Tuesday 30 September 2014

Anda ibu bekerjaya yang sangat sibuk, inginkan masa bersama keluarga,disini ada jawapannya

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: website efficient2me.com


Assalamualaikum,

Pada hari ahad yang lepas saya mengikuti seminar "Lovely Moms Get Together" anjuran Komuniti Lovely Life. Ini adalah kali kedua saya mengikuti seminar yang dianjurkan oleh komuniti Lovely Life.

Antara pengisian seminar adalah mencari  kehidupan yang bahagia. Apabila hidup kita gembira, pasti mudah mencapai kebahagiaan. Kesedihan mengajar erti kehidupan.

Di seminar ini juga Pn Husna Harun daripada efficient2me telah berkongsi bagaimana untuk mempunyai masa yang berkualiti. 

Dilema seorang ibu yang paginya bekerja untuk mencari rezeki dan malam pula menguruskan tugasan dirumah. Kesibukan rutin harian keluarga dan kerjaya mengakibatkan ibu-ibu terkejar-kejar untuk menguruskan segala urusan. Kadang kala tiada masa untuk memasak, mengajar anak-anak, rumah pula bersepah, pastinya menmbah serabut di kepala. Kesudahannya tiada masa berehat untuk diri sendiri.



Efficient2me dapat mengatasi masalah ibu-ibu sekalian dengan online programnya " Tukar Rutin untuk Lebih Masa". Layari website untuk maklumat lanjut websitewww.efficient2me.com.

Program ini mengandungi 5 module serta lebih 50 video dengan plan tindakan yang boleh dihabiskan selama 2 hari. Selepas itu bolehlah ibu-ibu mencapai matlamat yang difokuskan kepada matlamat peribadi seperti menguruskan badan, mendidik anak, memasak 2 kali sehari, keluar berdua dengan suami, berhobi dan sebagainya.

Antara kandungan Module adalah:
Module 1 : Kesempitan Masa dan Penyelesaian
Module 2 : Akan ku Capai Segala Impian!
Module 3 : Aku nak jadi SuperMommy!
Module 4 : Revamp Your Routine in 2 days!
Module 5 : Revamp Satu Family dan Didik Anak

Harga untuk program "Tukar Rutin untuk Lebih Masa"  adalah RM170. Ebook serta lebih 50 video disediakan serta pemantauan secara online iaitu melalui email.
Berminat sila email ke huzaimahbasar@gmail.com 
Waatsup ke no 0193361441

Monday 29 September 2014

Si Kecil Meneroka Alam

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi




Assalamualaikum,

Minggu lepas kami ke Bukit Cherakah sekali lagi. Kali ini kami bercadang untuk berjalan kaki daripada tempat masuk hingga ke Taman Haiwan dan Swimming Pool. Stroller digunakan untuk menolak Si kecil sehingga ke destinasi yang jaraknya lebih kurang 1km. Kami sepakat untuk membawa Si kecil beriadah setiap minggu agar beliau dapat melepaskan tekanannya. Selain itu tujuan kami adalah supaya beliau dapat meneroka alam sekelilingnya. Minda si kecil sentiasa bekerja untuk memahami dan meneroka sesuatu yang baru.

Sesudah melawat Taman Haiwan dan mandi di swimming pool, kami pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan pulang si kecil kami lena keletihan. Puas tidur dan berehat serta bermain di luar rumah, kini beraktiviti di dalam rumah. Berlari keliling meja makan, meniarap bermain chak-chak, merangkak dan mengenali binatang yang dipanggil semut. Si kecil sangat kusyuk melihat kelibat sang semut. Itulah si kecil yang sedang belajar ilmu kehidupan. Bermain sambil belajar, membentuk akhlak peribadi.


Friday 26 September 2014

Susun Atur Menu Si kecil ke Taska

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi



Assalamualaikum,

Menu untuk si kecil saya minggu depan antaranya adalah Pasta Mac and cheese. Saya masak untuk tiga kali makan. Sekali untuk minggu ini dan dua kali makan untuk minggu depan. Makanan disejukkan seketika sebelum dibungkus dan di simpan ke dalam peti ais sejuk beku.

Makanan hanya perlu defrost, panaskan dan hidang ketika diperlukan. Tarikh sebagai rujukan untuk menu hari berkenaan supaya jadual tugasan saya lebih tersusun. Perlu memikirkan 3 menu lagi untuk minggu depan.

Saya sangat sibuk pada bulan Oktober nanti sehingga November, maka pilihan lain saya adalah menempah makanan sejuk beku daripada Baby Eats By Justlixa.

Tuesday 23 September 2014

Menangani Tekanaan Si Kecil

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum,

Seminggu saya menumpang en suami ke tempat kerja menaiki motosikal. Hari ini saya perlu bekereta untuk ke tempat kerja. Perbezaan masa sangat berbeza. Kami keluar rumah waktu yang sama seperti sebelum ini, perbezaan masa berkereta adalah tambah setengah jam perjalanan. Sampai awal di pejabat dan juga sampai awal di rumah.

Mujur si kecil kami tidak banyak ragamnya seperti sebelum ini. Bangun pagi dengan ceria, terus ke bilik air untuk mandi. Sudah tidak meragam apabila dibasahkan kepalanya. Saya sangat gembira dengan perubahannya itu kerana memudahkan lagi urusan di pagi hari.

Kegembiraan dan kecerian si kecil menjadi persoalan kami. Apa yang menyabebkannya gembira dan ceria seperti itu. Apabila di selidik, daripada pemerhatian kami, si kecil puas bermain pada hujung minggu yang lepas. Beliau dapat melepaskan tekanannya. Minggu lepas kami ke Pantai Remis, Kuala Selangor untuk membeli ikan sebagai bekalan minggu ini. Selepas membeli belah kami beriadah sebentar di pantai. Si kecil kami sangat teruja melihat pantai yang luas. Kami meberi kebebesan kepadanya untuk meneroka alam sekelilingnya ketika itu. Si kecil mengutip kerang, siput yang berada di sekeliling, bermain air, pasir dan sebagainya.

Si kecil kami tidur sepanjang perjalanan ke rumah. Kepenatan bermain di pantai. Tidurnya masa siang sangat panjang pada hari berkenaan. Bangun tidur dengan keadaan ceria,makan dengan seleranya. Petangnya kami hanya duduk di rumah kerana cuaca tidak mengizinkan untuk beriadah.

Kecerian Si kecil di tambah lagi dengan kehadiran sepupunya di hujung minggu. Riuh rumah dengan suara kanak-kanak. Sekejap menangis, sekejap ketawa, sekejap baik, sekejap bergaduh, itulah kanak-kanak. Petangnya pula kami membawa mereka ke taman Setia City Mall untuk bermain buih sabun. Berlari-lari mereka mengejar buih-buih sabun.

Malamnya Si kecil kami tidur dengan lena bangun dengan ceria. Urusan pagi kami juga sangat mudah. Kanak-kanak juga mempunyai tekanan yang perlu di lepaskan. Perlu kerap membawanya ke taman agar dapat bermain dengan bebas dan melepaskan tekanannya itu.

Monday 22 September 2014

Pengalaman Menghadapi Kerenah Pelanggan

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi




Assalamualaikum,

Setiap pelanggan mempunyai kerenah yang pelbagai dan perlu diberi layanan yang baik. Komunikasi terhadap pelanggan dan usahawan sangat penting dalam membina kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan yang di tawarkan. Pilihan perkataan serta bahasa yang sopan akan memberi kegembiraan kepada pelanggan kerana mereka dilayan dengan baik. Kebiasaan medium yang digunakan untuk berkomunikasi adalah SMS, message peribadi di media sosial seperti Facebook, Waatsup, email, Instagram dan sebagainya.

Kita perlu menjawab dengan pantas setiap pertanyaan yang diajukan oleh pelanggan. Semakin cepat pertanyaan dibalas dengan jawapan yang terperinci, semakin cepat dan mudah untuk pelanggan membuat keputusan pembelian.
 
Jika perkhidmatan yang diberi memuaskan hati pelanggan, pastinya mereka akan menjadi pelanggan yang setia. Pelanggan sangat suka dengan pemberian hadiah istimewa seperti pemberian kad perniagaan yang comel dan lebih gembira pelanggan jika perkhidmatan penghantaran adalah percuma.Walaupun pemberian berkenaan nampak kecil, tetapi ianya dapat menarik hati pelanggan serta menjadikannya sebagai pelanggan yang setia. Pelanggan akan lebih teruja jika kita sentiasa memberitahu perkembangan terkini mengenai produk baru, jualan murah dan sebagainya.

Setiap pelanggan mempunyai citarasa berbeza-beza. Oleh itu perlunya analisi setiap kerenah pelanggan sebagai rujukan, agar dipermudahkan urusan yang sedang berlangsung. Jadikan iktibar atas setiap yang berlaku dengan sabar kerana setiap masalah yang hadir adalah peluang untuk kita sebagai usahawan.






Friday 19 September 2014

Impian dan Harapan

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi peribadi



Teruja apabila melihat blog home schooling daripada negara luar. Mereka sangat kreatif dalam merangka permainan sambil belajar anak-anak dan selalu berkongsi di dalam blog mereka. Sehingga mereka menerbitkan ebook untuk projek aktiviti anak mereka.

Melalui inspirasi berkenaan saya bercadang untuk mengumpulkan idea di dalam blog saya kepada sebuah ebook kemudian ke arah pernerbitan buku. Ebook mengenai aktiviti bermain sambil belajar si kecil. Setiap hari saya cuba mencari idea yang sesuai untuk usia anak saya sekarang. 

Saya suka mencuba pelbagai resepi. Perancangan saya yang lain adalah ingin mengumpul resepi mudah untuk si kecil. Resepi-resepi ini juga adalah sebagai rujukan untuk diri sendiri. Kadang kala buntu untuk menyediakan makanan untuk si kecil. Setiap malam bertanya encik suami menu si kecil sebagai bekalan ke taska. Bagi saya susunan masa untuk ibu bekerja sangat penting. Apabila ada perancangan awal, ibu-ibu tidak akan kalut, lebih lagi terpaksa keluar awal ke pejabat. Saya sendiri mempunyai koleksi buku resepi untuk bayi dan kanak-kanak.

Perancangan lain, ingin menyediakan perkhidmatan peralatan bantuan mengajar iaitu Educational Toys. Usia si kecil 0-4 tahun mereka lebih focus bermain. Oleh itu bagi saya alat bantuan mengajar yang menarik lebih membantu proses pembelajaran mereka ketika usia ini.

Impian saya mempunyai kedai atas talian fokus terhadap keperluan ibu dan anak. Menyediakan perkhidmatan untuk keperluan ibu-ibu baru.


Inilah impian dan harapan saya.


Thursday 18 September 2014

Pengalaman Pembelian Secara Online

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Carian Google



Assalamualaikum, 

 
Perkembangan teknologi masa kini telah memudahkan kehidupan seharian. Kini membeli belah secara atas talian (online) menjadi pilihan ramai. Tidak perlu menempuh jalan raya yang sesak dan beratur panjang di kaunter. Proses pembelian sangat mudah dan pantas yang hanya memerlukan sambungan internet di mana-mana sahaja, ditambah pula dengan peranti-peranti (gadget) yang sangat canggih.



Kelebihan pembelian secara online adalah kita dapat membuat perbandingan harga dengan hanya melayari laman web dan blog penjualan tanpa perlu ke kedai. Kadang kala kita juga boleh mendapatkan produk yang mempunyai edisi terhad yang sukar dicari.


Saya lebih gemar membeli belah secara atas talian. Kebiasaanya sebelum saya membeli sesuatu produk berkenaan, saya akan membuat kajian terlebih dahulu dengan membaca maklum balas daripada blog ataupun bertanya pendapat rakan-rakan yang pernah membeli daripada laman web berkenaan. Selain itu juga, saya akan membuat perbandingan harga dengan melayari laman web, blog dan media sosial seperti Facebook dan Instagram. Ini untuk memastikan ianya selamat untuk berurus niaga. Segala-galanya sangat mudah untuk mencari kedai atas talian dengan menggunakan carian Google. Hanya perlu menaip produk yang di kehendaki di carian Google dan akan tersenarailah kedai atas talian serta maklumat produk. Kaedah ini memberi pelbagai maklumat mengenai produk,harga, kualiti produk, penjual, maklum balas produk dan sebagainya.

Selama saya berurusan jual beli secara atas talian, penjual akan melayan pertanyaan saya dengan baik. Kadang kala ada juga jawapan yang diberi tidak menepati citarasa saya. Oleh itu saya akan beralih kepada penjual yang lain. Saya sanggup bayar lebih jika produk dan perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik dan berkualiti serta saya yakin dengan urus niaga yang akan dilakukan.

Antara produk yang pernah saya beli secara atas talian adalah makanan sejuk beku untuk bayi , baju raya, pakaian menyusu, kelengkapan penyusuan, set penjagaan rambut, buku, mainan si kecil, tudung, hand sock, sarung kaki dan sebagainya. 



Menu Ringkas Untuk Ibu yang Bekerja

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi







Assalamualaikum,

Walaupun sibuk, saya cuba mencari masa memasak untuk keluarga. Hanya menu ringkas yang dapat saya sediakan terutamanya bekalan ke taska dan tempat kerja. Bekalan untuk hari ini adalah nasi goreng dan keledek bakar Rosemary untuk si kecil dan nasi putih, sayur campur dan ayam bakar kunyit paprika untuk saya dan suami. Makan ini saya sediakan di malam hari dan makan ini di letakkan ke dalam bekas yang selamat untuk microwave. Kemudian di simpan ke dalam peti ais. Pada esok paginya saya akan memanaskan ke semua makan ini di dalam microwave. Sayur di masak separuh supaya apabila di panaskan ianya akan masak sepenuhnya.

Nasi goreng si kecil:

Bahan-bahan

Sebiji bawang merah
3 biji bawang putih
sebiji telur
ikan bilis
Kacang Panjang
Lobak Merah
sedikit kicap
Minyak zaitun untuk menumis.

1) Tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis samapi lumat.
2) Panaskan kuali dengan sedikit minyak zaitun.
3) Tumiskan bahan-bahan yang telah di tumbuk.
4) Setelah garing masukan kacang panjang dan lobak merah yang di potong dadu halus-halus.
5) Apabila sayur sedikit layu, masukan nasi dan gaulkan sehingga sebati.
6) Tolak ke tepi nasi tadi, kemudian masukan telur dan di kacau-kacau menjadi telur hancur.
7) Gaulkan nasi dengan telur hancur tadi.
8) Masukan sedikit kicap.


Ayam bakar kunyit paprika

Bahan-bahan
Ayam
Paprika
Serbuk kunyit
Sedikit garam
Sedikit Minyak Zaitun

1) Campurkan kesemua bahan bersama ayam dan perapkan seketika. Lebih lama lebih sedap rasanya.
2) Bakar menggunakan api atas bawah dengan suhu 170 C

Sunday 14 September 2014

Si Kecil dengan Aktiviti Menerokanya

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Peralatan persekitaran rumah boleh di jadikan proses pembelajaran bagi si kecil. Sifat ingin tahu dan suka mencuba bagi si kecil adalah sesuai dengan pembesarannya. Perlu di pastikan peralatan tersebut adalah selamat dan mesra kanak-kanak.

Antara peralatan yang sesuai untuk si kecil adalah bakul mendobi pakaian yang diletakkan pakaian, mainan dan barang-barang yang selamat. Si kecil pasti teruja dengan isi kandungan yang berada di dalam bakul tersebut. Sifat ingin tahunya diusia ketika ini sangat tinggi. Mereka juga suka meneroka dipersekitaran mereka.

Aktiviti mudah ini dapat membantu merangsangkan koordinasi tangan dan mata. Mereka akan cuba untuk mengambil barang-barang yang berada di dalam bakul tersebut dengan pelbagai cara. Mencapai, menolak, menterbalikan bakul berkenaan untuk mendapatkan apa yang mereka kehendaki.






Friday 12 September 2014

Mengenali Huruf Hijaiyah dengan Flash Card

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Perkenalan awal huruf hijaiyah kepada si kecil dengan membina asas pada usia 4 tahun pertama adalah sangat penting. Peningkatan mental si kecil dari usia 0 ke 4 tahun sangat drastik. Mereka mudah menerima apa jua bentuk pembelajaran ketika usia berkenaan. Huruf hijaiyah sesuai diperkenalkan ketika ini untuk melatih mereka mengenal huruf, membaca dan menghafal.

Kaedah pembelajaran huruf hijaiyah untuk si kecil 
1. Satu hari, satu huruf.
2. Perkenalkan dengan huruf mesra bayi  Ø§َ Ù…َ بَ ÙŠَ
3. Tunjukan kad dalam masa 10-15 saat dengan memandang mata si kecil dan biar si kecil melihat mulut anda menyebutnya.
3. Sambil si kecil bermain, tunjukan kad dan sebutan berulang kali.
4. Si kecil tidak akan focus kepada pembelajaran kerana sibuk bermain, oleh itu memerlukan ibubapa perlu banyak bersabar.
5.Jika si kecil berjaya menyebutnya atau sudah mengenali huruf hijaiyah, berilah ganjaran seperti menepuk tangan dan lain-lain.

Kaedah ini di pelajari semasa menghadiri seminar menghafal al-uran kaedah Darwish Darwisha.

Thursday 11 September 2014

Tip Mengatasi Keletihan dan Kelesuan Untuk Ibu-ibu Bekerja

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Carian Google

 



Kebiasaanya apabila seorang ibu terpaksa pulang lewat ke rumah kerana memenuhi tuntutan kerja, pasti meresahkan hati ibu tersebut. Hilang sedikit fokus terhadap kerja memikirkan perihal anak-anak. lebih-lebih lagi jika si kecil masih menyusu badan. Masa bersama si kecil semakin berkurangan. Di tambah pula keadaan jalan yang sangat sesak dan hujan yang lebat, memperlahankan lagi trafic di jalan raya.

Antara tips yang biasa saya amalkan adalah pastikan anda mempunyai bekalan air masak, makanan ringan seperti kacang almond, cokelat, kismis, kurma dan sebagainya untuk mengalas perut. Dalam keadaan lapar, kebiasaanya kita mudah marah, tidak bermaya, tidak dapat berfikir dengan baik, terlalu beremosi. Dengan mengalas perut, badan memperolehi tenaga, oleh itu dapatlah kita fokus terhadapan urusan yang sedang di laksanakan dan mampu tersenyum apabila pulang ke rumah. Selain itu juga kita mampu melayan kerenah si kecil dan ahli keluarga yang lain. 

Tidur dan rehat yang mencukupi. Saya akui memang sangat sukar untuk mendapatkan tidur dan rehat yang mencukupi. Suami memainkan peranan dengan membantu tugasan si isteri seperti membasuh pakaian, memasak nasi, memasak air minuman ataupun tugasan yang mudah. Antara contohnya apabila suami sedang membersihkan pinggan mangkuk, anda menolongnya membilas pinggan mangkuk tersebut sambil mengelap dan mengemas tempat memasak. Jika suami sedang menyidai kain, anda turut sama membantu tugasan tersebut, sambil melakukan tugasan boleh juga berborak-borak. Selain menjimatkan masa melakukan tugasan, anda juga mempunyai kualiti masa bersama suami dan juga anak-anak.

Semoga tips saya ini dapat membantu ibu-ibu sekalian dalam melaksanakan tugasan harian dan gembira menjadi seorang ibu.

Tuesday 9 September 2014

Baby Eat by Justlixa, Makanan Bayi dan Kanak-kanak

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi




Jam loceng kami diwaktu pagi. Sepanjang perjalanan dari Jerantut ke Shah Alam, Si kecil kami sudah lena seawal jam 6 petang. Seawal jam 6 pagi sudah bangun. Bangun pagi dengan muka yang ceria, menandakan cukup tidur dan puas bermain. Mandi di awal pagi, pilih pakaian sendiri, pakai baju dan seluar sendiri. Kebiasaan si kecil kami akan makan pagi. Kini tugasan pagi saya berkurangan dengan adanya Baby Eat by Justlixa. Sarapan pagi ini di beli secara online di Baby Eat by Justlixa iaitu pakej C. 

Pertama kali mencuba, separuh juga habisnya. Sebagai seorang ibu, makanan yang seimbang untuk si kecil menjadi ke utamaan. Baby Eat by Justlixa telah memudahkan tugasan di pagi hari seorang ibu dan makanan yang disediakan menepati kehendak ibubapa yang sangat prihatin terhadap kandungan sesuatu makanan tersebut. Apa yang penting makan tersebut seimbang dan berkualiti. Jika anak anda mengalami alahan makanan, anda boleh meminta pandangan  dengan Baby Eat by Justlixa. Selain itu
Baby Eat by Justlixa juga menyediakan makanan organik bergantung kepada permintaan pelanggan.

Bagi ibu-ibu yang sangat sibuk dan tidak dapat menyediakan makanan untuk anak anda, Baby Eat by Justlixa dapat membantu anda. 

Thursday 4 September 2014

Aktiviti kanak-kanak Menggunakan Penyepit kain

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Aktiviti cuti hujung minggu yang lepas. Permainan yang menguji kemahiran motor jari jemari. Hanya menggunakan penyepit kain dan disepitkan. Peralatan yang mudah diperolehi dan kos yang murah. Boleh juga menggunakan penyepit kain yang comel serta menarik. Ketika ini usia Shaima' adalah 18 bulan. Permainan ini memerlukan pengawasan orang dewasa untuk memantau keselamatan si kecil. 

Shaima' tidak mahir lagi untuk menggunakan penyepit kain. Oleh itu saya mengajarnya cara-cara menggunakan penyepit kain. Saya hanya sepitkan dan Shaima' akan menariknya.

Teringat kepada anak saudara yang menggunakan penyepit kain untuk melahirkan idea kreativitinya. Lahirlah bentuk kambing dan sebagainya. 

Permainan daripada penyepit kain ini selain merangsang kemahiran motor jari jemari, ianya juga melahirkan idea kreativiti seseorang.


Tuesday 2 September 2014

Bukit Cherakah Destinasi hujung minggu

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Cerita cuti hujung minggu yang lepas. Kami sekeluarga ke Taman Bukit Cherakah, bertempat di Seksyen 8 Shah Alam. Kami melawat Taman Haiwan, kuda, kambing, landak, rusa, burung kakak tua dan sebagainya ada di situ. Aktiviti kemuncak adalah bermandi manda di kolam renang. Aktiviti kami hanya di Taman Haiwan dan Kolam Renang untuk memastikan Shaima' tidak terlampau keletihan.

Kos perkhidmatan
Tempat letak kereta RM3.00
Bayaran masuk dewasa seorang RM3.00 
Kanak-kanak bawah 6 tahun adalah percuma.
Bayaran untuk mandi di kolam renang seorang RM3.00.

Monday 1 September 2014

Permainan mencari barang tersembunyi

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi

Permainan ini di panggil "Mencari Biskut di dalam Bijirin". Shaima' sangat teruja melihat bijirin dalam kuantiti yang banyak. Bijirin dan biskut berkenaan menjadi makanan sarapan pagi Shaima'.Aktiviti yang Menyeronokan, tetapi sedikit bersepah. Ibu-ibu sekalian haruslah bersabar. 

Aktiviti ini saya perolehi di instagram kristinatoddleraproved.