Thursday 28 August 2014

Kehidupan sebelum dan selepas mempunyai anak

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi



Kehidupan sebelum dan selepas mempunyai anak adalah sangat berbeza.Permata hati kami dilahirkan ketika 4 tahun usia perkahwinan kami. Perubahan yang sangat besar untuk kehidupan kami.

Masa Tidur
Sebelum mempunyai anak: kadang kala tidur awal dan kadang kala tidur lambat kerana menonton Midnite Movie. Mendapat tidur yang cukup, kadang kala menyambung tidur selepas subuh, lebih lagi pada hari minggu.

Selepas mempunyai anak:Tidur saya tidak seperti dulu, saya kerap terjaga kerana tangisan bayi saya untuk menyusukannya. Terpaksa bangun awal untuk mengepam susu sebagai bekalan dan menyediakan keperluan si kecil ke taska.

Masa Makan
Sebelum mempunyai anak: Dapat menikmati makanan lebih lagi makan diluar tanpa gangguan.

Selepas mempunyai anak: Makan secara bergilir-gilir terutamanya ketika makan di luar. Hampir jarang makan di luar kerana di rumah mudah untuk menguruskan kerenah si kecil.

Masa bersama rakan-rakan
Sebelum mempunyai anak: Ketika ini saya mempunyai masa bersantai bersama rakan-rakan, lebih-lebih lagi rakan-rakan yang masih bujang.

Selepas mempunyai anak: Masa saya tertumpu kepada menguruskan si kecil saya. Hanya akan bersama rakan-rakan dengan kehadiran suami, supaya anak kami lebih terjaga. Lebih-lebih lagi saya tidak yakin untuk memandu berdua dengan bayi saya.


Pakaian
Sebelum mempunyai anak: Tidak kisah material pakaian, yang penting cantik dan kemas. Menggosok pakaian tidak menjadi masalah kepada saya. Gemar membeli belah pakaian sendiri.

Selepas mempunyai anak:Kebanyakan pakaian dan tudung adalah daripada material yang tidak perlu digosok. Pakaian menyusu menjadi pilihan dan keutamaan.Kepantasan bersiap adalah penting bagi saya, lebih lagi di awal pagi untuk ke tempat kerja. Hanya pakaian anak menjadi keutamaan ketika membeli belah.

Bersenam
Sebelum mempunyai anak: Kebiasaanya mempunyai masa untuk bersenam terutamanya berlari berdua-duan di taman rekreasi ataupun pergi ke kelas berenang bersama rakan-rakan.

Selepas mempunyai anak: Masa untuk bersenam sangat terhad. Tiada lagi masa untuk berlari berdua, terpaksa bergilir-gilir untuk berlari di taman rekreasi, sementara seorang lagi akan bermain bersama anak di taman permainan yang di sediakan.

Kehidupan.
Sebelum mempunyai anak:Kehidupan saya lebih santai, hanya perlu menjaga diri sendiri dan suami. Bebas untuk bergerak dan membuat apa sahaja.

Selepas mempunyai anak: Kehidupan saya lebih bermakna dan lebih gembira, walaupun keletihan menguruskan rumah tangga dan keperluan anak. Saya tetap bersyukur dengan segala rezeki yang di beri.



No comments: