Friday 29 August 2014

Kehadirannya Mengajar Kami Tentang Kehidupan.

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi




Usianya memasuki 18 bulan, cepatnya masa berlalu. Sebagai ibubapa, bermacam-macam perkara yang kami ingin mengajarnya. Mengajarnya menyebut perkataan yang sering digunakan seperti "umi", "ayah", "susu" dan sebagainya. Mengajarnya menyebut mengenai objek yang dilihat seperti "burung", "kucing", "lembu" dan "kapal terbang". Walaupun hanya sebutan belakang sahaja yang kedengaran, itu sudah menggembira kan hati kami.Tanpa kami sedari, dia juga mengajar kami tentang kehidupan.


Multitasking 
Sejak kehadiran si kecil, banyak pekara yang saya perlukan lakukan dalam satu masa. Menyambil dalam melaksanakan tugasan di rumah seperti memasak, sambil membasuh pakaian kotor, melayan si kecil bermain dan sebagainya. 

Mengatur Jadual Harian.
Si kecil mengajar saya supaya menyusun jadual harian, sebagaimana, dia sendiri mempunyai jadual tidur, menyusu, makan, bermain dan sebagainya. Begitu jugalah sebagai seorang ibu mengatur jadual harian tugasan di rumahnya untuk memastikan ke semuanya berada dalam keadaan yang baik.


Menjadi Lebih Peka
Melalui dia, kami belajar menjadi lebih peka dengan persekitaran. Peka dengan bentuk tangisannya, tangisan kelaparan, tangisan kepenatan, tangisan untuk tidur, tangisan kesakitan dan sebagainya. Mengenal pasti kelakuannya, perkara yang sedang dia lakukan, memunggah pampernya, bermain dengan kunci, memanjat tangga dan sebagainya.

Kebersihan dan Keselamatannya
Kebersihan dan keselamatan sekeliling menjadi keutamaan sejak kehadiranya. Memastikan segala peralatannya selamat digunakan serta kebersihannya terjamin. Selain itu menjadikan kami sentiasa menambah ilmu mengenai pelbagai perkara dari segi material, keselesaan, keselamatan peralatan, jenis pencuci lantai yang selamat untuk bayi, sabun untuk kulit sensitif dan sebagainya. Tisu basah sentiasa ada bersama ketika keluar daripada rumah untuk memastikan kebersihan di jaga.



No comments: