Wednesday 7 January 2015

Meedela freestyle

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Kebanyakan ibu-ibu muda terutamanya, mempunyai semngat yang tinggi untuk menyusu badan anak yang bakal dilahirkan. Saya adalah antara salah seorang ibu-ibu muda yang sangat bersemangat untuk menyusukan si kecil saya. Pelbagai jenis "breast pump" yang ada di pasaran. Sebagai pengguna kita perlulah membuat sedikit kajian agar tidak menyesal di kemudian hari. Selain itu pelbagai faktor yang perlu diambil kira. Peruntukan juga di perlukan untuk membelinya.

Pelbagai jenis pam yang berada dipasaran. Terpulang kepada ibu-ibu untuk memilih mengikut keperluan. Antara jenis operasi pam yang berada di pasaran adalah:

  1. Manual
  2. Elektrik
  3. Bateri
  4. Elektrik dan bateri
  5. Elektrik, bateri dan manual

Setelah membuat sedikit kajian dengan membaca review di blog, forum serta bertanya rakan-rakan yang pernah menggunakannya, saya memilih Medela Freestyle sebagai "gadget" penyusuan kerana pam susu medela beroperasi secara elektrik dan bateri.

Kelebihan Meedela freestyle adalah:
  • Jenis pam "Double electric pump" yang menjimatkan masa mengepam berbanding dengan single pam.
  • Kadar sedutan iaitu phase simulation yang tidak menyakitkan. Suction yang boleh dilaraskan kuasanya  dan mempunyai suction seolah-olah seperti bayi sedang menyusu.
  • Mudah digunakan kerana ianya ringan, kecil mudah untuk dibawa ke mana-mana terutama ke pejabat.
  • Pam yang tahan lasak untuk sesi pengepaman selama dua hingga 4 jam sekali. Selain itu motornya juga perlu tahan lasak penggunaannya kerana kekerapan pengepaman terutamanya untuk ibu yang bekerja.
  • Mempunyai bateri ("rechargeable") yang bertujuan agar mudah digunakan untuk mengepam di mana sahaja hatta di dalam kereta.
  • "Hands free", mudah untuk mengepam sambil membuat kerja lain. pengalaman sebelum ini, saya kerap mengepam sambil memandu kadang kala sambil membuat kerja lain. Menjimatkan masa.
  • Pam ini mempunyai bunyi yang perlahan tidak mengganggu persekitaran. 
Medela freestyle - Multitasking

Multitasking - Mengepam sambil memandu








******************************************************************************************************************
Kami menyediakan kelengkapan awal bayi Tilam Kekabu Bayi, bantal newborn keluaran Little DJE
Dapatkannya di FB Barangan Bayi Dan Kanak-kanak 

******************************************************************************************************************

 



No comments: