Wednesday 30 October 2013

Tips mengepam ketika bersama baby

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum,

Sejak mengamalkan pemakanan yang sihat serta waktu mengepam yang teratur, production ada perubahan dan semakin bertambah. Jadual mengepam juga ditambah. Sebelum ini jadual mengepam hanyalah 3 kali, ditambah kepada 5 kali sehari.

Memang sangat sukar mengepam apabila bersama baby. Apa yang saya lakukan memgepam bersama baby without ayah adalah: 
  1. Tandame pam
  2. Pasang vcd/ ipad cth:-ALIF BAA TAA Ryan & sofia.
  3. Bermain bersama baby






Bermain flash card bersama Shaima'

Tuesday 29 October 2013

Production Drop


Cuti lama aidiladha lama sangat,oleh itu jadual pam ke laut. Makan apa lagi ke laut lah juga. Di office kadang kala sangat sibuk acapkali terlepas waktu pam dan sering pulang lewat. 

Sekarang ini tengah mencuba untuk menaikan semula production susu. Antara yang saya lakukan adalah:
  1. Menjaga semula waktu pam 5 kali sehari.
  2. Merebus longan kering bersama red dates. Kemudian minum bersama madu.
  3. Sebelum tido minum oat bersama susu.
  4.  Kerap minum air suam yang hangat
Longan Kering, Red dates dan Madu
.

Harap-harap production ada peningkatan dengan usaha, doa dan tawakal.


Doa Harian

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku (surah Ibrahim : 40)





Saturday 26 October 2013

Longan Kering

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum,

Memandangkan milk production kurang, maka saya telah merebus Longan Kering bersama Red Dates. Saya minum bersama madu. Jadual pam juga perlu teratur.


Thursday 24 October 2013

Granpama Sweetheart FB

Jom kita share info mengenai anak-anak & organizing dan apa sahaja yang memberi manfaat untuk bekalan dunia dan akhirat. Maybe ilmu yang kita share ada yang mengamalkan boleh dijadikan bekalan pahala selepas kita meninggal. 

Like laju-laju FB Grandpama Sweetheart..

Sunday 20 October 2013

Resepi Chicken Stock untuk bayi

Adaptasi daripada buku Nutritionists' Choice Cookbook. Berkobar-kobar untuk try homemade chicken stock dengan ikan bilis.




Kebiasaanya pagi ahad ke pasar tani Shah Alam seksyen 13. Strugle membeli belah makan Shaima'. Sweet patato, brocoli, carrot, labu, kentang, ikan bilis serta ayam. Cadangnya hari ini nak buat chicken stock untuk Shaima'. 
  1. Bersihkan tulang ayam, buangkan lemak, kulit dan darah beku.
  2. Buangkan kepala dan isi perut ikan bilis.
  3. Didihkan air dan masukkan tulang ayam serta ikan bilis. Sebaik sahaja mendidih, reneh sehingga 45 minit atau pati tinggal separuh.
  4. Tapis dan dibiarkan sejuk. Kemudian sejukan di dalam peti ais semalaman. Setelah disejukan buang lapisan lemak dibahagian atas.
  5. Stok boleh disimpan didalam peti sejuk selama seminggu atau disejuk bekukan sehingga  sebulan. 





Shaima' keletihan agaknya, masuk kereta menyusu dan terus tidur sampai lah di rumah. Sempatlah memasak chicken stok dan juga air kurma merah dan longan kering untuk milk booster 😜




Sesiapa yang inginkan buku ini bolelah email saya 😁..
huzaimahbasar@gmail.com

Wednesday 16 October 2013

Shaima' Travelling bag

Aidiladha tahun ini, kami pulang ke kampung ayah Shaima' di Terengganu. Kebiasaanya ada 2 bag khas untuk Shaima'. Travelling bag dan bag pakaian harian sepanjang berada di kampung.

Allerhand bag menjadi pilihan kami kerana mempunyai organizer yang sesuai untuk travelling, serta menjimatkan masa kerana organizing yang terdapat didalam bag ini. Travelling bagpack ini diperlukan kerana mudah untuk menyalin pampers atau pakaian Shaima' dan juga mudah di bawa.

Terus terang saya katakan, ini adalah 1st time saya mengetahui fungsi setiap organizer yang terdapat didalam bag ini. Sebelum ini saya main hentam, hasilnya kurang organize..hehe

Kebiasaannya keperluan peribadi/ toiletries Shaima' diletakan didalam organizer bag warna hijau, beli di Popular. Bag hijau ini akan diletakan didlm bag pack. Tujuan menggunakan organizer hijau ini adlah untuk digunakan pula apabila berada di rumah toki & mak tok.Barang-barang didalam bag ini adalah:
  1. Vicks balm for baby
  2. Mosquito Repellent Patch - Mothercare RM 15.90
  3. Brush Babby (DentalWipes) - Mothercare RM 14.90
  4. Sterimar - Farmasi
  5. Nappy Cream - Little Whiz RM 36.90
  6. Minyak kayu putih
  7. Termometer -Little Whiz RM?
  8. Bedak
  9. Cotton bud
  10. Pengetip kuku
Keperluan lain untuk travell bersama baby: 
  1. Pakaian tidur
  2. Pakaian pagi
  3. Pakaian tengah hari
  4. Tuala
  5. Ubat Demam ( standby)
  6. Pampers




Friday 11 October 2013

KEPERLUAN SHAIMA' KE TASKA

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum,

Persiapan keperluan Shaima' ke taska agak mencabar. Lebih-lebih lagi pada hari Isnin. Shaima' plak dah start makan, maka tambah lagi satu task di waktu pagi.

Keperluan beg pakaian Shaima' disediakan untuk 5 hari, antaranya:
  1. Pakaian siang 5-6  helai (Shaima' dimandikan terlebih dahulu sebelum ke taska) 
  2. Pakaian tidur 5-6 helai 
  3. Stokin 5-6 helai 
  4. Sapu tangan 5-6 helai 
  5. Tuala mandi 1-2 helai



  1. Ini pula bekalan makanan serta susu untuk Shaima'. 
  2. 6-7 pack EBM Milk ( 24-28 onz)
  3. Biskut baby
  4. Termos nasi
  5. Bekas pure - kebiasaannya brokoli mix carrot. Brokoli mix patato & etc
  6. Bekas mknan & sudu