Friday 1 August 2014

Perjalanan pulang beraya di kampung

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum

Rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan Salam Aidilfitri, semoga segala amalan kita di terima Allah.

Hari Sabtu adalah seharian perjalanan ke kampung Kuala Terengganu. Kami mengambil masa selama 12 jam untuk sampai ke destinasi. Kami telah menjangkakan akan berlaku kesesakan lalu lintas pada hari tersebut. Oleh itu Kami telah memilih jalan lama dari Gombak ke Bentong. Alhamdulillah dua jam perjalanan  kami telah sampai ke Bentong dan terus ke distinasi melalui LPT. Memandangkan waktu kemuncak, pastinya ke semua RnR penuh dengan orang ramai. Kami mengambil keputusan untuk exit ke tol Lancang untuk ke tandas, berehat sebentar serta menguruskan keperluan Shaima'. Kami berehat seketika di Tol Lancang. Ramai juga yang seperti kami di mana mereka berhenti untuk ke tandas. Selepas itu mereka akan membuat pusingan U untuk ke LPT. 

Kami meneruskan perjalanan ke destinasi . Kami terkandas 7km lagi ke exit tol Jabor. Ini kerana ramai pengguna jalan raya membuat pusingan U untuk ke Lebuhraya baru iaitu lebuhraya Cheneh. 

Kami mengambil keputusan untuk melalui Jalan Pantai, setelah merujuk keadaan lalu lintas di aplikasi waze. 

Antara tips yang boleh di praktikan ketika travel di waktu puncak adalah:


  • Pastikan minyak kenderaan mencukupi.
  • Mengenal pasti stesen minyak sepanjang melalui lebuhraya.
  • Berhenti di exit tol tempat yang sesuai. Kebiasaannya setiap exit tol konsensi lebuhraya ada menyediakan surau, tandas dan tempat menukar lampin bayi. 
  • Bawalah bekalan makanan sendiri. Jangan lupa sediakan tikar yang sesuai, tisu basah ataupun tisu kering.
  • Jangan menukar lampin bayi di dalam surau stesen minyak lebih lagi di waktu maghrib kerana kebiasaannya surau adalah kecil dan waktu puncak dimana waktu maghrib adalah singkat.






No comments: