Monday 12 January 2015

Hijab dan KPOP

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi



Isu remaja wanita yang berhijab dan artis KPOP sedang hangat dibicarakan. Gelagat artis KPOP dan remaja wanita yang berhijab berkenaan yang tidak sepatutnya berlaku. Sebagai seorang perempuan dan seorang ibu yang mempunyai anak perempuan, hati ini sangat terusik dengan apa yang telah berlaku. 

Masalah sosial sangatlah kritikal. Hijab tidak bersalah, tetapi akhlak diri sendiri yang bermasalah.Perlu dicegah dari awal dan perlu penawarnya. Persekitaran sekarang yang kebanyakkannya adalah hiburan semata-mata, konsert sana sini. Isu dadah dan sebagainya. Kebanyakkannya melibatkan anak-anak muda dan merosakan akhlak mereka.

Memikirkan cara yang sesuai untuk mendidik anak-anak samada lelaki atau perempuan agar mempunyai akhlak yang tinggi. Menanamkan rasa tidak suka ataupun benci kepada perkara-perkara yang boleh merosakan diri. Jika tiada permintaan, maka tiadalah penawaran.


Pandangan Dr Harlina adalah logic. Perlunya penyelesaian bukannya memberi kutukan yang tidak dapat menyedarkan remaja berkenaan. 

Dari sudut  pandangan Dr Harlina Siraj tentang isu ini, sumber Facebook.

Sebagai seorang ibu, Dr Har terpanggil untuk respon isu K-Pop dan anak2 remaja perempuan bertudung yang sedang hangat diperkatakan. Beberapa individu sudah hubungi Dr Har mohon sedikit komen dan pandangan.

Dr Har tiada di tempat kejadian dan tidak menyaksikan sendiri apa yang benar-benar berlaku. Dari apa yang ditayangkan dalam video clip 3 min tu, jelas nampak gelagat artis di atas pentas dengan beberapa peminat yg bertudung litup. Banyak interpretasi & telahan yang boleh dibuat. Dari kacamata seorang ibu, yang melihat dari perspektif agama, budaya dan adat sopan - gelagat tersebut amat kurang menyenangkan, menjolok mata dan menimbulkan rasa resah gundah gelana. Mungkin ianya biasa-biasa sahaja buat si artis itu sendiri,sementara anak2 remaja bertudung yg begitu teruja melihat artis pujaan di depan mata memberikan perhatian istimewa, peristiwa itu menjadi kenangan yg indah & istimewa.

Dr Har bertanya pada diri - apa yang akan Dr Har lakukan sekiranya yg terbabit itu adalah anak gadis Dr Har sendiri? Malahan, amat perlu Dr Har menganggap anak2 bertiga yang berkelakuan tersebut sebagai anak Dr Har sendiri.Memang mereka adalah anak-anak remaja Muslimah harapan dan kesayangan Dr Har sendiri!

PERTAMA : Dr Har akan memberi mereka peluang menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku semasa peristiwa kejadian. Dr Har mahu tengok video 3 min itu bersama2 dgn anak2 ini. 

KEDUA : Selepas itu - Dr Har mahu tahu apakah pandangan mereka mengenai perbuatan tersebut - ada tiga situasi pandangan:
i) Bangga dgn perbuatan itu & anggap riuh rendah di media sosial ini hanyalah disebabkan org lain yang jealous dan berfikiran sempit kuno.
ii) Menyesal dan malu dengan keterlanjuran dan kurang asertifnya mengatakan TIDAK kpd artis lelaki yang memperlakukan mereka begitu sekali.
iii) Tak rasa bersalah pun, peristiwa berlaku di luar jangkaan dan kawalan mereka.
KETIGA : kena tackle dari sudut pandangan anak2 remaja ini. Ini perlukan kemahiran keibubapaan yg tinggi dan bukan calang2.
i) Kalau bangga, ada sesuatu yang amat tidak kena dgn pendidikan nilai dan agama yg diperolehi anak2 terbabit selama ini, hingga berlaku kejahilan sebegitu rupa.
ii) Kalau rasa berdosa, malu dan menyesal - bertaubatlah, kerana Allah amat mencintai mereka yang bertaubat.
iii) Kalau bertindak sebegitu kerana rasa di luar kawalan diri - anak2 ini perlu diajar dengan cara berkomunikasi secara asertif & tegas (Assertive Communication) ...saying NO with diplomacy, hinggakan meraih rasa hormat org lain. Supaya tidak diperlakukan sebegitu sekali.
Wallahu a'lam


******************************************************************************************************************
Kami menyediakan kelengkapan awal bayi Tilam Kekabu Bayi, bantal newborn keluaran Little DJE
Dapatkannya di FB Barangan Bayi Dan Kanak-kanak 

******************************************************************************************************************


No comments: