dan di masukan ke dalam slow cooker ( saya masak semalaman sebelum tidur)
  2. Masukan daun pandan dan gula
  3. Masak sehingga barli dan black bean empuk. Hidangkan bubur bersama susu segar/susu ibu.



Monday 11 August 2014

Cara Menangani Sikap Anak yang Suka Memukul Orang Lain

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum,

Terkesan apabila melihat sikap Shaima' yang berusia 18 bulan memukul kanak-kanak lain. Hanya kerana kanak-kanak berkenaan tidak memenuhi kehendaknya, Shaima' memukul kanak-kanak tersebut. Anak kecil seusia sebegini tidak dapat membezakan mana yang baik dan buruk, betul dan salah. 

Kejadian berlaku ketika nenek Shaima' mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya. Ramai tetamu yang hadir memeriahkan majlis. Kanak-kanak yang sebaya dengan Shaima' juga memeriahkan majlis tersebut. Majlis ini memberi peluang kepada Shaima' untuk bersosial. Macam-macam ragam kanak-kanak yang berada di majlis berkenaan, di tambah pula dengan cuaca yang agak panas. 

Dari amatan saya sebagai ibubapa, Shaima' mungkin keletihan bermain, mengantuk dan kemungkinan kelaparan. Sebagai ibubapa tindakan yang saya ambil adalah dengan mengasingkan Shaima' dengan kanak-kanak berkenaan. Memberi makan dan minum kepadanya. Amukannya semakin melarat, membuatkan saya tidak selesa dengan ragamnya. Kemudian saya cuba untuk memandikannya suapaya badanya menjadi segar. akhirnya saya membawa Shaima' ke dalam bilik untuk memberi masa kepadanya untuk bertenang selain itu memberi ruang kepadanya untuk berehat. Sambil bergolek-golek di ats katil, menyusukannya, bergurau senda serta mengajaknya untuk tidur sebentar. 



Bersama Sepupu

Bermain bersama Sepupu


Sunday 10 August 2014

Sepetang Bermain Bubble

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum,

Petang Sabtu semalam, kami membawa Shaima' beriadah di Setia City Mall Park. Taman yang mempunyai landskap yang menarik sering menjadi tumpuan jutu foto terutamanya juru foto perkahwinan untuk shooting outdoor wedding photo. 

Selain itu menjadi tumpuan pengunjung untuk beriadah bersama keluarga. Kebanyakkan mereka akan berkelah sambil menikmati bekalan yang di bawa. Ianya juga menjadi tumpuan penggemar bubble terutamanya Giant Bubble. Sewaan Peralatan Giant Bubble ada di sediakan di situ.

Hembusan angin yang nyaman, serta wangian daripada bubble itu sendiri memberi ketenangan kepada pengunjung. Kanak-kanak berlari riang mengejar bubble tersebut.

Kami juga tidak ketinggalan bermain bubble dengan membeli bubble gadjet berharga RM10. Hati kami gembira melihat keriangan Shaima' serta kanak-kanak yang lain. Gelagat mereka mencuit hati kami. 

Kami mengabadikan beberapa rakaman gambar untuk kenangan.






Tuesday 5 August 2014

Bermain bersama anak: Permainan Getah Rambut Menggantikan PermainanRing Tower

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum,

Antara aktiviti bersama Shaima' ketika perjalanan pulang ke kampung adalah menyusun gegelung getah rambut ke dalam portable tray rack. Permainan getah rambut ini seumpa permainan Ring Tower.Getah rambut yang bewarna warni memberi keterujaan kepada Shaima' untuk bermain. 

Permainan ini membina kemahiran  motor skill jari serta fokus terhadap aktiviti. Selain itu mendidik si kecil untuk menyelesaikan masalah. Ianya juga dapat melatih si kecil supaya bersabar. 

Sambil bermain, Si kecik di perkenalkan dengan warna. Jika si kecil telah mengenali warna, permainan ini boleh di olah dengan menyusun mengikut warna. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:


  1. Getah rambut pelbagai warna
  2. Portable tray atau batang lidi yang di susun menegak.

Permainan yang murah tetapi membantu perkembangan minda, sosial fizikal yang baik kepada kanak-kanak. Si kecil juga belajar menjadi lebih kreatif dengan minda yang cergas apabila bermain.

Shaima' sedang khusyuk bermain. Gembira setelah berjaya memasukkan gelung getah ke dalam tray rack.


Percubaan masuk getah ke jari

Friday 1 August 2014

Perjalanan pulang beraya di kampung

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum

Rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan Salam Aidilfitri, semoga segala amalan kita di terima Allah.

Hari Sabtu adalah seharian perjalanan ke kampung Kuala Terengganu. Kami mengambil masa selama 12 jam untuk sampai ke destinasi. Kami telah menjangkakan akan berlaku kesesakan lalu lintas pada hari tersebut. Oleh itu Kami telah memilih jalan lama dari Gombak ke Bentong. Alhamdulillah dua jam perjalanan  kami telah sampai ke Bentong dan terus ke distinasi melalui LPT. Memandangkan waktu kemuncak, pastinya ke semua RnR penuh dengan orang ramai. Kami mengambil keputusan untuk exit ke tol Lancang untuk ke tandas, berehat sebentar serta menguruskan keperluan Shaima'. Kami berehat seketika di Tol Lancang. Ramai juga yang seperti kami di mana mereka berhenti untuk ke tandas. Selepas itu mereka akan membuat pusingan U untuk ke LPT. 

Kami meneruskan perjalanan ke destinasi . Kami terkandas 7km lagi ke exit tol Jabor. Ini kerana ramai pengguna jalan raya membuat pusingan U untuk ke Lebuhraya baru iaitu lebuhraya Cheneh. 

Kami mengambil keputusan untuk melalui Jalan Pantai, setelah merujuk keadaan lalu lintas di aplikasi waze. 

Antara tips yang boleh di praktikan ketika travel di waktu puncak adalah:


  • Pastikan minyak kenderaan mencukupi.
  • Mengenal pasti stesen minyak sepanjang melalui lebuhraya.
  • Berhenti di exit tol tempat yang sesuai. Kebiasaannya setiap exit tol konsensi lebuhraya ada menyediakan surau, tandas dan tempat menukar lampin bayi. 
  • Bawalah bekalan makanan sendiri. Jangan lupa sediakan tikar yang sesuai, tisu basah ataupun tisu kering.
  • Jangan menukar lampin bayi di dalam surau stesen minyak lebih lagi di waktu maghrib kerana kebiasaannya surau adalah kecil dan waktu puncak dimana waktu maghrib adalah singkat.