Tuesday 26 August 2014

Dilema Ibubapa Bekerja dengan Si Kecil yang Tidak Sihat

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum,



Perkara yang biasa berlaku di mana si kecil yang berusia setahun hingga dua tahun akan kerap demam ataupun tidak sihat. 

Apabila si kecil tidak sihat, pastinya ibubapa tidak akan hantar anak ke taska ataupun pengasuh.Siapakah yang perlu menjaganya ketika mereka tidak sihat? Inilah dilema yang dihadapi ibubapa yang bekerja.

Situasi kami, saya sebagai ibu perlu bertanggungjawab untuk menjaga si kecil kami. Ini kerana si kecil kami masih menyusu badan.

Sejak Januari tahun ini sehingga saat ini sahaja, acap kali Si kecil kami tidak sihat. Ketika itu jugalah sebagai ibu saya akan mengambil cuti untuk menjaganya. Hati seorang ibu pastinya gundah jika anak tidak sihat. 

Pada awal Januari yang lalu, demam yang berpanjangan menyebabkan Si kecil kami terpaksa di masukan di hospital selama 4 hari 3 malam.

Selang beberapa bulan di masukan ke hospital sekali lagi kerana kehilangan air di dalam badan di sebabkan ulser selama sehari.

Sebelum ketibaan Ramadhan, si kecil kami sekali mengalami masslah kesihatan. Beliau mengalami penyakit Tangan, kaki dan Mulut (hand, foot and mouth disease). 

Kanak yang mengidapi penyakit ini di larang untuk ke taska ataupun pengasuh selama seminggu. Perlu di asingkan dengan kanak-kanak yang lain. 

Ketika ini cuti saya semakin sedikit dan sangat kritikal. Saya dan suami sepakat untuk menjaganya secara bergilir. Situasi sebegini memerlukan kami berkerjasama sebagai satu kumpulan. Peranan suami sangat penting untuk keadaan sebegini. 

Suami pula kerja shift, oleh itu waktu kerjanya boleh ditukar bersama rakan sekerja yang lain. 

Saya mengambil cuti separuh hari, pada waktu pagi suami akan menjaga si kecil kami. Suami pula akan bekerja pada sesi petang.Selain itu suami akan mengambil cuti, memandangkan cuti saya semakin sedikit. Ketika ini suamilah yang bertanggungjawab untuk menjaga si kecil kami.

Sebagai ibubapa perlu lah bijak menggunakan cuti mereka ketika usia si kecil setahun sehingga dua tahun. Bersedialah untuk menggunakan cuti untuk kes kecemasan terutama melibatkan kesihatan si kecil.











No comments: