Wednesday 14 January 2015

Keperluan untuk penyusuan susu ibu

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi

Antara senarai yang perlu untuk penyusuan bayi melalui pengalaman saya. 

  • Breast pam
  • Botol susu
  • Milk storage
  • Cooler Bag
  • Ice pack
  • Berus botol susu
  • Berus puting botol
  • Pencuci botol susu
  • Drying Rack
  • Bottle warmer
  • Sterilizer


Breast pump 
Pemilihan pam adalah penting kerana melibatkan kewangan yang agak tinggi. Di enteri ini saya ada berkongsi sedikit pemilihan jenis pam yang ada di pasaran. Saya menggunakan double electric pump meedel free style,autumz passion dan manual breast pump jenama Avent. 

Botol susu
Kebiasaanya apabila membeli set Breast pump terdapat botol percuma.Saya menggunakan botol medela, Jingle Jungle dan Bumble Bee. Puting botol susu yang saya gunakan adalah medela size S. Bumble Bee botol, kadang kala ada leaking ketika mengepam. Pendapat saya jenis botol yang sesuai untuk mengepam menggunakan medelaadalah botol susu medela dan juga Jingle Jungle.

Milk Storage Bag.
Saya menggunakan jenama Aumtumz 7onz. Kelebihannya adalah menjimatkan ruang pengstoran di dalam peti ais beku. Selain itu sesuai untuk percutian yang lama. Kebiasaanya apabila pulang ke kampung, saya akan pam untuk mengumpul stock. Mudah di simpan dalam peti ais,menjimatkan ruangan beg dan mudah dibawa menaiki kapal terbang.

Cooler bag

Pelbagai jenis cooler bag berada di pasaran. Susu hasil mengepam di simpan di dalam cooler bag untuk menjamin kualitinya. Susu ibu hanya bertahan selama 4 jam di suhu bilik. Jenama Autumz boleh memuatkan sebanyak 6 botol susu. 

Ice pack


Perlunya ice pack untuk menjamin kualiti dah suhu susu chiller. Susu hasil mengepam tadi akan di simpan di dalam cooler bag dan ice pack. Ice pack di gunakan ketika berada di pejabat, di mana tiada peti ais di sediakan.

Berus Botol susu dan puting botol
Salah satu peralatan yang penting untuk proses pembersihan botol yang telah digunakan. Susu ibu menpunyai lemak yang agak berminyak dan perlunya cucian yang teliti. Puting botol susu juga perlu diberikan cucian yang agak teliti kerana permukaannya yang sukar dicapai. Dipasaran mempunyai pelbagai jenis berus botol dan puting susu.

Bottle warmer
Susu ibu yang telah dibekukan perlu dicairkan terlebih dahulu. Kemudian barulah dipanaskan menggunakan bottle warmer. Alternatif lain rendam susu di dalam air panas untuk seketika.

Drying Rack  
Pelbagai jenis drying rack yang berada di pasaran. Saya menggunakan spinning drying rack keluaran first year.Ianya menjimatkan ruang dapur saya yang terhad. Selain itu memudahkan untuk mencapai peralatan penyusuan yang dikehendaki dengan hanya memusingkannya. Spinning drying rack mempunyai 2 tingkat.


Foldable tray pula mudah dibawa ke mana sahaja. Masalah dapat di selesaikan jika kita pulang ke kampung. Mudah ibu-ibu menguruskan perkakasan penyusuan ketika berada di mana sahaja. 


Sterilizer
Penting untuk sterilize botol susu, puting dan peralatan penyusuan yang lain kerana proses ini dapat membantu membunuh bakteria dan virus dipermukaan botol.


kesemua peralatan ini boleh didapati secara offline ataupun online di Littlewhiz.


******************************************************************************************************************
Kami menyediakan kelengkapan awal bayi Tilam Kekabu Bayi, bantal newborn keluaran Little DJE
Dapatkannya di FB Barangan Bayi Dan Kanak-kanak 

******************************************************************************************************************
 


No comments: