Thursday 26 February 2015

Shaima' di usia 2 Tahun

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi



Selamat ulang tahun yang ke 2 untuk Shaima'. Seorang yang sangat aktif dan ceria. Sudah banyak moto skill yang digunakan. Sudah pandai menyusun, bermain dengan penyepit baju dan macam-macam lagi moto skill yang mahir. 

Sudah banyak perkataan keluar dan pandai berborak. Macam sudah dikenalinya.

Gembira dengan perkembangan Shaima' di usia 2 tahun ini. Mari kita menyambung belajar huruf hijaiyah. 




Tuesday 24 February 2015

Kembali ke rutin asal

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Kembali ke rutin asal setelah beberapa hari bercuti pulang ke kampung. Menziarahi ibubapa dan sanak saudara sementara mereka masih ada dan kita pun masih sihat. Pelbagai cabaran untuk pulang ke kampung pada kali ini. Perancanngan telah lama dilakukan, tetapi apakan daya kita hanya merancang, Allah SWT baik-baik perancang.



Saturday 21 February 2015

Cara susunan pakaian di dalam beg

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Melipat pakaian adalah perkara yang paling tidak saya gemari. Kebiasaanya semua pakaian akan saya gantung ketika di menjemur dan setelah kering akan terus di gantung di dalam almari.

Masalah timbul apabila pulang ke kampung. Perlu "packing" pakaian dan barang keperluan lain. 

Saya menemui "solution" dengan menyimpan pakaian yang bergantung bersama "Hanger". Pada permulaannya hanya pakaian anak sahaja yang saya akan buat begitu kerana pakaian serta "hanger" yang bersie kecil. Lama kelamaan saya cuba pula pakaian saya. 

Akhirnya muat juga pakaian saya dan anak di dalam beg. Kebiasaan seluar, kain batik dan tuala akan dilipat. Hanya baju sahaja yang saya "hanger".

Pakaian suami di dalam beg lain. Mudah bagi suaimi untuk uruskan pakaian sendiri.

Bagi saya kaedah ini sesuai dengan saya. Mudah bagi saya untuk menjemur pakaian apabila pulang ke kampung.  Apabila ramai yang pulang ke kampung, ampaian akan penuh. Saya cuba minimumkan penggunaan ampaian.

Wednesday 18 February 2015

10 Perancangan Persediaan untuk mengumpul stok EBM

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Sumber Google dan Koleksi Peribadi


Sejak mengetahui saya hamil anak yang kedua, di dalam fikiran saya adalah untuk menambah baik cara pengumpulan stok EBM (Express Breast Milk). Pengalaman anak pertama, stok EBM berkurangan ketika usia bayi memasuki 5 bulan. Bayi saya yang pertama ketika itu minum sebanyak 24 onz sehari. Di tambah pula ketika itu adalah bulan puasa.

Oleh kerana kesungguhan untuk meyusukan selama 2 tahun, saya berusaha untuk mengumpul stok. Badan saya sangat letih. Sering sakit sendi, mengalami puting luka kerana tempoh mengepam yang lama, sibuk dengan kerja pejabat sehingga skip waktu mengepam. Kadang kala saya mengepam ketika memandu. Saya tidak beberapa selesa mengepam ketika memandu kerana saya mudah pening kepala lebih lagi jika jalan sesak. Susu pun mudah tumpah. Sangat tertekan ketika itu.

Apa yang saya lakukan adalah ketika suami bekerja malam atau cuti, beliau akan menjaga bayi kami. Suami akan menjaga jumlah onz susu di minum oleh bayi. Kebiasaan jika suami yang menjaga bayi kami jumlah yang diminum adalah lebih kurang 20 onz. Di situ jimat 4 onz.

Saya pula mula teknik untuk menambah stok susu. Saya makan makanan tambahan untuk menambah susu, teknik makanan yang betul serta menjaga semula jadual mengepam dan rehat yang secukupnya.

10 Perancangan Persediaan untuk mengumpul stok EBM untuk bayi kedua:

Breast Milk Storage Bags Sumber Google


  1. Mula mengumpul stok EBM 2 minggu kelahiran
  2. Anggaran bayi minum adalah 3.5 onz sekali minum untuk bayi yang berusia 2 hingga 3 bulan.
  3. Jumlah yang perlu di hantar ke taska adalah 21 onz iaitu sebanyak 6 unit (botol ataupun milk storage bag)
  4. Susu perahan di simpan di dalam breast milk storage bag  jenama Autumnz sebanyak 3.5 onz untuk mengelakan pembaziran stok susu.
  5. stok EBM akan disimpan di dalam satu plastik mempunyai 7 unit, ini adalah untuk memudahkan pengawalan stok keluar dan masuk. Dengan hanya menggunakan plastik biasa yang di jual di kedai runcit, labelkan plastik dengan nombor hari dan tarikh susu di pam (contohnya No 1, (13/7/2015 -16/7/2015))
  6. Mengumpul maklumat mengenai teknik pemakanan yang betul dan dapat meningkatkan susu. 
  7. Perlu mengemas kini sistem dan jadual rumah seperti sistem memasak, menguruskan masa proses peralatan selepas mengepam dan jadual untuk diri mempunyai masa berehat. 
  8. Perbincangan dengan suami kerana kebanyakan kerja rumah akan beliau lakukan lebih lagi melayan anak pertama yang semakin aktif. Tujuannya supaya beliau lebih bersedia.
  9. Mengatur jadual untuk bersenam supaya badan lebih sihat dan dapat menurunkan berat badan.
  10. Setelah Stok EBM mencukupi untuk sebulan, stategi seterusnya adalah mengumpul stok sebanyak 24 onz sehari. Kebiasaanya bayi yang berusia 4 bulan ke atas akan minum lebih banyak. Sasaran saya adalah 5 kali sesi mengepam. 


Koleksi Peribadi: Mengepam ketika memandu


















 



*********************************************************************************************************************************************************

Kami menyediakan kelengkapan awal bayi Tilam Kekabu Bayi, bantal newborn, Pakaian Maternity, Nursing dan banyak lagi keluaran Little DJE

Dapatkannya di FB Barangan Keperluan Bayi Dan Kanak-kanak 

*********************************************************************************************************************************************************** 

Monday 16 February 2015

Penggunaan Gadget di kalangan anak-anak

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Teknologi masa kini berkembang sangat pesat. Anak-anak kecil juga sudah didedahkan dengan penggunaan gadget sejak kecil lagi. Permainan untuk si kecil dahulu dan sekarang juga amat berbeza. Lebih lagi banyak permainan yang di tawakar di dalam aplikasi gadget.

Penggunaan gadget yang berlebihan akan menyebabkan kurangnya penggunaan fizikal lebih lagi moto skill si kecil.
Penggunaan gadget boleh di hadkan dan pemantauan daripada ibubapa. Antara kaedah yang boleh dilakukan ketika ketika si kecil bersama gadget adalah:

  • Menonton bersama-sama si kecil
  • Bermain permainan di gadget bersama-sama dengan dengan si kecil.
  • Berinteraksi bersama si kecil ketika mereka sedang menonton di ipad, tablet ataupun televisyen.
  • Elakkan memeggang gadget ketika makan atau sedang bersantai bersama.
  • Perbanyakkan aktiviti lain seperti bermain bola, membawa mereka beriadah di taman dan sebagainya.




 

Thursday 12 February 2015

Apabila si kecil mula pandai bercakap

Teks: Huzaimah Basar

Borak santai petang hari di dalam kereta ketika mengambil Shaima' di taska

Macam biasa mesti tanya ayah mana.
Umi jawab "ayah kerja"
Dia jawab "bukan, bukan, ayah lari" ( berlari, jogging)
Umi bgtau "bukan. Ayah kerja"
Dia jawab " bukan, bukan. Ayah ball" (futsal).

Sejak pandai guna perkataan bukan. Semuanya bukan.
Sudah pandai memberi pendapat sendiri. 




***********************************************************************************************************************************************

Kami menyediakan kelengkapan awal bayi Tilam Kekabu Bayi, bantal newborn, Pakaian Maternity, Nursing dan banyak lagi keluaran Little DJE

Dapatkannya di FB Barangan Keperluan Bayi Dan Kanak-kanak 





New Arriaval Zhea Dress (Maternity and Nursing Friendly)  Price RM159

Jika berminat bayaran boleh dilakukan melalui
Maybank : 159012674434 (Huzaimah Binti Basar @ Sabtu)
Email: huzaimahbasar@gmail.com
Waatsup: 0193361441
 
***********************************************************************************************************************************************

Wednesday 11 February 2015

New Nursing Pillow

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Facebook

Pembekal kami mengeluarkan bantal menyusu terbaru (New Nursing Pillow). Bantal menyusu ini diperbuat daripada kekabu. Gabungan corak yang berwarna-warni serta menarik. Sesuai untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi. 

Material terdiri daripada cotton yang pastinya sejuk dan lagi menyelesakan. Kain sarung bantal mempunyai zip dan boleh dibasuh. Harganya adalah RM75 tidak termasuk pos.

Layari facebook kami Barangan Keperluan Bayi dan Kanak-kanak untuk maklumat lebih lanjut.

Jika berminat bayaran boleh dilakukan melalui
Maybank : 159012674434 (Huzaimah Binti Basar @ Sabtu)
Email: huzaimahbasar@gmail.com
Waatsup: 0193361441



********************************************************************************************************
New Nursing Pillow
Harga: RM 75
POSTAGE:
-Semenanjung: RM 15 (GD Express, 1-2 hari bekerja)
-Sabah/Sarawak: RM 15 (Pos biasa, 7 hari bekerja)
 

Details:
-100 Kekabu, 100% Cotton
-Sarung berzip (boleh dibasuh)
-Saiz : 55cm x 60cm 


NP76

NP76 (Belakang)





NP77

NP77 (Belakang)





NP78

NP78 (Belakang)





NP79

NP79




NP80

NP80 (Belakang)


NP81

NP81 (Belakang)










Penyepit Baju dan flur Ball

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Malam tadi, mengambil sedikit masa selepas makan malam melayan Shaima' bermain. Bermain penyepit baju bersama flur ball adalah salah satu aktivitinya malam tadi. Gigih menggunakan penyepit baju untuk sepit flur ball. Tepuk tangan bila berjaya, selepas itu cuba untuk stamping. Terpengaruh dengan aktiviti water color semasa playgroup minggu lepas. Enteri playgroup di sini.

Aktiviti yang mudah tetapi bukan mudah untuk si kecil seperti Shaima' yang perlu menggunakan motor skill jarinya. Apabila melihat Shaima' tidak berjaya mengawal tangannya, saya mengajarnya cara untuk memegang penyepit baju tersebut. Shaima' mudah menerima pembelajarannya. 






Pemerhatian saya, Shaima' sangat fokus dengan aktiviti ini. Fokus untuk menyepit flur ball. Setelah berjaya, kami bertepuk tangan tanda penghargaan di atas kejayaannya itu.

Aktiviti ini dapat merangsang otak, menguji moto skill, sensor skill dan melatih si kecil untuk mengawal tangannya.


Mencari aktiviti kanak-kanak yang murah,  Adlil Rajjah ada jawapannya.

Tuesday 10 February 2015

Haikal Outdoor Playgroup

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Sudah lama kami merancang untuk menghantar Shaima' ke Playgroup. Tujuannya agar Shaima' dapat bermain dengan pelbagai aktiviti dan bersosial bersama rakan-rakan lain. Kebanyakan minimum umur untuk playgroup yang kami jumpai dengan carian google adalah 2 tahun hingga ke 4 tahun. Hujung Febuari ini usia Shaima' adalah 2 tahun.

Tahun ini adalah sesuai untuk menghantar Shaima' ke playgroup. Saya memilih hujung minggu untuk meluangkan masa bersama Shaima' untuk ke playgroup. Saya terjumpa Haikal Outdoor Playgroup di blog saatakukaupilih dan facebook Haikal's Outdoor Playgroup.

Teruja dengan Playgroup yang diadakan lebih lagi berdekatan dengan kawasan tempat tinggal kami, saya mendaftarkan Shaima' untuk menyertai playgroup ini. Sepatutnya Shaima' di daftarkan pada 7 Mac 2015 untuk sesi dry. Tetapi sesi pada tarikh berkenaan telah pun penuh. Pendaftaran pada Januari hingga ke Mac 2015 telah pun penuh. Shaima' di masukkan ke dalam standby list. 

Alhamdulillah, rezeki Shaima', pihak Haikal OPG message mengatakan ada kekosongan pada 7 Mac yang lepas. Kami terus setuju dengan tarikh berkenaan. Ketika ini adalah sesi untuk wet.


Pada awalnya Shaima' agak pemalu dan lambat response. Lama-lama kelamaan Shaima' dapat menyesuaikan diri. 

Aktiviti pada hari tersebut adalah:

1) Melukis dan Mewarna menggunakan water color. 

Aktiviti ini untuk melatih tangan serta jari jemari untuk menulis. Mereka dilatih memegang berus. Apabila mengenal pasti tangan yang dominan, tangan yang agak lemah akan dilatih memegang span untuk stamping. Penyepit baju bersama Fur Balls pula adalah untuk melatih dan mengawal tangannya melatih motor skill dan sensor skill.

Water color yang pelbagai warna pula merangsang otak si kecil untuk memilih dan mengenal warna yang terdapat di hadapannya. Campuran warna yang di lakukan oleh si kecil juga meransang otaknya untuk befikir dengan lebih kreatif lagi.

2) Snow

Aktiviti ini adalah untuk merangsang saraf deria sentuhan si kecil. Reaksi Shaima' adalah dia geli bermain dengan snow. Mungkin teksur snow yang basah dan melekit. Shaima' lebih tertarik dengan aktiviti melukis. 

Tips  daripada crew Haikal Outdoor Playgroup permulaan memperkenalkan teksur yang basah, melekit, sejuk dan sebagainya adalah dengan menyentuh menggunakan satu jari. Kemudian barulah di teruskan dengan jari-jari yang lain.








***********************************************************************************************************************************************

Kami menyediakan kelengkapan awal bayi Tilam Kekabu Bayi, bantal newborn, Pakaian Maternity, Nursing dan banyak lagi keluaran Little DJE

Dapatkannya di FB Barangan Keperluan Bayi Dan Kanak-kanak 





New Arriaval Zhea Dress (Maternity and Nursing Friendly)  Price RM159

Jika berminat bayaran boleh dilakukan melalui
Maybank : 159012674434 (Huzaimah Binti Basar @ Sabtu)
Email: huzaimahbasar@gmail.com
Waatsup: 0193361441
 
***********************************************************************************************************************************************

New Arival Safie Blouse -Nursing and Maternity Friendly

Teks: Huzaimah Basar

Berita gembira lagi istimewa untuk ibu-ibu yang sedang hamil ataupun sedang menyusu. serta mereka yang bukan golongan tersebut juga. Pembekal kami mengeluarkan blouse hamil dan menyusu terbaru iaitu Safie Blouse.

Material terdiri daripada high qualiti lycra. mempunyai zip tersorok kiri dan kanan untuk bayi menyusu. Anda tidak perlu untuk menggosok, menjimatkan masa dan mengurangkan keletihan menggosok. Safie Blouse nampak eksklusif dengan gabungan warna yang menarik. Boleh digabungkan dengan pelbagai warna shawl. 

Mempunyai size  S, M, L dan XL. Sesuai dipakai untuk ke pejabat, majlis rasmi atau aktiviti santai. Harga adalah RM59 tidak termasuk pos.


Maklumat detail seperti di bawah:

Safie Blouse 

Harga : RM 59
POSTAGE:
-Semenanjung: (Pos laju, 1-2 hari bekerja)
RM 8 (1 helai baju)
RM 10 (2 helai baju)
RM 12 (3 helai baju)
-Sabah/Sarawak: (Pos laju, 1-2 hari bekerja)
RM 10 (1 helai baju)
RM 12 (2 helai baju)
RM 15 (3 helai baju)

Details:
-Material: High quality lycra
-SAIZ: S, M, L & XL
-NURSING FRIENDLY
*(mempunyai 2 zip sorok di kiri dan kanan dada)
-Mempunyai span di bahu
-Leher berbentuk U
-Hujung lengan bergetah
-3 in 1. Boleh dipakai ketika mengandung, menyusu bayi atau dipakai begitu sahaja





CODE 034 SIZE M




CODE 035 SIZE S,M, XL

SOLD OUT

 CODE 036 SOLD OUT

CODE 037 SIZE S, XL

CODE 038 SIZE M

CODE 040 SIZE S,M

CODE 041 SIZE S

CODE 042 SIZE S,XL

CODE 043 SIZE S,M,L,XL

CODE 044 SIZE S & M


Album penuh, boleh layari Barangan Keperluan Bayi dan Kanak-kanak.

Jika berminat bayaran boleh dilakukan melalui
Maybank : 159012674434 (Huzaimah Binti Basar @ Sabtu)
Email: huzaimahbasar@gmail.com
Waatsup: 0193361441








Friday 6 February 2015

Memahami cara anak-anak belajar

Teks: Huzaimah Basar
Gambar:




Sumber artikel ini adalah daripada laman sosial Facebook Pn Noraminah Omar. Beliau pakar dalam early education children.

Ketika ini saya cuba untuk memperkenalkan Shaima' dengan huruf Hijaiyah. Saya mencuba kaedah di atas untuk pembelajaran Shaima'. Sambil melukis, saya akan selit dengan tulisan huruf hijaiyah. Kadang kala ada pergerakan tangan dan juga sedikit nyanyian. Bagi saya kaedah di atas dilaksanakan sambil bermain. 

Anak-anak yang sedang bermain tidak sedar bahawasanya mereka sedang bermain. Apabila mereka gembira, maka proses pembelajaran juga mudah diikutinya.

Kita memerlukan masa untuk menarik perhatian mereka untuk belajar. Kadang kala terasa letih kerana proses mengenal huruf agak lambat. Tetapi saya tetap juga menunjukan kepadanya, serta menyebutnya setiap hari agar proses pembelajaran itu berlangsung dan berharap Shaima' dapat mengenalinya. 



******************************************************************************************************************

Kami menyediakan kelengkapan awal bayi Tilam Kekabu Bayi, bantal newborn, Pakaian Maternity, Nursing dan banyak lagi keluaran Little DJE

Dapatkannya di FB Barangan Keperluan Bayi Dan Kanak-kanak 





New Arriaval Zhea Dress (Maternity and Nursing Friendly)  Price RM159



Jika berminat bayaran boleh dilakukan melalui


Maybank : 159012674434 (Huzaimah Binti Basar @ Sabtu)


Email: huzaimahbasar@gmail.com


Waatsup: 0193361441
******************************************************************************************************************