Tuesday 30 December 2014

DIY Kertas warna sebagai Flash Card

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi.

Untuk menjadikan pembelajaran menyeronokan untuk si kecil, ibubapa perlulah lebih kreatif dalam penyampaian. Kaedah lain yang cuba terhadap Shaima' adalah DIY "flash card" huruf hijaiyah daripada kertas A4 bewarna dan di tampal di dinding.


Reaksi di kecil tentulah mengujakan kerana warna yang menarik serta ada sedikit lukisan. Saya tidaklah pandai melukis tetapi cuba mencari teknik melukis yang mudah untuk si kecil. 

Bahan yang di perlukan adalah:
  • kertas A4 pelbagai warna.
  • Marker pen
  • Double soletip 












******************************************************************************************************************
Kami menyediakan kelengkapan awal bayi Tilam Kekabu Bayi, bantal newborn keluaran Little DJE
Dapatkannya di FB Barangan Bayi Dan Kanak-kanak 

******************************************************************************************************************

Monday 29 December 2014

Coretan 2014

Teks: Huzaimah Basar
Gambar:  Sumber Facebook


Boleh di katakan tahun 2014 adalah tahun dukacita untuk Malaysia. Pelbagai tragedi sedih yang terjadi ke atas negara kita. Kehilangan MH307, MH17 yang telah di tembak jatuh, jerebu teruk, kemarau yang berpanjangan menyebabkan catuan air dan yang terbaru adalah banjir besar terutamanya di pantai timur.

Facebook di penuhi dengan news feed mengenai banjir. Terasa kesusahan yang di alami oleh mangsa-mangsa banjir. Mereka kelaparan, memerlukan air minuman yang bersih, bekalan ubat-ubatan, penjagaan kebersihan dan sebagainya. Anak-anak kecil menangis kelaparan. Jalan penghubung terputus, menyukarkan lagi misi menghulurkan bantuan. 

Ketika musibah ini berlaku, semua masyarakat bersatu hati, tenaga menyalurkan bantuan daripada pelbagai sudut. Lupakanlah persengketaan, perbezaan polotik, agama dan bangsa. Bersatulah dalam menghadapi musibah ini. Janganlah saling menyalahkan, bangkit bersama membantu dari segi wang ringgit, barangan, tenaga, idea dan sebagainya.










Akedemi bekerja dari rumah juga terlibat dalam membantu mangsa-mangsa banjir. Hubungi mereka dan bantulah semana yang kita mampu lakukan.
Aishah Hussein
Anys Idayu Zakaria  
Zaila Mohamad
Netty Ah Hiyer 
Mie Normi 
Norazizah Sudin


 

Akedemi Bekerja Di Rumah



Antara NGO yang terlibat adalah seperti berikut:


iBantu.IKRAM


IslamicReliefMalaysia






Wednesday 24 December 2014

Bantal newborn

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi

Kami menyediakan kelengkapan awal bayi Tilam Kekabu Bayi, bantal newborn keluaran Little DJE
  Dapatkannya di FB Barangan Bayi Dan Kanak-kana






Assalamualaikum, 

Belek-belek gambar lama, terkenang kenangan semasa berpantangkan Shaima'. Shaima' sering muntah susu dan terkena pula bantal newborn, padahal kami telah menepuknya agar sendawa selepas menyusu. Bantal tersebut terpaksalah kami bersihkan dengan air bersih dan di jemur. Bantal newborn keluaran Little DJE ini mudah dibersihkan kerana menggunakan issian fiber dan boleh dibasuh terus (washable). Bantal newborn didatangkan bersama set tilam kekabu.




Disebabkan Shaima' sering muntah susu, kami menambah lagi dua biji bantal newborn sebagai pengganti jika bantal tersebut dibasuh. Saya suka rekaannya yang comel serta gabungan warna yang ceria. Bayi tidur pun lena dan selesa kerana sarung bantal newborn diperbuat daripada kain cotton yang berkualiti serta sejuk.

Kini bantal tersebut akan bertukar hak milik kepada adik Shaima' nanti. Sedang mengumpul untuk dibersihkan. Tapi rasanya macam hendak menambah yang baru. Tidak tahan rasanya melihat rekaan yang terbaru yang sangat comel itu. 

Set tilam kekabu dan juga bantal newborn adalah salah satu senarai kelengkapan barangan bayi yang perlu ada. 


******************************************************************************************************************
Kami menyediakan kelengkapan awal bayi Tilam Kekabu Bayi, bantal newborn keluaran Little DJE
Dapatkannya di FB Barangan Bayi Dan Kanak-kanak 

******************************************************************************************************************

Monday 22 December 2014

Belajar huruf hijaiyah -(kaedah bercerita)

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi



Percubaan kali ini adalah dengan kaedah melukis dan bercerita. Agak mencabar sebabnya Shaima' pun mahu melukis bersama. Kebiasaanya tumpuan si kecil tidak sampai 15 minit. 

****************************************************************************************************************
Kami menyediakan kelengkapan awal bayi Tilam Kekabu Bayi keluaran Little DJE
Like kami di FB Barangan Bayi Dan Kanak-kanak 

****************************************************************************************************************

Antara kaedah yang saya praktikal adalah:
  • Pemilihan huruf hijaiyyah yang mudah di sebut ( ٓÙˆ َÙ… َ ا َب)
  • Satu hari, satu atau dua huruf hijaiyyah diperkenalkan. Huruf yang sama untuk pembelajaran 2  ke 7 hari.
  • Konsistent dalam pembelajara (setiap hari)
  • Tambah huruf selepas tempoh masa ataupun selepas si kecil telah mengenalinya. Tetap ulang huruf sebelumnya.

Friday 19 December 2014

Kraft untuk kanak-kanak

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum,

Pagi tadi saja mencuba membuat kraft berbentuk rumah daripada kertas warna.  Inspirasi daripada Facebook Kinderkaizen. Shaima' pula sedang melayan youtube alif baa taa. Sudah agak lama Shaima' di kuarantin daripada bermain gadjet, hari ini kami bagi peluang untuk Shaima' bermain gadjet. 

Tumpuan Shaima' telah beralih arah apabila melihat uminya menggunting kertas, dia pun ingin melakukannya sekali. Ketika ini Shaima' tidak sesuai lagi memegang gunting. Setelah kraf rumah telah siap dengangan menggunakan kertas warna, saya tunjukan kepadanya. Ya! Shaima' sangat teruja melihat hasil kraft tersebut. Tidak sampai lima minit, rumah kertas tersebut di koyak olehnya, tak sempat nak mengambil gambar. Tidak mengapalah, boleh buat lagi lain kali dengan idea yang lebih kreatif. 

***************************************************************************************************

Kami menyediakan kelengkapan awal bayi Tilam Kekabu Bayi keluaran Little DJE
Like kami di FB Barangan Bayi Dan Kanak-kanak 

****************************************************************************************************

Thursday 18 December 2014

Tilam Kekabu Bayi

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi




Assalamualaikum,

Antara senarai keperluan untuk menyambut kehadiran si kecil adalah Tilam Bayi. Material yang menjadi pilihan saya adalah daripada jenis kekabu.
Material kekabu menjadi pilihan kerana ianya lembut, sejuk dan selesa. Set Tilam bayi jenis kekabu keluaran Little DJE menjadi pilihan kerana kombinasi corak dan warna yang menarik. Set tilam bayi mengandungi satu biji bantal untuk newborn, 2 biji bantal kepala saiz kecil dan juga 2 biji bantal peluk. Saiz tilam bayi ini sesuai dengan playpen. 


*************************************************************************************************

Kami menyediakan kelengkapan awal bayi Tilam Kekabu Bayi keluaran Little DJE
Like kami di FB Barangan Bayi Dan Kanak-kanak 

***************************************************************************************************

Wednesday 17 December 2014

Update Blog Menggunakan Handphone- email.

Teks: Huzaimah Basar
Sumber: hepisara.blogspot.com

Tutorial cara untuk update blog menggunakan email untuk rujukan diri sendiri dan sahabat-sahabat sekalian.

1) Dashboard<setting<email
2) Isi maklumat, click Publish email immediately
Posting using email ?
huzaimah. @blogger.com


3) Save setting
4) Buka email contohnya gmail,
    To: email setup cth: huzaimah.basar@blogger.com
     Subjek: Update Blog Menggunakan Handphone- email.
5)Taip enteri yang dikehendaki.

**************************************************************************************
Kami menyediakan kelengkapan awal bayi Tilam Kekabu Bayi keluaran Little DJE
Like kami di FB Barangan Bayi Dan Kanak-kanak

*****************************************************************************************

Tuesday 16 December 2014

DIY Flashcard Huruf Hijaiyah

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Sumber  iluvsuperstore.com

Sumber: iluvsuperstore 

Assalamualaikum,

DIY flashcard sendiri, lebih murah. Falshcard Hijaiyah yang dibeli sebelum ini koyak sana sini. Biasalah si kecil dipegangnya, digigit dan di koyakkan. Mengajar si kecil memerlukan kesabaran yang tinggi. 

*************************************************************************************************************

Kami menyediakan Tilam Kekabu Bayi keluaran Little DJE
Like kami di FB Barangan Bayi Dan Kanak-kanak

******************************************************************************************
Saya ingin mencuba kaedah yang lain untuk memperkenalkan huruf hijayaiyah kepada Shaima'. Nanti saya akan kongsikan pada enteri akan datang apabila menemui kaedah yang kreatif dan menarik untuk di aplikasikan kepada Shaima'.

Ibu-ibu boleh mendownload di link yang disediakan, cara untuk membuat flashcard juga ada dikongsikan di website ini.   

Monday 15 December 2014

Big Bad Wolf 2014 -Esok 16/12/2014 Last Day

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi





Assalamualaikum,

Cuti umum sempena hari kelahiran sultan Selangor, kami mengambil kesempatan ini untuk berkunjung ke Big Bad Wolf. Kami ke sana sekitar jam 9.00 pagi dan tiba di lokasi sekitar pukul 10 pagi  dan terus parking di MIECC. Kunjungan tahun ini sangat mencabar berbanding tahun lepas dengan Shaima' yang sangat lincah dan sukar di kawal. 

Big Bad Wolf berlansung sejak 5-16 December 2014. Esok adalah hari terakhir dan pastinya harga buku juga adalah sangat murah. Mungkin boleh di dapati sekitar RM3. 

Perancangan serta perbincangan awal bersama suami sangatlah penting. Ini adalah beberapa pelan tindakan kami ketika mengunjungi BBW bersama Shaima' yang hampir berusia 2 tahun.
  • Datang pada waktu bekerja dan datang awal untuk mengelakan kesesakan lalu lintas dan parking.
  • Membawa minuman dan bekalan makanan yang seperti biskut bayi yang tidak mengotorkan persekitaran dewan. Pihak penganjur tidak membenarkan makanan serta minuman dibawa ketika berada di dewan. Tetapi mereka menyediakan tempat makan di tingkat atas.
  • Tisu Basah untuk pelbagai kemudahan.
  • Bagi saya beg pack lebih sesuai daripada beg beroda kerana dari dewan ke tempat parking perlu menaiki tangga.
  • Pihak penganjur menyediakan troli dan kotak untuk kemudahan pengunjung. Troli lebih sesuai kerana mudah di uruskan.
  • Terus ke bahagian yang di kehendaki. Kami merancang untuk membeli buku kanak-kanak dari usia 0 tahun ke atas. Boleh dijadikan sebagai hadiah lebih-lebih lagi hadiah hari jadi.
  • Buku berkulit tebal menjadi pilihan kerana lebih tahan lama.
  • Mencari kawasan yang sesuai untuk berehat seketika bersama si kecil setelah mencari beberapa buku yang berkulit tebal dan menarik sebagai tarikan untuk si kecil.
  • Si kecil mudah berasa bosan maka bolehlah membawanya ke tempat mainan berbayar yang disediakan di tingkat atas.
  • Bergilir dengan suami menjaga si kecil dan mencari bahan yang di kehendaki.
  • Membuat saringan semula dengan memeriksa buku yang dikehendaki serta keccacatan yang ada pada buku. Tempat saringan di sediakan berdekatan kuanter pembayaran.
  • Tempat meletakan barangan buku di sediakan jika mempunyai urusan untuk ke ruangan atas.
  • Penggunaan kredit kad dan debit kad lebih memudahkan dan terus ke kuanter yang di sediakan.


Tuesday 9 December 2014

Belajar sambil bermain

Teks:Huzaimah Basar
Gambar: Facebook kinderkaizen


Teruja melihat aktiviti yang dilakukan oleh Kinderkaizen. Belajar sambil bermain. Pelbagai aktiviti yang pasti menyeronokan anak-anak. Antara program yang terdapat di Kinderkaizen adalah belajar sains, pretend play camping, creative movement dan pelbagai lagi. 

Ikut hati mahu menghantar Shaima' ke sana. Tapi apakan daya tempatnya jauh dari kediaman kami.

Bercadang ingin mencari playschool untuk Shaima'. Lumrah kanak-kanak suka bermain. Sebagai ibubapa perlu mencari permainan yang dapat membentuk minda mereka.

Sahabat sekalian, boleh melihat pelbagai aktiviti di Kinderkaizen ini di Facebook mereka. Ada aktiviti untuk cuti sekolah ini. 



Sunday 7 December 2014

Mari Melukis

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi sendiri


Assalamualaikum,

Sejak Shaima' belajar mengenali haiwan melalui buku dan haiwan mainan, hari belajar mengenali haiwan melalui lukisan. Sahabat di facebook ada berkongsi cara mudah untuk melukis. Melukis "bear" adalah yang paling mudah. Lagipun Shaima' sudah mengenali haiwan "bear" berkenaan dan dapat menyebutnya dengan baik melalui lukisan.

Sunday 23 November 2014

Bersantai hujung minggu

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi 


Macam-macam ragam si kecil apabila hendak tidur. Lebih-lebih lagi apabila berada di rumah neneknya. Ramai sepupu dan makcik serta pakcik saudara yang rajin melayan. Bermain sampai letih, mulalah meragam. Ada sahaja yang tidak kena. Itu tandanya masa untuk berehat dan tidur.

Uminya pula mengambil peluang untuk mencuba resepi memasak kek cokelat bersama makcik sedaranya. Bercadang untuk mengolah resepi sedia ada yang lebih sihat untuk kanak-kanak. Resepi akan di kongsikan jika benar-benar menjadi.

Saturday 22 November 2014

Ibubapa model ikutan anak-anak

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi 




Hari minggu rutin mengemas rumah serta menguruskan kain baju. Si kecil pula turut serta apabila melihat umi dan ayahnya bersama-sama melipat dan mengemas kain baju. Di usia setahun sembilan bulan, si kecil akan memerhati serta meniru tingkah laku persekitarannya. Sebagai ibubapa pentingnya memperlihatkan tingkah laku yang baik. 

Keadaan persekitaran diluar rumah memang luar daripada jangkaan kita. Sukar dikawal tetapi sebagai ibubapa kita perlu mendidiknya walaupun si kecil tidak memahaminya. Saya percaya lama-lama si kecil dapat memahaminya dengan baik . Sebagai ibubapa dan orang dewasa perlu menunjukan kelakuan serta akhlak yang baik.


Tuesday 11 November 2014

Mengenali Haiwan

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi





Shaima' sangat suka dengan haiwan. Keterujaannya ketika melihat kelibat kucing dan burung kadang kala mencuit hati. 



Terjumpa sahaja haiwan, Kami akan memperkenalkan kepada shaima'. Kebiasaanya kami perkenalkan dengan bunyi haiwan berkenaan. Jika lembu kelihatan, kami akan pekernalkan dengan bunyian "moo..moo". 
Kambing "mbek..mbek". Kami rasa dengan mengenali bunyi haiwan, shaima' lebih cepat mengenali.

Proses pembelajaran haiwan di pekenalkan melalui permainan haiwan plastik yang boleh diperolehi di pasaran. Buku mengenai haiwan iaitu "First Animals" yang dibeli ketika "Big Bad Wolf" tahun lepas, menjadikan pembelajaran lebih menarik. Disuai padankan dengan permainan haiwan plastik. Lebih menarik lagi buku tersebut bewarna warni dan lukisannya sesuai untuk kanak-kanak.




Friday 7 November 2014

Tips terbang bersama si kecil

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: koleksi peribadi



Ini adalah pengalaman pertama terbang jauh bersama si kecil. Perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Melbourne mengambil masa selama 8 jam. Antara tips yang kami gunakan melalui pembacaan adalah: 

1) Mendaftar masuk awal 3-4 jam sebelum penerbangan agar tidak kalut dengan perkara yang tidak di jangka.

2) waktu penerbangan adalah waktu tidur si kecil. Sepanjang perjalnan ke Melbourne si kecil kami tidur dengan nyenyak. Malangnya ketika pulang ke Kuala Lumpur, waktu pernerbangan kami adalah waktu aktif si kecil. 

3) Kami meminta kepada agen, baby bassinet untuk memudahkan si kecil kami tidur. Kebaikannya ibubapa dapat berehat dengan baik.



4) Bekalan kudapan yang digemari si kecil dan mudah untuk dibawa. Contoh biskut, kismis, kurma dan sebagainya.

5) Susukan si kecil ataupun bekalkan gula-gula untuk mengatasi ketidak keselesaan telinga si kecil ketika kapal terbang berlepas dan mendarat.

6) Bekalkan mainan yang sesuai untuk si kecil anda agar tidak bosan semasa penerbangan.

7) Penggunaan gadjet juga sesuai ketika ini. Jadikanlah sebagai pilihan terakhir.

8) Sentiasa memeriksa lampi si kecil agar sentiasa selesa. Penggunaan lampin pakai buang berbentuk seluar amat praktikal dan mudah di uruskan.

9) Perlunya pakaian lebih untuk si kecil dan ibubapa untuk kejadian kecemasan di antaranya si kecil muntah di baju ibubapa. 

10) Tisu lembab tuala kecil untuk keperluan semasa penerbangan. 

11) Sebelum penerbangan, biarkan si kecil aktif bermain agar mereka tidur ketika penerbangan.


Tuesday 4 November 2014

Pengalaman bersalin

Teks: Huzaimah Basar

Sudah seminggu saya di beri cuti MC oleh doktor pakar sakit puan. Bukaan ketika itu masih 1cm. Cuti perlu di sambung dan saya perlu mengambil surat cuti (MC) untuk seminggu lagi. 

Ketika itu saya memandu berseorangan ke hospital untuk mengambil surat cuti tersebut. Keadaan saya ketika itu biasa sahaja, melainkan sedang sarat dan kesokkannya adalah EDD saya. 

Pada malam itu kami keluar makan malam di Restoren Pak Li. Ketika itu saya memesan asam laksa. Saya makan seperti biasa. Selepas makan kami pulang ke rumah. 

Saya terasa ngantuk sangat dan tidur agak awal dalam pukul 10 malam. Saya terjaga pukul 3 pagi kerana berasa sakit pinggang yang amat sangat. Kesakitan itu mungkin di sebabkan saya terlupa untuk mengalas bantal di belakang pingang dan ketika itu perut saya juga berasa sakit sedikit.

Saya bangun daripada katil dan melihat suami tidak tidur lagi ketika itu. Saya menyapanya di bilik bacaan dan mengadu kepadanya keadaan saya ketika itu. Suami saya memberi respon, mungkin telah tiba masanya. Saya masih bertanya-tanya pada diri sendiri ketika itu, adakah telah tiba masanya.

Saya telah Watssup rakan sekerja untuk kepastian dengan menyatakan keadaan saya ketika itu. Rakan saya mengatakan itu adalah mild contraction. Kami membuat keputusan untuk ke hospital lebih awal untuk mengelakan kesesakan lalu lintas. Sebelum ke hospital, saya mandi terlebih dahulu. Beg telah pun berada di dalam kereta.

Dalam pukul 4.30 kami bergerak ke hospital. Kali ini suami mengambil keputusan untuk memandu menggunakan Lebuhraya Persekutuan, kebiasaanya menggunakan lebuhraya SKVE. Perjalanan mengambil masa hampir sejam daripada Shah Alam ke Bangi.  Kebiasaan di waktu pagi adalah waktu puncak, jalan pasti sangat sesak. Sepanjang perjalanan ke hospital, saya mengalami sakit perut yang kerap. Alhamdulillah, mujur perjalanan adalah lancar tanpa kesesakan lalu lintas.

Sampai di hospital, suami terus mendaftarkan saya dengan membawa buku merah hospital. Jururawat terus membawa saya ke Labor Room. Bidan datang untuk memeriksa bukaan, ketika itu masih 2cm. Saya sempat solat subuh dan bersarapan. Saya memaksa diri untuk makan, tetapi saya tidak berselera untuk makan. Hati kian berdebar-debar, perut pulak semakin sakit dan kesakitan itu datang sekejap-sekejap.

Sedikit lucu apabila saya sendiri tidak tahu bahawa bilik tersebut adalah Labor Room. Itu pun setelah suami memastikan dengan melihat label diluar bilik tersebut.

Doktor Pakar Wanita saya iaitu Doktor Fatimah Mustafa, datang menjenguk pada pagi itu. Saya mengambil epidural untuk mengurangkan kesakitan dengan nasihat doktor, supaya saya ada tenaga untuk melahirkan.

Ketika proses melahirkan saya kehilangan tenaga. Teknik pernafasan untuk melahirkan yang tidak betul menyebabkan saya tidak bermaya. Saya tidak sempat ke kelas yang di anjurkan oleh Hospital. Alhamdulillah 4 jam selepas mengambil epidural dan berhempas pulas saya telah melahirkan seorang bayi perempuan.

Doktor terus meletakan bayi ke atas perut saya. Perasaan sangat terharu dan berasa sangat lega. Selepas itu tali pusat bayi dipotong, dimandikan dan di Iqamat serta Tahnik oleh ayahnya. Selepas itu bayi di bawakan kepada saya untuk disusukan. Bayi saya ketika itu lebih gemar tidur daripada menyusu.

Pertama kali menyusukan Shaima', sangatlah kekok. Saya rasa menyesal sangat sebab tidak mengikuti kelas yang di anjurkan oleh pihak hospital. Lebih lagi ini adalah anak pertama kami. Sering kali memanggil jururawat bertanyakan kaedah lekapan yang betul. Lama-lama bayi saya pandai melekap.

Setelah bayi telah berak dan kencing, doktor juga berpuas hati dengan tahap kesihatan saya, maka kami di benarkan pulang ke rumah pada hari petang hari ke dua. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Bermula kehidupan kami sebagai ibubapa. Banyak perubahan dan ilmu yang perlu kami terokai.







Friday 31 October 2014

Pengalaman Hamil

Teks: Huzaimah Basar

Menjadi lumrah bagi setiap pasangan yang telah berkahwin untuk memiliki zuriat. Kehadiran anak membawa kegembiraan kepada sesebuah keluarga. Begitu juga bagi kami yang meimpikan kehadiran si kecil dalam kehidupan kami.

Mengalami haid yang tidak teratur menyukarkan menjangka waktu kesuburan. Pelbagai alternatif kami lakukan untuk hamil.Mengunakan Microscope keseburan (Fertile Focus) menggunakan air liur dan boleh di dapati di Mudah Hamil.

Kemudian kami berbincang dan sepakat untuk berjumpa Pakar Sakit Puan. Selain itu kami juga bersepakat untuk memilih doktor perempuan untuk rawatan. Akhirnya kami memilih doktor pakar sakit puan Dr Fatimah Mustafa daripada Hospital An-Nur, Bangi. 

Perkara pertama yang dilakukan untuk rawatan kesuburan (fertility Treatment) adalah dengan mengambil ujian darah. Keputusan ujian darah mendapati saya mempunyai simptom hypo tyhroid, yang mana penyakit ini menggangu sistem iminusasi badan dan juga kesuburan. Doktor menasihati saya untuk merujuk penyakit ini  dengan doktor pakar Physician & Endocrinologist. 

Hampir setahun menerima rawatan dengan doktor Pakar Physician & Endocrinologist dengan mengambil ujian darah setiap bulan dan juga ubat tyroid. Apabila tyroid saya berada di tahap yang memuaskan, doktor menasihati saya untuk meneruskan rawatan dengan Pakar Sakit Puan.

Meneruskan rawatan dengan doktor Fatimah dan di dapati saya mengalami sindrom PCOS. Maklumat lanjut di sini. Clomic di beri untuk membesarkan ovum supaya mudah hamil. Selama tiga bulan consume Clomic dan tidakk juga hamil. Doktor menasihati saya untuk Pembedahan 'ovari drilling' dan juga ujian untuk memastikan kedua-dua tiub tidak tersumbat. Kami setuju dengan cadangan doktor Fatimah itu.

Sementara menunggu tarikh untuk pembedahan, saya mengambil langkah yang lain iaitu dengan bersenaman dengan konsistant, memasuki kelas berenang dan menurunkan berat badan. Suami saya juga konsistant dengan senamanya.

Alhamdulillah, saya di sahkan hamil sebelum pembedahan. Hampir 3 tahun kami menunggu kehadiran si kecil. Saya bersyukur sangat dengan anugerah yang tidak terhingga ini.

Saya juga berpendapat bahawa senaman yang konsistant membantu untuk hamil. Senaman meningkatkan stamina dan juga stabiliti hormon.

Kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat janganlah berputus asa. Sentiasa memberi sokongan kepada pasangan serta berdoa untuk memudahkan segala perkara dan tawakal.
  



Friday 17 October 2014

Tips bercuti bersama si kecil, memilih aktiviti yang sesuai untuk si kecil

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi peribadi






Assalamualaikum,

Peralatan mainan untuk activiti si kecil ketika perjalanan di dalam kapal terbang. Memilih peralatan yang ringan dan mudah untuk di bawa ke mana sahaja. Pemilihan aktiviti untuk si kecil adalah permainan susun atur gambar, buku cerita bergambar dan juga baby 1st book.

Semua peralatan aktiviti si kecil di masuk ke dalam zip lock agar mudah untuk diuruskan dan tidak bersepah. Peralatan aktiviti si kecil ini adalah yang terbaru bertujuan untuk si kecil lebih teruja dan ralit dengan mainan barunya. Tidaklah si kecil meragam sangat ketika berada di dalam kapal terbang nanti.

Pemilihan aktiviti untuk si kecil ketika berada di dalam kapal terbang adalah:

Susun atur gambar kerana mempunyai beberapa keping gambar yang perlu di cantumkan. Kepingan gambar yang tidak melebih 10 keping sesuai untuk aktiviti di dalam kapal terbang kerana mudah di simpan dan tidak bersepah.

Buku cerita bergambar yang menarik. Kanak-kanak akan lebih teruja kerana gambar yang dipaparkan. Ibubapa juga berperanan untuk membaca buku cerita tersebut untuk si kecil.

Buku mewarna untuk kanak-kanak yang suka mewarna adalah amat sesuai. Mereka boleh mempamirkan kreativiti serta salah satu aktiviti yang tidak menggangu penumpang yang lain.




Wednesday 15 October 2014

Taman Metropolitan, Kepong Destinasi Hujung Minggu

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum,

Kali ini, destinasi riadah hujung minggu kami adalah Taman Metropolitan, Kepong. Taman ini terletak di pinggir Kota dan menjadi tumpuan penduduk sekitar Selayang Baru dan Batu Caves. Cuaca yang agak baik dan tidak begitu panas sesuai untuk melakukan aktiviti di luar. Taman ini juga menyediakan laluan berbasikal dan laluan untuk jogging serta padang bola. Pemilihan taman ini kerana tempatnya yang sesuai untuk kami bersenam sambil menolak stroller si kecil.

Perkhidmatan yang terdapat di Taman Metropolitan, Kepong adalah:-
Sewa Basikal
Sewa Roller Blade
Sewa Permainan Buih Sabun
Taman Mainan Kanak-kanak
Layang-layang
Gerai Makanan
dan sebagainya.

Pelbagai aktiviti boleh di lakukan di taman ini, samada berkumpulan ataupun perseorangan. Kawasan yang luas, permandangan hijau yang menyejukan mata, tasik yang terbentang luas dan sebagainya. Aktiviti keluarga sangat sesuai di sini.

Pengunjung yang berhajat untuk beriadah ke Taman ini dinasihatkan supaya datang awal kerana tempat meletak kenderaan adalah terhad terutamanya pada hujung minggu dan hari kelepasan am.


Tuesday 14 October 2014

Tips bercuti bersama si kecil, Memberi Hadiah

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: koleksi peribadi



assalamualaikum,
Tidak lama lagi kami sekeluarga akan bercuti ke tempat yang agak jauh. Perjalanan dengan menaiki kapal terbang yang mengambil masa hampir separuh hari. Bercuti bersama si kecil adalah menyeronokkan. Ibu bapa perlu merancang aktiviti yang sesuai dilakukan sepanjang perjalanan.   

Perancangan saya adalah untuk menghadiakan puzzle yang diperolehi ketika membeli lampin pakai buang Drypers ketika berada di dalam kapal terbang. Memberi kejutaan kepada si kecil dengan hadiah agar beliau lebih teruja serta tingkah lakunya dapat di kawal ketika perjalanan yang jauh.
 
Puzzle merupakan aktiviti yang sesuai untuk si manja. Aktiviti yang mengaktifkan minda, menguji kondisi tangan dan daya berfikir kanak-kanak tersebut.Kandungan yang terdapat di dalam kotak hadiah berupa puzzle, pensel warna dan buku mewarna. Peralatan yang ringan dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja serta sesuai untuk perjalanan yang jauh.


Friday 10 October 2014

Aktiviti motor halus dan kasar kanak-kanak

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum,

Ketika beraya di kampung halaman, aktiviti si kecil adalah meneroka alam sekelilingnya serta bersosial bersama sanak-saudara. Sifat ingin tahu si kecil yang sangat tinggi menjadikan beliau seorang yang kreatif. 

Semasa berada di kampung antara peralatan yang boleh di gunakan untuk aktiviti si kecil adalah botol terpakai, alam sekeliling seperti daun, buah pinang, bunga, batu, pasir dan sebagainya. Tugasan mereka adalah untuk memasukkan barang-barang yang di jumpai ke dalam botol terpakai menggunakan kreativiti tersendiri. Pasti mereka akan kusyuk dengan aktiviti itu. 

Si kecil akan memproses daya pemikiran serta kemahiran motor jari jemari. Kebarangkalian untuk barangan yang dijumpai tidak dapat di masukan ke dalam botol terpakai tersebut. Di situ kemahiran berfikir akan dirangsang serta akan berlakunya kemahiran penyelesaian masalah.

Meneroka Alam, sedang memetik bunga

Aktiviti ini adalah murah tetapi berbaloi untuk si kecil kerana melibatkan proses kemahiran berfikir, penyelesaian masalah, kemahiran motor serta dapat meneroka alam.

Cubalah pastinya anda tidak akan kecewa, si kecil juga akan berasa gembira.