Tuesday 22 August 2017

CARA HILANGKAN RUAM LAMPIN BAYI

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi

Kulit bayi selepas lahir sememangnya lembut, mulus, gebu dan sensitif. Kulit bayi senang kering dan kemerahan. Sudah tentu bayi tidak selesa dan terganggu dengan keadaan sebegitu. Kebiasaaanya jika bayi di biarkan terlalu lama dengan lampin atau pampers yang basah akan menyebabkan Ruam Lampin.

Apa yang menyebabkan ruam lampin?

  • Lampin atau pampers yang dipakai terlalu lama. Air kencing bayi yang mengandungi ammonia akan mengganggu kulit bayi dan menyebabkan kemerahanan atau keradangan kulit.
  • Najis bayi, terutamanya yang sudah mula memakan solid food. Ataupun daripada ubat-ubatan tertentu.
  • Penggunaan bahan kimia yang terdapat serbuk pencuci atau pun sabun mandi bayi.

Cara-cara mengatasi ruam lampin.
  • Kerap menukar pampers supaya bayi sentiasa dalam keadaan kering dan bersih.
  • Dedahkan kawasan ruam lampin kepada udara dengan menanggalkan pampers sekerap yang mungkin.
  • Cuci dengan air bersih. Gunakan kapas size kecil dan basahkan dengan air bersih. Bersihkan kencing bayi dengan kapas basah. Atau gunakan spray air, kemudian bersihkan dan lap sehingga kering.
  • Elakkan daripada menggunakan sabun di kawasan yang terkena ruam lampin. Sabun mengandungi bahan kimia dan akan menyebabkan kulit bayi kepedihan.
  • Sapu krim yang disarankan oleh doktor atau gunakan Produk 100% natural seperti Rashes baby balm daripada Ronella yang mengandungi Minyak Pati tulen, bebas bahan kimia dan alcohol.
Semoga memberi manfaat.

Thursday 3 August 2017

LANGKAH BERJAGA-JAGA KETIKA JEREBU

TEKS: Huzaimah Basar


Dah nak dekat musim jerebu ni. Terpaksalah perintah berkurung dikeluarkan. Mereputlah diaorang dalam rumah. Confirm huru hara jadinya dengan budak-budak ni. Korang bertabahlah ye.
.
Udara pun dah tak fresh. Tercemar dengan asap, debu. Selsema, demam, athma, eczema, sakit mata, batuk. Sakit favourite musim jerebu.
.
Masa jerebu nanti cubalah tips ni:
👉🏻 Minum air kosong banyak-banyak.
👉🏻 Pakai mask 😷
👉🏻 Tutup semua tingkap & pintu.
👉🏻 Pasang diffuser Lemon Essential Oil untuk udara yang segar.