Tuesday 21 June 2016

Tips Membawa Anak Kecil Ke Masjid

Teks: Huzaimah Basar


Nak gelak ke nak Sentap. Kerana kebisingan anak-anak, mereka tidak dibenarkan ke surau.
Anak Kak Ema bila dah jumpa geng aka sepupu terdekat memang meriahlah sekampung. 
Nama pun budak kecil. Bermain adalah hak mereka.

Takpelah Kak Ema faham. So Kak Ema nak kongsi tips membawa anak kecil ke masjid ketika terawih.

Tips Bawa Anak Kecil Ke Masjid
1)Pilih masjid/surau yang kurang jemaah.
2)Pilih saf di hujung & belakang sekali.
-Kak Ema akan tunggu jemaah muslimat penuhkan ruangan saf hadapan. Kak Ema akan duduk dibelakang sekali dan paling hujung. Mudah nak memantau pergerakan anak-anak.

3)Bawa buku aktiviti seperti buku mewarna, kertas untuk melukis, bussy book. Ataupun mainan yang mudah di bawa seperti anak patung, permanan blok yang kecil.
4)Melatih dari usia awal dengan membawa anak kecil ke masjid/surau.
-En suami rajin bawa anak dara tu ke surau. Bacaan fatiha pun dah pandai sikit-sikit. Umi dia ajar asik kena sailang.

5)Pilih masjid mesra kanak-kanak.
-Surau rumah Kak Ema cenggini 👍🏻👍🏻. Mungkin dah ditarbiyah oleh Imam muda Asyraf bulan Ramadhan tahun-tahun lepas mengenai kepentingan kehadiran anak-anak kecil ke surau.

6)Peka dengan persekitaran & awasi anak-anak.
-kalau anak-anak bising, mak-mak segeralah bertindak. Tinggal sekejap solat sunat terawih tue. Moga anak-anak tidak mengganggu jemaah yang lain.

Monday 20 June 2016

Panduan untuk Anak kembung/Cirit biri

Teks: Huzaimah Basar



Apabila kakak Shaima' demam. Lumpuh segala operasi. Kembung perut, angin sampai ke kepala.Sejak pagi semalam mengadu pening kepala. Ingatkan pening kurang tidur, kerana malam sebelum itu main sepuasnya dengan sepupu sampai lewat malam.

Pagi sabtu sepatutnya adik Hanzalah perlu berjumpa doktor untuk rawatan susulan bronchitis dan vaksin setahun. Alhamdulillah semuanya baik-baik. Kakak Shaima' nampak tidak bermaya. Tiada selera untuk makan dan minum.
Urut-urut, umi yang sendawa. Selepas urusan adik Hanzalah selesai terus bawa Kakak Shaima' berjumpa doktor. Kami risau kerana Kakak mengadu sakit perut. Ketika rawatan Kakak Shaima' terus muntah dan tidak bermaya. 

Percubaan bubur nasi tidak berjaya. Sedikit sahaja yang dijamahnya. Sebelum ke rumah nenek singgah membeli buah kegemarannya anggur dan strawberi. Alhamdulillah, lebih sepuluh biji di makannya. selepas itu kembali tiada selera. Air pun sedikit sahaja yang di minumnya.

Malamnya pula muntah di katil nenek. Sorry nenek tak sengaja.
Makan minum tak lalu. Sekarang ini tidur & tidur lagi. Masak mee kicap dan nasi bubur pun tiada selera makan. Meragam kerana pening kepala.

Menjelang asar, kelihatan Kakak Shaima' selera untuk makan mee kicap dan sedikit biskut. Sudah mula bertenaga. Mula bermain bersama sepupunya. Riang gembira bermain hujan. Makan juga bertambah selera.

Alhamdulillah sudah kembali normal. 


Panduan untuk Anak kembung/Cirit birit
  • Pastikan anak minum air masak
  • Elakkan minuman bersusu
  • Makan buah-buah
  • Kismis
  • Kurma 



BALM PENJAGAAN UNTUK SI COMEL ANDA.
MAKLUMAT LANJUT KLIK LINK INI
RONELLA BABY BALM SERIES


  

Wednesday 15 June 2016

Pesan Ayah

Teks: Huzaimah Basar


Dulu masa muda mudi, terasa macam nak pakai tudung labuh. Melihat rakan-rakan gigih menjahit tudung labuh. Bertambah tertarik lagi apabila mereka memakainya, tersangatlah cantik.

Arwah ayah pernah berpesan bila bertudung lebih lagi tudung labuh. AKHLAK kena jaga.
Erm, Hasrat diperam. Jadilah diriku seorang pemakai tudung bawal yang tegar.

Dikelilingi sahabat yang positif menjadikan hasrat yang diperam menjadi ranum.
Saja cuba-cuba juga pakai tudung labuh bidang 60. Rasa happpy sangat.Dulu tudung labuh sangat sukar untuk diperolehi. Terutamanya tudung instant. Susah sangat untuk di ketemuinya.

Tetapi sekarang, tudung labuh banyak sangat. Bertambahlah berbunga-bunga di taman hati ini. Boleh tambah koleksi almari. Boleh beli untuk mak, mak mertua, adik- beradik dan rakan-rakan. Tidak mengapalah mahal sedikit, yang penting tidak jarang dan labuh. Bonus bila sarung sahaja sudah kelihatan kemas dan cantik. 

Sekarang ini banyak yang segera (baca: instant). Tudung instant pun ada. Kelahiran tudung instant sudah boleh menyelesaikan masalah kaum hawa yang perlu bersiap cepat terutamanya untuk ke pejabat. Kaum bapa pun tersenyum. Kalau tidak sebelum ini terpaksa bersabar dengan kerenah si isteri yang terpaksa berdiri lama di cermin semata-mata untuk menggayakan shawl.

Namun apakan daya, diri ini masih seorang pendosa. Maafkan lah saya jika tidak dapat memenuhi ciri-ciri pencinta tudung labuh.

Saya masih menggali ilmu, memperbaiki diri. Pesanan arwah ayah masih lagi melekat di minda saya.

Terima Kasih ayah. Semoga tenang di sana. Kita jumpa di syurga nanti insyAllah.
Al-fatiha untuk ayah tercinta.

Monday 13 June 2016

Bagaimana memujuk anak kecil makan sayur.

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


6 tips untuk menggalakkan anak makan sayur.

1) Letakkan sayur di dalam pinggan
Sajikan sayuran di pinggan anak setiap kali waktu makan. Namun jika si kecil masih menolak hidangan sayur, jangan putus asa.

2) Bercerita mengenai kebaikan sayuran.
Cerita mengenai kebaikan memakan sayur. Apabila mereka sentiasa mendengar, lama kelamaan mereka akan tertarik untuk makan. Contohnya:
Sayur lobak merah baik untuk mata. Senang Shaima' nak baca kad imbas alif ba ta nanti.
Makan sayur, boleh lari laju badan pun kuat.
Shaima' jatuh ke? kalau Shaima' makan sayur Shaima' lebih kuat ada tenaga barulah tak jatuh.
Kaki Shaima' luka? Makan sayur, luka cepat baik boleh main. 

3) Kenalkan sayur-sayuran.
Pastikan sayur juga berada dalam senarai dapur anda. Kenalkan sayuran kepada anak anda ketika membeli belah di pasar raya ataupun pasar tani. 

4) Ajak anak anda siapkan makan 
Di rumah juga anda boleh mengajak anak anda bersama-sama dalam menyiapkan hidangan makanan. Tugasankan anak anda mencuci sayuran. Ceritakan menu sayuran yang anda akan masak. Cara ini dapat menarik anak-anak dengan sayuran.

5) Beri contoh yang baik.
Anda sendiri perlu memberi contoh yang baik. Tunjukan bahawa anda sendiri gembira menikmati hidangan sayuran.


6) Tawarkan kepada mereka pelbagai jenis sayuran.
Tawarkan pelbagai jenis sayuran ataupun sayur yang mereka gemar. Anda perlu bersabar kerana mereka mungkin kan menolaknya. Jangan paksa mereka. Dikhuatiri jika terlampau extrem menjadi trauma.


 


Friday 10 June 2016

Tips mudah tidurkan anak.

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Sukar tidurkan anak di awal waktu? 4 panduan untuk menidurkan si kecil.

1) Bermain sehingga keletihan
Pastikan anak-anak bermain sehingga puas. Lompat bintang, melukis, mewarna, permainan blok kayu, bermain pasir ajaib dan sebagainya. Mereka kebiasaanya akan memberi tanda-tanda untuk tidur. Awas jangan beri anak anda bermian Gajet. Akibatnya anak masih segar dan pasti akan tidur lewat.

2) Waktu tidur yang sama.
Bina waktu tidur untuk anak-anak. Apabila mempunyai jadual waktu tidur yang sama ianya akan menjadi satu rutin. 

3) Suasana sunyi

 Suasana yang sunyi mendmaikan anak-anak. Hentikan segala aktiviti yang menggangu anak untuk tidur.Teman anak-anak tidur, sambil menepuk belakangnya sehingga tidur.

4) Sediakan Lampu bilik yang Malap.
Sediakan tempat tidur yang suram untuk membantu anak-anak untuk tidur.




Klik Link di sini  untuk melihat produk kami http://huzaimahbasar.blogspot.my/p/produk.html