Saturday 31 January 2015

Gembira Apabila Anak Mendengar Arahan.

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi





"Shaima' ada 5 minit lagi untuk bermain. Lepas ini kita balik rumah, mandi dan makan."

Selepas 5 minit, 
"Shaima' jom balik". Dalam hati kalau tak nak terpaksa dukung jelah. Mengah lah nak mendukungnya.
Terkedek-kedek jalan ke stroller.
"Bye..bye kakak" sambil melambai-lambai.


Di rumah,
 "Shaima' jom mandi".Terus buka baju dan seluar.
"Shaima', seluar dengan baju letak dalam bakul" 
Berjalan sambil membawa baju dan seluar untuk diletakkan di dalam bakul.
Kemudian terus ke bilik air buka pampers.

Selepas mandi dan pakai baju. Terus makan malam. Kebiasaanya Shaima' tidak makan tengah hari. Mungkin ketika itu dia sedang mengantuk. Selepas bangun tidur petang, Shaima' akan di beri snack petang dan bermain.

Sekarang makan tidak mahu duduk di kerusinya. Mahu sama paras dengan umi dan ayah. Tidak mengapa asalkan makan. Menu hari ini sup telur bersama suun, lobak merah dan saderi, ikan tenggiri goreng dan ikan bilis goreng pagi tadi. Makan dengan selera sebab ada ikan bilis goreng rangup. 

Tengah makan nak baca buku pula. 
"Makan sampai kenyang, basuh tangan dulu baru boleh baca buku. kalau tidak, tidak boleh baca buku"

Selesai makan dan basuh tangan, umi bagi buku seperti yang dijanjikan. Shaima' membaca sambil bercerita dengan uminya.

Alhamdulillah, hari ini tak banyak ragam. Mengikut arahan. Umi sangat gembira dan kata Dr Koshi pediatrician Shaima' terngiang-ngiang, sebagai Ibubapa kita perlu menang dengan anak. Maksudnya anak perlu mendengar apa yang kita cakap atau memberi arahan. Ibubapa pula perlu kotakan apa yang dikatakan agar anak menghormati kita. Perlu tegas dan konsistent untuk mendisplinkan anak.




******************************************************************************************************************

Kami menyediakan kelengkapan awal bayi Tilam Kekabu Bayi, bantal newborn, Pakaian Maternity, Nursing dan banyak lagi keluaran Little DJE

Dapatkannya di FB Barangan Keperluan Bayi Dan Kanak-kanak 







Jika berminat bayaran boleh dilakukan melalui

Maybank : 159012674434 (Huzaimah Binti Basar @ Sabtu)

Email: huzaimahbasar@gmail.com

Waatsup: 0193361441
******************************************************************************************************************


No comments: