Sunday 22 May 2016

BUKAN PNEUMONIA TETAPI BRONCHITIS

Teks: Huzaimah Basar 

Alhamdulillah setelah berjumpa pakar kanak-kanak, barulah lega hati ini. Doktor mengesahkan bukan pneumonia tetapi bronchitis. Symptoms pneumonia adalah demam berterusan. Memandangkan hari Khamis malam Hanzalah tidak deman, bermakna bukan pneumonia. 

Tetapi Hanzalah perlu di tahan di wad untuk rawatan susulan. Kahak yang banyak di hidung menyukarkan Hanzalah untuk bernafas. Dia akan bernafas menggunakan mulut untun mencari posisi yang selesa untuk beradu. 

Hari pertama di tahan ke wad HDU ( High Dependency Unit). Hanzalah perlu dibawah pemerhatian. Perlu diberi rawatan nebulizer setiap 2 jam sehari dan memastikan oksigen mencukupi. Mencabar dan mengerikan. 

PNEUMONIA

Teks: Huzaimah Basar 

KISAH KHAMIS YANG LEPAS

Malam tadi rasa berdebar sangat. Sedih, kecewa, terkilan semualah perasaan yang tidak enak.

Hati ini remuk. Seolah-olah kepala ini di hempap  satu batu yang bersaiz besar.

Malam tadi doktor dianogsis Si Hero Hanzalah pneumonia dan memerlukan rawatan di hospital.

Agak kecewa apabila dimaklumkan semua bilik adalah penuh. Rasa macam hendak hempuk meja. 

Sudahnya kami pulang ke rumah dengan senyuman yang kelat. Kenalah monitor si Hero Hanzalah di rumah sahaja.

Pagi ini (Jumaat) kami jumpa pakar kanak-kanak untuk rawatan susulan. Moga ada bilik yang 'available'.

Umi doakan Hero Hanzalah cepat sembuh. Membesar bagaikan juara.

Thursday 12 May 2016

Pembelajaran daripada Bongkah Kayu

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi

Sebelum usianya menjangkau 3 tahun,  si kecil hanya pegang, campak ke lantai sambil mengamati alunan muzik yang terjadi. Setelah mereka selesai berkenalan dengan bongkah kayu, mereka akan mula bermain dengan menyusun di lantai, susun secara bertingkat dan memahami konsep size.

Interaksi dua hala membantu anak-anak membina keyakinan diri. Binaan bongkah kayu yang di susun secara bertingkat memberi makna kepada si kecil. Kejayaan menyusun bongkah kayu melahirkan emosi si kecil. Mereka akan lebih fokus untuk menjayakan apa yang sedang dilakukannya. Kejayaan dalam pembinaan bongkah kayu yang bertingkat memberi makna kepada si kecil.

Di tahap ini, binaan bongkah kayu akan menjadi lebih kreatif seperti membina rumah, keretapi, pagar dan sebagainya. Apabila bergabung dengan objek atau permainan yang lain seperti playdoh atau Kinetic Sand, hasilnya lebih menakjubkan. 

Sesuai di mainkan bersama keluarga atau bersama rakan sebaya yang lain. Permainan ini juga membina kosa kata baru apabila dimainkan beramai-ramai seperti susun, tinggi, rendah, jatuh, dan sebagainya.


Klik Link di sini  untuk melihat produk kami http://huzaimahbasar.blogspot.my/p/produk.html


Wednesday 11 May 2016

FROM TOP TURNS TO JACKET?

FROM TOP TURNS TO JACKET?

Dapatkan koleksi ‪#‎huzmalisa3in1‬
πŸ’• material yang tidak jarang
πŸ’• material yang tidak panas
πŸ’• material come crepe
πŸ’• less iron
πŸ’• tops berpoket kiri dan kanan
πŸ’• skirt berpoket kiri dan kanan
πŸ’• skrit potongan A
πŸ’• nursing & wudhu' freindly
πŸ’• potongan tops yang memberi ilusi si pemakai lebih kurus.
πŸ’• boleh digayakan mengikut kreativiti
πŸ’• anda boleh mencipta gaya tersendiri
πŸ’• boleh digayakan sebagai jaket/ kardigan
πŸ’• boleh digayakan tops dan jeans/palazo/pants
πŸ’• boleh digayakan tops dan plain/printed skirt.
πŸ’• digayakan sebagai aktiviti kasual ataupun formal
πŸ’• mix & match
πŸ’• sesuai untuk travelling
πŸ’•Price RM139
πŸ‘‰πŸ»whatsap 0193361441





Ayah Sila Ambil Tahu Hal anak-anak

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi

Ayah adalah superhero sebuah keluarga. 

Ketika usia 0-7 tahun si ayah perlu berjimba bersama anak-anak. Bermain, cium, peluk, suapkan makanan, mandikan anak, salinkan pampers, banncuh susu/ sediakan susu dan basuh berak anak. 
Kalau di senaraikan memang berjela.  

Ayah selalu sibuk dengan dunia pekerjaan, urusan peribadi dan sibuk dengan hobi. Kebiasaan itulah alasan ayah tidak dapat meluangkan masa emas mereka bersama anak-anak. 

Ayah, oh ayah carilah masa untuk berjimba bersama anak-anak. Masukan sedikit waktu di dalam rutin harianmu. 

Anak memandang ayah sebagai superhero. Ayah tempat berlindung, terasa selamat apabila bersama ayah. 

Ayah seorang yang berani, mempunyai prinsip dan teguh pendirian. Manakala ibu pula melahirkan sifat  kasih sayangnya, santunnya dan ramahnya. Gabungan ayah dan ibu memantapkan lagi intitusi kekeluargaan. 

Ayah yang memainkan peranannya dalam keluarga terutamanya mengambil tahu hal anak-anak, risiko untuk anak-anak untuk terlibat dengan masalah sosial adalah rendah. 

Anak lebih mempercayai ayah dan ibu. Lebih rasa selamat dengan ayahnya. Terutamanya bagi anak perempuan. Ayah adalah perlindung dan lelaki pertama dalam hidupnya. 

Interaksi yang berterusan bersama ayah dan anak membentuk keyakinan diri yang tinggi dan juga menjadi seorang yang berani. 

Ayah oh ayah berikanlah secebis masa mu untuk anak-anak. Jangan biarkan isterimu menguruskan semua hal anak-anak. Ingat anak-anak memerhati, menyerap segala yang berlaku disekelilingnya.

Duhai ayah jangan sampai anak-anak tidak menghargai dirimu. Bertindaklah sekarang sebelum terlewat.


Klik Link di sini  http://huzaimahbasar.blogspot.my/p/produk.html