Thursday 30 April 2015

Jenis Bukaan Baju Menyusu

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Google, Facebook


Terdapat pelbagai jenis baju menyusu dipasaran. Baju menyusu ini direka khas untuk mudahkan ibu-ibu menyusukan bayi. 

Baju menyusu mempunyai belahan ataupun bukaan di dada dan mempunyai alas (inner) di dalam untuk menutup aurat si pemakai. kelebihannya tidak perlu memakai nursing cover.

Terdapat juga baju menyusu yang friendly breastfeeding, di mana pemakai yang tidak menyusukan bayi juga turut memakainya. Jenis bukaannya pula adalah jenis berzip dihadapan dada atau pun kiri kanan dada dan juga jenis berbutang. Bezanyanya, tiada alas (inner didalam). Perlu memakai nursing cover untuk melindungi aurat.

Bukaan menyusu hanya perlu selak kiri atau pun kanan dan mempunyai alas. layari Aqeela Nursing Wear


Bukaan menyusu mempunyai zip yang tersorok kiri dan kanan Calomera Laura Blouse

Bukaan menyusu mempunyai zip yang tersorok kiri dan kanan Calomera Ayra Plated Blouse

Bukaan menyusu mempunyai zip yang tersorok kiri dan kanan Danela Blouse




Tuesday 28 April 2015

Mengajar anak tugasan rumah

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi

Anak perlu di ajar tugasan rumah agar mereka lebih berdikari. Selain itu mereka menggunakan moto skill yang pelbagai. Mereka akan rasa lebih tanggungjawab dengan tugasan yang dilakukan.

Membasuh pinggan dan cawan sendiri dapat melatih anak- anak berdisplin. Selepas makan pinggan dan cawan akan dicuci. Permulaan akan sangat sukar, tentulah anak-anak lebih gemar bermain air dan sabun. Ibubapa perlu bersabar dengan kerenah anak-anak. Permulaan juga, pastinya pinggan dan cawan tadi perlu dibasuh semula. Kebiasaanya saya tidak akan basuh semula depannya, takut-takut anak-anak kecik hati.

Apabila mereka sudah mahir membasuh pinggan makan sendiri dan lebih berdisplin, tugasan ibu juga akan berkurangan. Dapatlah masa extra untuk berehat dan sebagainya.


Thursday 23 April 2015

Tips memasak: Frozen soup paste

Teks: Huzaimah Basar


Assalamualaikum, ketika ini saya sedang mengamalkan kaedah memasak yang lebih efficient. Saya akan menyediakan paste untuk 2-3 minggu ataupun sebulan. Sebelum ini saya menyediakan makanan sejuk beku untuk seminggu enteri disini.

Bagi saya menyediakan paste memudahkan tugasan memasak harian. Menjimatkan masa memasak, kerana penyediaannya menjadi mudah. Kaedah ini saya perolehi daripada group Facebook Kelab Bekal/ Bento Malaysia. Ibu-ibu disini berkongsi bekalan anak-anak masing-masing beserta resepi yang berkaitan. Dari sinilah saya memperolehi idea untuk memasak menu seharian, selain buku resepi 365 hari.


Resepi frozen soup paste (Sumber Kelab Bekal/ Bento Malaysia)

2-3 biji bawang besar
4-6 ulas bawang putih
3 inci halia/ 2 sudu besar serbuk halia
6 kuntum bunga lawang*
6 biji buah pelaga*
2 batang kulit kayu manis*
1 sudu kecil bunga cengkih*
1/2 sudu kecil serbuk kas-kas (saya tak letak)
1 sudu kecil lada hitam
4-5 sudu besar jintan manis
2-3 sudu besar jintan putih
1-2 pokok ketumbar/ daun sup bersama akarnya.
2-3 sudu makan serbuk campuran 5 bahan yang bertanda * (5 spices) (Jika menggunakan serbuk)
1/2 cawan air

Cara-cara
  • Cuci sehingga bersih bahan-bahan di atas dan masukkan ke dalam pengisar.
  • Kisar sehingga halus.
  • Kemudian masukan ke dalam bekas ais kuib dan bekukan.
  • Setelah beku, simpan di dalam bekas ataupun zip lock plastic dan simpan semula di dalam peti ais beku.


Cara penggunaan
  • Keluarkan beberapa ketul sahaja paste yang diperlukan untuk masakan.
  • Boleh digunakan untuk menu seperti kew teow kungfu, hanya masukan seketul paste bersama sejumlah air, udang sotong, sayur dan sedikit tepung jagung serta garam. 
  • Sup ayam, masukan beberapa ketul paste kedalam sejumlah air, setelah mendidih masukan ayam/ daging, ubi kentang, celery, carrot, garam dan sebagainya mengikut citarasa anda. 

Kebiasaanya jika ada lebihan lauk, saya akan bekukan. Digunakan ketika emergency ataupun kemudian hari. Pernah seketika Shaima' kelaparan, cara yang sepat adalah saya keluarkan lauk sejuk beku, panaskan dengan microwave, kemudian hidangkan bersama pasta. Tidak perlu memotong bawang dan sebagainya.
 
Kaedah memasak yang sangat efficient, menjimatkan masa. Ibu-ibu boleh meluangkan masa untuk diri senidri dan keluarga. Selamat Mencuba.





********************************************************************************************************************************
Mencari baju Nursing and Maternity. Sila layari Facebook Barangan Keperluan Bayi dan kanak-kanak. Selain itu terdapat pelbagai produk yang di tawarkan, Breastpump, Tilam kekabu dan sebagainya.  

Berminat sila PM di facebook Barangan Keperluan ibu dan kanak-kanak


 


Tuesday 14 April 2015

Calamora Nursing Wear

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Barangan Keperluan Bayi dan Kanak-kanak


Jika anda sedang mencari pakaian menyusu yang elegant, menarik dan sentiasa kelihatan muda, Koleksi Calomera ada jawapannya. Anda akan kelihatan lebih bergaya dengan koleksi daripada Calomera. Koleksi yang sesuai untuk ke majlis rasmi, kenduri kawin, shooping dan apa jua aktiviti Calomera mampu memberikan anda lebih bergaya serta kelihatan lebih moden.

Bukaan menyusu Calomera yang berzip memudahkan anda menyusukan bayi dan masih dengan penampilan yang moden. Anda akan lebih yakin dengan penampilan walaupun sedang menyusukan bayi.

Kebanyakan koleksi Calomera adalah Hot Item. Ini bermakna ibu-ibu menyusu yakin dengan produk Calomera. Dapatkan segera sebelum terlambat. 

Layari Facebook Barangan Keperluan Bayi dan Kanak-kanak. 
Jika berminat PM di Facebook Barangan Keperluan Bayi dan Kanak-kanak.


AYRA PLATED BLOUSE RM89

AYRA PLATED BLOUSE RM89

AYRA PLATED BLOUSE RM89

AYRA PLATED BLOUSE RM89

AYRA PLATED BLOUSE RM89

AYRA PLATED BLOUSE RM89

AYRA PLATED BLOUSE RM89




FISHTAIL BLOUSE RM89

LAURA BLOUSE RM79

LAURA BLOUSE RM79



Mengajar anak al-quran

Teks: Huzaimah Basar

Mempraktikan ilmu yang diperolehi daripada dua hari Seminar Suppermommy pada hujung minggu yang lepas.Cara mengajar anak mengaji al-quran. Pertamanya perlu meanalisa sifat VAK anak (Vidualiase

Sampai di rumah Shaima' berwajah ceria walaupun di tinggalkan bersama ibu saudaranya selama dua hari. Agaknya puas bermain bersama sepupunya. 
Salah satu yang diajar adalah cara mengajar al-quran kepada anak. Sebelum itu kita perlu analisis sifat VAK anak. Shaima' seorang Kinesthetic, sangat aktif, suka begerak ke sana sini. Tidak boleh duduk diam. Saja menguji Shaima' mengaji al-fatiha sambil dia memanjat, melompat. Mood Shaima' sangat baik. Dia mengikut bacaan dengan mudah, tapi tidak sampai 10 minit, dia kata dah sudah. Separuh sahajalah yang dapat. Bolehlah untuk permulaan. Perlu peruntukan 10 minit setiap hari mengajar al-quran kepada anak. Umur 0-7 tahun adalah masa yang perlu diisi dengan al-quran agar al-quran sentiasa di hati mereka


******************************************************************************** ******************
Kad Imbas Bijak Alif Ba Ta dan Buku Bijak Alif Ba Ta

Autumnz - PASSION Convertible Double Electric/Manual Breastpump

AYRA PLEATED BLOUSE NURSING WEAR


AYRA PLEATED BLOUSE NURSING WEAR

 
 
Berminat untuk memilikinya? 
PM facebook Barangan Keperluan Bayi dan Kanak-kanak dan pelbagai produk keperluan ibu dan anak yang didapati di sini.




Friday 10 April 2015

Persiapan menyambut kelahiran bayi

Teks: Huzaimah Basar

Bilakah masa yang sesuai untuk membeli kelengkapan bayi? Kebiasaanya 6 bulan ke atas ibubapa sudah boleh membeli barangan kelengkapan bayi. Pastikan anda mempunyai senarai agar tidak tercicir dan dapat menjimatkan perbelanjaan. 

Saranan agar anda sentiasa membuat sedikit study dan survey barangan yang diperlukan serta harga pasaran. Dapatkan nasihat daripada pasangan yang berpengalaman. Pasti mereka mempunyai pandangan tertentu apa yang perlu dan apa yang tidak perlu. Mudahlah anda untuk membuat perancangan perbelanjaan mengikut kewangan anda.
Enetri kali ini, saya kongsikan keperluan pakaian bayi. Pastinya anda rambang mata dengan lambakan pakaian bayi yang sangat comel. Sebagai permulaan, pakaian asas bayi adalah lebih memerlukan. Anda dinasihatkan supaya membeli saiz yang lebih besar sedikit daripada usia 0-3 bulan ataupun 0-6 bulan. Kebiasaan bayi cepat membesar, oleh itu saiz yang lebih besar dapat memanjangkan tempoh pemakaiannya.

Pakaian asas bayi ialah:
  1. Baju lengan pendek
  2. Seluar pendek
  3. Baju lengan panjang
  4. Seluar Panjang
  5. Rompers 
  6. Sarung kaki
  7. Sarung Tangan
  8. Topi bayi
  9. Tuala Muka 
  10. Barut
  11. Bedung



Thursday 9 April 2015

Belajar mengenal warna dengan Froot Loops

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi

Froot Loops yang bewarna warni





Tujuan membeli cereal warna warni adalah untuk memperkenalkan warna kepada Shaima'. Sambil makan bolehlah memperkenalkan warna kepada Shaima'. Tetapi Shaima' tidak suka dengan rasanya, mungkin kerana masam. Bahan-bahanny terdiri daripada Natural Orange, Lemon, Chery, Raspberry, Lime dan lain-lain lagi.  


Pelbagai jenis craft, yang boleh dilakukan dengan cereal Froot Loops. Kreativiti anak-anak dapat membentuk daya berfikir mereka, membina imiginasi, fine moto skill dan sebagainya. Gambar-gambar ini diperolehi daripada carian google mengenai Froot Loop Art








Tuesday 7 April 2015

Panduan Mengatasi Susu merudum

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Catatan ketika susu merudum





Ramai ibu-ibu yang mengalami susu merudum. Bukan mudah untuk konsisten  susu bekalan yang diperlukan oleh bayi untuk sehari. Kaedah yang saya lakukan adalah:
  1. Mengambil cuti sehari, memastikan bayi sentiasa bersama agar dapat menyusu dengan kerap.
  2. Tanderm, bayi menyusu sebelah dan sebelah lagi pam.
  3. Sentiasa pam selepas bayi menyusu supaya payudara betul-betul kosong.
  4. Menambah sesi mengepam daripada 4 sesi kepada 5 sesi.
  5. Menjaga pemakanan, elakan ais dan caffeine.
  6. Sebelum pam minum air suam (panas sedikit)
  7. Selepas pam makan sedikit snek seperti oat/ biskut bijirin/ roti whole meal/ dengan milo/horlicks. Elakan 3 in 1 kerana kandungan gula yang tinggi
  8. Makan pemakanan yang sihat, terutamanya sayuran hijau.
  9. Jika terlampau penat, berehat dahulu, kemudian pam sekurangnya 5 minit.
  10. Power pumping 10 minit kedua belah payudara dan rehat selama 10 minit. Tempoh masa selama 1 jam. (Saya jarang power pumping kerana terlalu penat)
  11. Pam 5 minit secara kerap, contohnya pam 5 minit kemudian melakukan pekerjaan lain. Pam lagi selama 5 minit. Minimum sebanyak 5 sesi. Lebih 5 sesi adalah lebih baik. kaedah yang sama seperti power pumping. Bezanya adalah tempoh masa untuk sehari. Sesuai ketika hujung minggu dan sasarkan jumlah onz yang diperlukan adalah sekali minum.
  12. Kekerapan menyusu dan mengepam secara konsisten adalah kunci utama. Makanan penambah susu adalah optional. 
  13. Pilihan terakhir adalah sumplement. Jika bekalan susu stabil, saya akan berhenti mengambil sumplement dan hanya kerap menyusukan bayi, mengepam dengan konsistent dan menjaga pemakanan.



Happy Breastfeeding, Semoga Berjaya

















******************************************************************************** ******************
Kad Imbas Bijak Alif Ba Ta dan Buku Bijak Alif Ba Ta

Autumnz - PASSION Convertible Double Electric/Manual Breastpump

Berminat untuk memilikinya? 
Waatsup 0193361441
email: huzaimahbasar@gmail.com
PM facebook Barangan Keperluan Bayi dan Kanak-kanak dan pelbagai produk keperluan ibu dan anak yang didapati di sini.




 

Sunday 5 April 2015

Jimat masa semasa memasak


Teks: huzaimahbasar 
Gambar: koleksi peribadi

Proses penyediaan bahan untuk memasak kebiasaanya mengambil masa yang lama. Membersihkan lauk basah seperti ikan, ayam, daging ataupun makanan laut melalui proses menyiang dan membersihkan memakan masa. Penyediaan bahan-bahan menumis dan sebagainya juga memakan masa. Oleh itu perlunya kaedah yang sistematik yang memerlukan sistem yang tersusun, mudah dan cepat.

Untuk menjimatkan masa ketika memasak antara kaedah yang saya lakukan adalah dengan menyediakan paste. Kebiasaanya paste yang disediakan adalah basic paste yang mengandungi basic bahan iaitu bawang besar dan bawang putih dan basic sambal. 

Bahan tersebut dikisar bersama sedikit minyak untuk memastikan paste tahan lama. Sedikit minyak yang diperlukan ketika menumis. Tumis sehingga garing dan pecah minyak. Sejukan dan simpan didalam bekas yang kedap udara.

Kaedah yang sama untuk menyediakan paste sambal. Bahan yang diperlukan adalah cili kering, bawang besar dan bawang putih dikisar dengan sedikit minyak. Tumis menggunakan sedikit minyak. Tumis sehingga pecah minyak, sejukan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Group facebook kelab bento/ bento Malaysia, banyak memberi maklumat yang berguna seperti resepi dan panduan penbyediaan makanan. Banyak ilham yang dapat diperolehi daripada group Facebook ini.


Friday 3 April 2015

Panduan Mengepam sambil memandu

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi peribadi

Panduan Mengepam sambil memandu
  • Jika anda mengepam sambil memandu, anda hanya perlu selitkankan corong pam di coli ataupun menggunakan handsfree gadget ketika mengepam. Tidak perlu pakaian ataupun coli menyusu. Memadai pakaian biasa dan ianya boleh memegang alatan pam anda.
  • Pakai seat belt dan pastikan keselesaan tempat duduk anda. Pastikan juga peralatan mengepam berada di dalam keadaan yang stabil agar tiada kebocoran ketika mengepam.
  • Guna sedutan yang perlahan dahulu untuk memastikan anda selesa dengan kedudukan anda. Setelah merasa selesa barulah anda menaikan tahap sedutan pam.
  • Sebelum mengepam minumlah sedikit air dan makanlah sedikit kismis ataupun kurma untuk mengelakkan hidrasi ketika mengepam selain itu dapat memberi tenaga.
  • Jika anda tidak selesa mengepam kedua belah payudara secara serentak ketika memandu, cubalah dahulu mengepam hanya sebelah payudara yang anda selesa.
  • Jangan lakukan, Jika anda tidak selesa dan tidak yakin mengepam sambil memandu.
Mengepam sambil memandu. Tidak sempat mengepam kerana perlu menghadiri mensyuarat.



******************************************************************************** ******************
Kad Imbas Bijak Alif Ba Ta dan Buku Bijak Alif Ba Ta

Autumnz - PASSION Convertible Double Electric/Manual Breastpump

Berminat untuk memilikinya? 
Waatsup 0193361441
email: huzaimahbasar@gmail.com
PM facebook Barangan Keperluan Bayi dan Kanak-kanak dan pelbagai produk keperluan ibu dan anak yang didapati di sini.