Friday 27 June 2014

Troli pasar menjadi pilihan

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum,

Setiap pagi sebelum ke Taska, ayah Shaima' akan membawa Shaima' bersiar-siar di luar rumah. Kadang kala melihat burung, kucing ataupun menyiram pokok-pokok yang di tanam oleh ayah. Sementara umi bersiap-siap keperluan untuk ke taska.


Hari ini bermain troli pasar, kebiasaanya Shaima' akan menolak troli tersebut. Tetapi hari ini ayah meletakkan Shaima' di dalam troli pasar. Shaima' sangat teruja dengan pengalaman baru ini.


Ayah sedang menolak Shaima' yang berada di dalam troli pasar.

Wednesday 25 June 2014

Kucing yang dipanggil Meow

By: Huzaimah Basar

Syndrome Meow-meow sedang melanda Shaima'. Kucing dikenali sebagai "meow-meow". Suka sangat anak dara dengan Kucing. Uminya layankan jelah. Kalau Jumpa yang real Meow lebih lah excitednya.





Buku kanak-kanak Kitty Meow-meow.  Beli semasa Bad Big Wolf Books. Harga pun RM6.00. sangat berbaloi, buku kanak-kanak sangat attractive. Tahun ini kalau ada lagi, insyAllah berkesempatan akan pergi lagi.

Pagi-pagi lagi beri hadiah buku Meow, excited juga Shaima' membelek buku tersebut.

Anak patung Meow-meow beli di Parkson One Utama harga tak sampai RM30. Beli supaya leka di dalam stroller. Tapi tidak seperti yang di gambarkan. Umi dengan ayah tetap perlu mendukungnya kalau tidak laju jelah jalannya.

Petangnya pula ke pasar malam. Umi mahu membeli barang basah. jumpa pulak kasut Hello Kitty ini. Umi pilih design bunga-bunga. tapi tiada size pula. ternampak pulak Hello Kitty ini, size untuk Shaima'pun ada, layan jelah. Dah pakai tak nak buka sebab excited dengan Meow-meow :)


Tuesday 24 June 2014

Organize your home: Banjiran mainan anak

Rasanya kebabyakan ibubapa mesti mengalami situasi mainan anak-anak yang bersepah. Memang pening dan juga penat nak mengemas. Adakalanya seperti tsunami. Malu juga apabila ada tetamu yang bertandang. 

Tips saya meletakan semua mainan didalam box. Tidak organize sangatlah. Tetapi masih practical. Lagipun yang mengemas mainan Shaima' ayahnya. Setakat ini, solution berkenaan yang pratical digunakan. Ada juga kaedah lain, pembaca boleh menambah ilmu di blog  Susunatursioca dan brideinmaking







Thursday 5 June 2014