Tuesday 5 July 2016

Panduan Beraya Bersama Si Kecil.

Teks: Huzaimah Basar
 
Syawal menjelma kemeriahan di rasa. Seronok melihat ibu ayah dan si kecil berpakaian sedondon. Si kecil lebih meriah ketika beraya. Namun kemeriahan itu kadang kala tidak lama. Mereka akan mula meragam. Ibu dan ayah pun tidak keruan untuk berborak dengan tuan rumah. Apatah lagi untuk menikmati jaudah hari raya.
  
Sentap apabila melihat aksi si kecil ketika berada di rumah orang. Ibu dan ayah terpaksa bermuka tebal kerana gelagat si kecil. Halakan jari ke diri sendiri duhai ibu, duhai ayah.  

Sebelum beraya, NASIHATILAH mereka adab ketika berada di rumah orang. Nasihat demi nasihat, makin lama nasihat akan di proses bersama sel-sel otak yang sedang berhubung. persediaan mental kata orang. Tiadalah adegan berubah menjadi hijau, bermuka tebal.

Sayu melihat si kecil dengan rengekan dan tangisan yang memecahkan perbualan ibu ayah bersama tuan rumah. Pakaian yang di gayakan pun sudah tidak terurus. Ibulah yang paling tidak senang dengan ragam si kecil. Rupanya anak itu kepanasan. Badan pun sudah tidak selesa kerana peluh. 

Sedia maklum beraya mengambil masa sehari untuk mengunjungi satu rumah ke satu rumah yang lain.Duhai ibu, duhai ayah anak mu tidak selesa dengan diri mereka. Kulit mereka kegatalan kerana berpeluh. Fahamilah isi hati mereka.

Biarlah harga PAKAIAN itu mahal atau murah yang penting si kecil selesa memakainya. 
Biarlah pakaian itu di basahi peluh, yang penting kulit si kecil terpelihara.
Lebih baik sediakan pakaian tambahan daripada fabrik kapas supaya si kecil dapat menikmati hari raya dengan meriah.
Ibu dan ayah juga meriah berborak dan menikmati jaudah hari raya.

Tidak mengapa mengeluarkan sedikit wang untuk pakaian yang selesa untuk si kecil. 
Matlamat utama supaya si kecil selesa dengan pakaiannya. Si kecil gembira berhari raya dan gembira bermain bersama sanak saudara seusia. Sediakan, dua helai pakaian yang selesa untuk mereka. Jika mampu sediakan lebih. 

Raikan si kecil, HADIAHKAN mereka permianan yang mereka suka. Biar kecil, yang penting mudah di bawa. Kad Imbas permianan yang mudah, senang menyelit di dalam beg tangan ibu.

SELAMAT HARI RAYA, RAKAMKAN KEGEMBIRAAN RAYA SI KECIL SUPAYA SENTIASA MENJADI INGATAN SEPANJANG HAYAT.