Tuesday 6 January 2015

Sample kit set untuk sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan musibah

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Facebook dan koleksi sendiri



Assalamualaikum,

Penghujung 2014, Malaysia dilanda musibah banjir besar di pantai Timur (kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Perak). Mereka kehilangan harta benda, rumah dan sebagainya. Mereka memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan. Berpindah ke pusat pemulihan ataupun tempat yang lebih tinggi dan selamat dengan hanya sehelai sepinggang. Tidak dapat di gambarkan kesusahan yang di alami oleh mangsa-mangsa banjir ini. 

Pelbagai jenis bantuan yang di hantar untuk memastikan saudara kita yang diuji dengan musibah banjir dapat meneruskan kehidupan. Banjir kali ini menyebabkan banyak jalan utama yang rosak dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan atau pun berat. 

Rakyat Malaysia bersatu membantu saudara kita yang diuji dengan musibah banjir dengan mengetepikan perihal politik dan sengketa lama.Gambar-gambar di bawah ini adalah contoh-contoh kit set yang di perlukan oleh  mereka.

Isi kandungan (Sumber facebook Revive Kelantan) :
  1. 2 botol Air mineral 1.5L
  2. 2 Tin sardines
  3. 1 pek crackers
  4. 1 pek biskut
  5. 1 kotak kurma
  6. 3 batang berus gigi
  7. 1 kotak ubat gigi
  8. 1 pek tuala wanita
  9. 1 set telekung 
  10. 1 pek wet wipes
  11. 1 set of customized first aid kid
  12. 3 buku sabun
  13. 1 pek jelly (untuk menggembirakan kanak-kanak)
  14. 1 kotak mancis/ lilin (we couldn't find candles that day)
  15. 1 helai kain batik (it's VERY multi-purpose)


Sumber Facebook Revive Kelantan


Sumber Facebook Revive Kelantan


Gambar di bawah adalah set kebersihan diri.
  1. 2 batang berus gigi
  2. 1 kotak kecil ubat gigi
  3. 1 buku sabun
  4. 1 pek tuala wanita
  5. 1 helai tuala muka

Sumber Peribadi




******************************************************************************************************************
Kami menyediakan kelengkapan awal bayi Tilam Kekabu Bayi, bantal newborn keluaran Little DJE
Dapatkannya di FB Barangan Bayi Dan Kanak-kanak 

******************************************************************************************************************



No comments: