Wednesday 21 January 2015

Sikap ibubapa mempengaruhi anak-anak


Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi.


Kelakuan anak-anak kadang sukar dijangka. Tentunya dikalangan kita terdapat kelakuan anak-anak yang agak "negatif" atau pun berkelakuan kasar. Kadang kala mereka suka memukul, menggigit, menjerit dan sebagainya apabila kehendakanya tidak dituruti. Bagaimana cara terbaik untuk menanganinya agar berkelakuan sopan.

Anak-anak kecil mudah meniru kelakuan orang dewasa. Mereka sentiasa memerhatikan persekitarannya, lebih lagi kelakuan ibubapanya sendiri. Ibubapa adalah orang dewasa yang paling rapat dengannya. Oleh itu mereka akan menjadikan ibubapanya sebagai model dan sedikit sebanyak mereka akan meniru kelakuan ibubapanya sendiri. Walaupun kebanyakan masa anak-anak dihabiskan di rumah pengasuh ataupun taska, perbuatan ibubapanya sendiri lebih menarik perhatian.

Ibubapa bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada anaknya tentang kehidupan. Ibubapa yang mencorakkan kehidupan anak-anak sejak kecil lagi. Ibubapa jugalah yang bertanggungjawab menyediakan tapak untuk anak-anaknya belajar mengenai kehidupan.

Namun tidak dinafikan, anak-anak mudah terpengaruh dengan persekitaran luar. Pentingnya keakraban diantara anak dan ibubapa untuk memastikan bahawa pengaruh ibubapa lebih kuat daripada pengaruh luaran. 

Ibubapa perlu bersabar dengan kerenah anak-anak yang semakin membesar. Kadang kala kerana tekanaan daripada pelbagai sudut, ibubapa mudah naik tangan. Anak-anak pula memerhati dan mudah meniru kelakuan orang dewasa. Oleh itu ibubapa perlu bijak mengawal emosi dan amarah. 

"Reserve psychology" adalah salah satu cara untuk mengatasi kelakuan anak-anak. Antaranya dengan mendenda mereka berdiri di satu tempat dalam masa tempoh yang sesuai. Contoh lain, anak-anak yang melakukan kesalahan tidak dibenarkan bermain dengan permaianan mereka sehingga lah mereka berkelakuan baik. Kaedah seperti ini perlulah konsistent agar anak memahami cara didikan yang sedang dilaksanakan.

Selepas itu ibubapa perlu menerangkan kesalahan yang telah mereka lakukan agar mereka memahami tindakan kita terhadap mereka adalah untuk mendidik.



******************************************************************************************************************
Kami menyediakan kelengkapan awal bayi Tilam Kekabu Bayi, bantal newborn keluaran Little DJE
Dapatkannya di FB Barangan Bayi Dan Kanak-kanak 

******************************************************************************************************************


No comments: