Monday, 19 December 2016

KEBAIKAN MELUANGKAN MASA BERSAMA ANAK-ANAK



Luangkan masa berkualiti hanya berdua dengan anak-anak. Hanya berdua tau. Ibu dengan Kakak atau abang atau adik. Apabila keluar berdua barulah ikatan hubungan itu lebih akrab. Macam-macam kerenah anak-anak yang ibu ketahui. 

selain itu memberi ruang kepada mereka untuk meluahkan perasaannya.
.
Manfaatnya adalah:
.
  • Si manja meluahkan perasaan dengan sendirinya.
    • Apabila si manja meluahkan perasaan suka, duka kepada anda. Mereka sebenarnya percaya kepada anda. Kualiti sesuatu perhubungan adalah apabila si manja menyatakan perasaan hatinya. 
    • Si manja memerlukan keberanian untuk memberitahu sesuatu rahsia kepada seseorang terutamanya yang besifat memalukan, apa yang mereka suka dan tidak suka. 
    • Ibubapa haruslah berlapang dada dan menjadi pendengar yang baik.
    • Ibubapa perlu meraih kepercayaan si manja, agar mereka tidak mencari orang lain untuk meluahkan perasaanya ataupun memberitahu sesuatu rahsia.  
    • Kualiti Perhubungan antara ibubapa yang perlu disemai dalam hati si manja.
    • Manfaat si manja meluahkan perasaanya adalah ibubapa dapat memantau tingkah laku si manja, mengetahui sesuatu perkara yang elok atau tidak elok sedang berlaku. Maka sebagai ibubapa tindakan awal dapat di lakukan.
  • Anak-anak berkongsi cerita 
    • Si manja selesa bercerita dengan ibubapa. Konsep yang sama seperti point di atas.
    • Sebagai ibu bapa dapat menyelami hati si manja. 
  • Mengetahui minat anak-anak
    • Dapat Merancang kehidupan anak-anak melalui minat mereka.
    • Mungkin ibubapa boleh menghantar mereka ke kelas berdasarkan minat mereka.
    • Membantu mereka dalam perkara yang mereka tidak mahir.  
  • Menyerap sifat simpati di dalam diri anak-anak.
    • Apabila si manja keluar berdua bersama ibu atau ayah. Mereka mudah simpati terhadap anak beradik mereka yang lain.
    • Di sini kita akan dapat melihat hubungan adik beradik lebih akrab.
    • Mereka akan lebih melindungi antara satu sama lain.  
  • Mendidik diri ibubapa sifat sabar.
    • Ibu dan ayah juga akan terdidik dengan sifat sabar.
    • Dengan mengenali perangai si manja lebih mudah ibu dan ayah untuk bertindak. 




Monday, 12 December 2016

TIPS MENDIDIK ANAK PEREMPUAN




Kasih Sayang yang Melimpah Ruah daripada Seorang lelaki iaitu Ayah.

Ayah tolongggglah pastikan anak perempuan anda mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada seorang lelaki iaitu AYAH. Jadi "sweet talker" pun tidak mengapa. Pujilah kecantikan si anak. Pakaian si anak. Supaya anak perempuan tidak menagih kasih sayang seorang lelaki lain sebelum tiba masanya. Sebab dia akan tahu ayah dia pun seorang yang lebih "ROMANTIK" daripada lelaki lain.

Anak perlu selalu di puji.

Puji juga kebaikkan si anak ye. Pujilah jika dia menyusun kasut ke. Tolong jagakan adik ketika Ibu dan ayah sedang solat. Apa sahaja kebaikkan yang dia lakukan.

Galakkan anak menolong Ibu melakukan Kerja Rumah.

Anak perempuan terutamanya perlu diajarkan untuk melakukan kerja rumah. Anak lelaki pun perlu juga supaya mereka sentias membantu antara satu sama lain. Umur 2 tahun lebih sudah boleh di ajarkan mereka kerja rumah yang mudah seperti meletakkan kain baju kotor di dalam bakul dobi.

Didik mereka tentang Solat.

Sudah tentu mereka tidak faham tentang solat. Namun, si manja selalunya akan suka mendengar azr. Bagitahu mereka itu adalah azan untuk solat zohor. Berkata benar walaupun tidak tepat. Solat bersama mereka. "offkoslah" mereka akan menggangu kita sedang solat. sekejap bergayut di kaki ayah, kejap- kejap panjat belakang ayah. Layankan lah kerenah mereka. Semakin mereka membesar kita selitka sedikit demi sedikit peraturan solat. Contohnya tidak boleh berbuat bising.  Tidak boleh lalu dihadapan orang yang tengah solat. Tak perlu memaksa mereka untuk solat. Lama kelamaan mereka akan faham. Amalkan membaca suruh pendek terutama 3 Qul bersama anak-anak secara santai. Lama kelamaan mereka akan serap perkara yang berlaku disekelilingnya. Tiba-tiba mereka boleh menghafal fatiha, 3 Qul. Sudah ada basic Solat di situ.







Monday, 5 December 2016

AIS CREAM DAN ANAK-ANAK




Seronoknya bila melihat anak-anak menikmati ice cream. Mimik muka comel-comel belaka apabila mereka bertindak balas dengan kesejukan ice cream. Riang gembira mereka menikmati ice cream.

Ice cream pun mula mencair. Mengotorkan tangan si anak. Di lap pula tangannya di baju. 
Rasa nak menangis bila melihat baju baru warna putih di kotori dengan ice cream. Mulut mak ayah tak terkawal lagi mulalah berdondang sayang dengan volume tinggi.

Proses ice cream yang berlaku itu sebenarkan telah merangsangkan minda anak-anak untuk berfikir.
Automatik minda anak akan menghantar signal memberitahu bahawa ice cream ini boleh cair. Rasanya sejuk. Baju ini boleh bertukar warna. Minda anak-anak sedang di proses melalui pengalaman mereka hanya dengan makan ice cream. Sebenarnya mereka sedang explore.

Kita inginkan anak yang cemerlang. Benarkan mereka explore sendiri daripada pengalaman mereka. Sebagai orang dewasa dan ibubapa kita membantu mereka dengan menasihati secara harmorni.



Mungkin anda sedang mencari peralatan bantu mengajar anak-anak, boleh singgah di kedai online kami



Monday, 28 November 2016

BONDING TIME DENGAN ANAK-ANAK




Sebagai ibubapa mithali kadang kala tidak perlu serius sangat dengan perangai anak. Walaupun dia tumpahkan teh tarik di tudung kita. Untuk mengawal kemarahan, tukar position ketika itu. Jika duduk, bangun dan berjalan ke tempat lain bersihkan tumpahan air di tudung. Jika berdiri, cari tempat untuk duduk atau cari tempat bersihkan tudung. 

Dengan menukar kedudukan ketika itu, secara perlahan emosi juga akan berubah. Perasaan marah juga beransur-ansur reda.

Ya, hati perlu kental. Anak tantrum, ibu ayah jangan tantrum sama. Ibu dan ayah perlu bertenang, walaupun hati macam gunung berapi hendak meletup.

Yang penting perlu ada bonding time dengan anak-anak. Tidak kisahlah bawa berjalan ke Mall, Taman Permainan mahupun ke rumah nenek dan atok mereka. Bermain di rumah juga aktiviti yang menyeronokkan.



Mungkin anda sedang mencari peralatan bantu mengajar anak-anak, boleh singgah di kedai online kami







Monday, 21 November 2016

BERKATA YANG BAIK-BAIK SAHAJA SEBELUM ANAK TIDUR




Sebelum tidur lakukanlah perkara yang baik-baik sahaja:

Umi doakan Kakak' menjadi kakak yang baik.
Umi bangga Kakak' dah pandai membaca Surah An-Nas
kakak yang hebat sebab pandai menjaga adik.
Umi suka Kakak cakap lembut-lembut.
Umi sayang kakak.

Saturday, 19 November 2016

PERKARA YANG PERLU DAN TIDAK PERLU DILAKUKAN SEBELUM ANAK-ANAK TIDUR.



Sebelum anak-anak tidur elakkan perkara Negatif seperti:-
  • Memarahi anak-anak 
  • Menyebut perkataan negative 
  • Menonton cerita negative. 
  • dan semua perkara yang negative.

Masukkan perkara-perkara Positif di minda mereka.
  • Meluahkan perkataan sayang kepada mereka
  • Memuji kebaikkan yang mereka lakukan.
  • Masa yang sesuai untuk menasihati anak-anak.

MENGAJI DENGAN SERONOK
Minda anak-anak mudah menerima apa yang mereka DENGAR, LIHAT, RASA DAN FIKIR ketika sedang proses untuk tidur. Ini kerana ketika ini mereka berada di dalam keadaan MINDA SEPARA SEDAR.

Perkara positif dan negatif ini akan mempengaruhi EMOSI mereka keesokkan harinya. 


Thursday, 10 November 2016

JADI AYAH KENA LAH POWER!!



Ayah yang hebat. Kisah Inspirasi. Hubungan yang sangattttt hebat antara ayah dan anak. 
Dewasanya anak dengan didikan dan kasih sayang ayah dan ibu. Membesar dengan penuh kasih sayang. 

Kisah mengajar anak supaya mereka bijak menguruskan kehidupan. Berdikari dan pandai membawa diri dengan apa jua situasi.




___________________________________________________________________
JADI AYAH KENA LAH POWER!!
Pepatah Melayu yang terkenal ada menyebut, “Melentur biarlah waktu rebung”. Mengingatkan kita supaya mengajar anak-anak biarlah selagi kecil, mudah di bentuk dan membawa kesan hingga alam dewasa. 

Ini kisah Calum Neff, mat saleh dari Kanada yang baru sahaja memecah rekod lelaki terpantas berlari menghabiskan larian 42 KM (full marathon) dengan menolak stroller pada 16 October 2016. 

Power betul! Beliau menamatkan larian dalam masa 2 jam 31 minit 22 saat dalam acara Scotiabank Toronto Waterfront Marathon, sekaligus memadam rekod sebelum ini dengan 11 minit lebih awal. 

Di samping itu, Calum juga memegang rekod lelaki paling pantas berlari menolak stroller sejauh 21 KM dalam acara lumba lari Katy Half Marathon dengan catatan masa 1 jam 11 minit 27 saat pada bulan Februari yang lalu. Dan dia melakukan dengan anaknya yang bongsu yang baru saja berumur 1 tahun.

Ayoh yang lari bawa perut ni pun tak dapat nak cecah kelajuan (baca: pace) 5 min/km, tapi brader ni lari mencecah pace 3.5 min/km secara purata. Siap boleh tolak stroller lagi tu. Anak dia mesti rasa laju macam naik motor.

Oh lupa, anak perempuan sulung, Alessandra Neff berumur 4 tahun semasa menamatkan larian FM ini, dan dia membesar dan berlatih berlari bersama dengan ayahnya sejak kecil lagi.

Calum sendiri semasa zaman kanak-kanak telah didedahkan dengan sukan larian oleh ayahnya sendiri sejak berumur 4 tahun lagi di mana dia bermula dengan acara lumba lari sejauh 1 KM. Sekarang dia sendiri membawa anaknya berlari bersama-sama. 






RONELLA BALM BABY SERIES 


RONELLA COOLIO ESSENTIAL OIL FUNGSINYA MEREDAKAN SUHU DEMAM

BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN KOLEKSI RONELLA BABY SERIES?


Thursday, 6 October 2016

Masa yang sesuai untuk mengajar anak-anak



Bukan senang untuk menjadi ibu mithali. Namun liku-liku kehidupan itu indah tersemat sebagai memori.

Ada ketikanya ibu mithali perlu bertukar watak menjadi guru yang garang atau lemah lembut.

Kalau nak jadi guru lemah lembut, sediakan:
1) Rutinkan dan displinkan waktu belajar. 
2) Waktu yang sesuai adalah ketika si manja ceria, cergas dan cerdas.

Elakkan mengajar si manja dengan 3 keadaan berikut
1) ketika si manja mengantuk, 
2) melakukan aktiviti lasak
3) menonton cerita yang berat.

Perkara tadi untuk mengelakkan ibu mithali bertukar hijau dan menjadi guru yang garang.
Garang-garang anak pun tak ada mood nak belajar. Anak pun mudah memberontak. Jadilah ibu mithali ye .

Panduan ini sesuai di aplikasikan untuk mengajar anak-anak mengaji.
 






Ibuuuu, alat bantuan mengajar mengaji ini sangat membantu. klik disini ye





 
Nayla 2.0 labuh bidang 60.

Ibu mithali tak perlu nak melilit shawl beriye. Dengan Nayla Shawl tak sampai 10 saat pun dah boleh bersiap. Untuk ibu-ibu sahaja ke? Eh, eh yang bujang pun REKEMEND sangat. 
Labuh bidan 60. Yang berbadan kecik boleh adjusst kelabuhan shawl itew.

Jom pilih warna di sini Nayla 2.0


Friday, 23 September 2016

5 Barangan Penyebab Rumah Anda Bersepah.



Rumah yang bersepah menyemakkan pemandangan, menyemakkan kepala, ibu dan ayah mudah tertekan. Lelah mencari barangan yang diperlukan. 

5 Barangan Penyebab Rumah Anda Bersepah. Silahlah nyahkan untuk memiliki rumah yang lebih kemas dan bertambah harmoni.

  1. Pakaian yang tidak muat dipakai. Jualkan sebagai preloved, sedekahkan atau buang.
  2. Jual atau sedekahkan barangan yang tidak disukai termasuk hadiah yang diperolehi. Kebanyakkanya hadiah perkahwinan.
  3. Kitar semula surat khabar lama dan kertas lama ke pusat Kitar Semula. ataupun sedekah sahaja kepada orang yang mengangkut sampah. Mereka akan mengumpulkan barangan yang boleh dikitar Semula.
  4. Memiliki barangan yang sama. Pilih satu sahaja, yang lagi satu berikan kepada orang lain.
  5. Barangan yang rosak terutamanya mainan anak-anak dan juga barangan yang perlu dibiaki dengan kos yang mahal.








YEAR END SALE: JUALAN COMBO 



Thursday, 15 September 2016

BUKU MAGIC UNTUK MEWARNA


Gambar: Page FB Barangan keperluan Bayi & Kanak-kanak


Mewarna dengan seronok. Akhirnya senyuman seindah warna-warna pelangi indah anak dan juga ibu ayah.

Lihatlah sendiri anak Diana Amir mewarna buku magic ketika progam Umi&Abi di Astro Oasis. Warna-warna terus jadi cantik. Magic kan. Sedut air dengan berus magic. Kemudian warnakan. Taraaa, siap dah warna gambar gajah. Terus cantik. 

Ibu ayah pun boleh turut serta. Sambil anak mewarna, ibuayah berceritalah dengan gaya serta intonasi yang menarik. Barulah anak seronok mewarna. Dah tak pandang gadget. Dah boleh say "bye,bye". Bestkan.

Boleh guna berulang kali. Jimat poket ibuayah. 

REKEMEND untuk anak-anak yang baru berjinak-jianak untuk mewarna. Asah motor sklill memegang berus. Sudah mahir, ibu ayah upgradelah ke berus mewarna yang biasa bersama water color, selepas itu upgrade ke pensel mewarna, upgrade dan upgrade lagi skill anak-anak sehingga mereka pandai melukis.

Anak happy, satu family happyyyy.




Wednesday, 14 September 2016

5 AKTIVITI CUTI SEKOLAH



Cuti sekolah kadang kala idea jadi tepu, beku. Cuaca diharapkan cerah sepanjang hari, namun hujan dipertengahannya. Banyak aktiviti luar yang terpaksa di batalkan.

Saranan aktiviti cuti sekolah.:

  1. Permainan Pasir Ajaib. Ibu mithali perlu bijak pasang strategi. Walaupun tidak bermain di tepian pantai, namun aktiviti ini seronok bermain di rumah. Tersangat seronok, tidak terkata. Ibu juga akan mengalami keletihan, namun ibu juga akan seronok. Ibu lapiklah plastik atau tikar arimatik untuk anak bermain pasir. paling mudah bermain di kawasan luar rumah. Kebarangkalian untuk keadaan sekeliling berpasir adalah sangat tinggi. Sebelum bermain pasir, berikan taklimat kepada anak-anak, moga mereka mengikut arahan dengan baik sekali.
  2. Aktiviti melukis dan mewarna. Serlahkan kreativiti si kecil seluas-luasnya. Izinkan mereka berkarya. Jika beraktiviti dengan warna air, alaslah dengan plastik atau tikar arimatik. Keterujaan si kecil luar jangkaan. Mereka leka dengan dunia yang mereka cipta. Mewarna dengan bersama warna pelangi nan indah. Mereka ralit. Ibu tidak perlu risau biarkan mereka berkarya. Kalau ibu tidak mahu renyah, guna sahaja BUKU MEWARNA MAGIC. Tahap kelecakan warna-warna pelangi dapat diatasi.
  3. Sertai Kem Motivasi/ Kem Ibadah. Kebiasaanya aktiviti ini adalah seharian. Mereka memperolehi kemahiran bersosial bersama rakan-rakan. Membina ukhuwah, memberi pandangan masing-masing terhadap aktiviti yang dilakukan. Fasilitator pula memainkan peranan memberi nasihat, petunjuk dan juga sebagai kaunselor. 
  4.  Belajar Memasak . samada belajar memasak di rumah ataupun memasuki kelas memasak. Belajar memasak mengajar anak-anak survivor dalam kehidupan mendatang.  
  5. Berkunjung ke Zoo, anak-anak dapat melihat haiwan secara "live". Kebiasaanya hanya melihat di televisyen, gadget, buku ataupun 4D flash card. Pastinya ini adalah pengalaman yang mereka tidak dapat lupakan.
Biar apa pun aktivitinya, semoga anak-anak membesar dengan cergas dan cerdas.



kunjungi Kedia Online Kami

http://huzaimahbasar.blogspot.my/p/produk.html 

Like FB Page 
https://www.facebook.com/Huzmaco-1691912231062013/?fref=ts

Shawl idamaan Malaya. Klik Like
https://www.facebook.com/Huzmaco-1691912231062013/?fref=ts  




Tuesday, 5 July 2016

Panduan Beraya Bersama Si Kecil.


 
Syawal menjelma kemeriahan di rasa. Seronok melihat ibu ayah dan si kecil berpakaian sedondon. Si kecil lebih meriah ketika beraya. Namun kemeriahan itu kadang kala tidak lama. Mereka akan mula meragam. Ibu dan ayah pun tidak keruan untuk berborak dengan tuan rumah. Apatah lagi untuk menikmati jaudah hari raya.
  
Sentap apabila melihat aksi si kecil ketika berada di rumah orang. Ibu dan ayah terpaksa bermuka tebal kerana gelagat si kecil. Halakan jari ke diri sendiri duhai ibu, duhai ayah.  

Sebelum beraya, NASIHATILAH mereka adab ketika berada di rumah orang. Nasihat demi nasihat, makin lama nasihat akan di proses bersama sel-sel otak yang sedang berhubung. persediaan mental kata orang. Tiadalah adegan berubah menjadi hijau, bermuka tebal.

Sayu melihat si kecil dengan rengekan dan tangisan yang memecahkan perbualan ibu ayah bersama tuan rumah. Pakaian yang di gayakan pun sudah tidak terurus. Ibulah yang paling tidak senang dengan ragam si kecil. Rupanya anak itu kepanasan. Badan pun sudah tidak selesa kerana peluh. 

Sedia maklum beraya mengambil masa sehari untuk mengunjungi satu rumah ke satu rumah yang lain.Duhai ibu, duhai ayah anak mu tidak selesa dengan diri mereka. Kulit mereka kegatalan kerana berpeluh. Fahamilah isi hati mereka.

Biarlah harga PAKAIAN itu mahal atau murah yang penting si kecil selesa memakainya. 
Biarlah pakaian itu di basahi peluh, yang penting kulit si kecil terpelihara.
Lebih baik sediakan pakaian tambahan daripada fabrik kapas supaya si kecil dapat menikmati hari raya dengan meriah.
Ibu dan ayah juga meriah berborak dan menikmati jaudah hari raya.

Tidak mengapa mengeluarkan sedikit wang untuk pakaian yang selesa untuk si kecil. 
Matlamat utama supaya si kecil selesa dengan pakaiannya. Si kecil gembira berhari raya dan gembira bermain bersama sanak saudara seusia. Sediakan, dua helai pakaian yang selesa untuk mereka. Jika mampu sediakan lebih. 

Raikan si kecil, HADIAHKAN mereka permainan yang mereka suka. Biar kecil, yang penting mudah di bawa. Kad Imbas permianan yang mudah, senang menyelit di dalam beg tangan ibu.

SELAMAT HARI RAYA, RAKAMKAN KEGEMBIRAAN RAYA SI KECIL SUPAYA SENTIASA MENJADI INGATAN SEPANJANG HAYAT.


Tuesday, 21 June 2016

Tips Membawa Anak Kecil Ke Masjid




Nak gelak ke nak Sentap. Kerana kebisingan anak-anak, mereka tidak dibenarkan ke surau.
Anak Kak Ema bila dah jumpa geng aka sepupu terdekat memang meriahlah sekampung. 
Nama pun budak kecil. Bermain adalah hak mereka.

Takpelah Kak Ema faham. So Kak Ema nak kongsi tips membawa anak kecil ke masjid ketika terawih.

Tips Bawa Anak Kecil Ke Masjid
1)Pilih masjid/surau yang kurang jemaah.
2)Pilih saf di hujung & belakang sekali.
-Kak Ema akan tunggu jemaah muslimat penuhkan ruangan saf hadapan. Kak Ema akan duduk dibelakang sekali dan paling hujung. Mudah nak memantau pergerakan anak-anak.

3)Bawa buku aktiviti seperti buku mewarna, kertas untuk melukis, bussy book. Ataupun mainan yang mudah di bawa seperti anak patung, permanan blok yang kecil.
4)Melatih dari usia awal dengan membawa anak kecil ke masjid/surau.
-En suami rajin bawa anak dara tu ke surau. Bacaan fatiha pun dah pandai sikit-sikit. Umi dia ajar asik kena sailang.

5)Pilih masjid mesra kanak-kanak.
-Surau rumah Kak Ema cenggini 👍🏻👍🏻. Mungkin dah ditarbiyah oleh Imam muda Asyraf bulan Ramadhan tahun-tahun lepas mengenai kepentingan kehadiran anak-anak kecil ke surau.

6)Peka dengan persekitaran & awasi anak-anak.
-kalau anak-anak bising, mak-mak segeralah bertindak. Tinggal sekejap solat sunat terawih tue. Moga anak-anak tidak mengganggu jemaah yang lain.

Monday, 20 June 2016

Panduan untuk Anak kembung/Cirit biri





Apabila kakak demam. Lumpuh segala operasi. Kembung perut, angin sampai ke kepala.Sejak pagi semalam mengadu pening kepala. Ingatkan pening kurang tidur, kerana malam sebelum itu main sepuasnya dengan sepupu sampai lewat malam.

Pagi sabtu sepatutnya adik perlu berjumpa doktor untuk rawatan susulan bronchitis dan vaksin setahun. Alhamdulillah semuanya baik-baik. Kakak nampak tidak bermaya. Tiada selera untuk makan dan minum.

Urut-urut, umi yang sendawa. Selepas urusan adik selesai terus bawa Kakak berjumpa doktor. Kami risau kerana Kakak mengadu sakit perut. Ketika rawatan Kakak  terus muntah dan tidak bermaya. 

Percubaan bubur nasi tidak berjaya. Sedikit sahaja yang dijamahnya. Sebelum ke rumah nenek singgah membeli buah kegemarannya anggur dan strawberi. Alhamdulillah, lebih sepuluh biji di makannya. selepas itu kembali tiada selera. Air pun sedikit sahaja yang di minumnya.

Malamnya pula muntah di katil nenek. Sorry nenek tak sengaja.
Makan minum tak lalu. Sekarang ini tidur & tidur lagi. Masak mee kicap dan nasi bubur pun tiada selera makan. Meragam kerana pening kepala.

Menjelang asar, kelihatan Kakak selera untuk makan mee kicap dan sedikit biskut. Sudah mula bertenaga. Mula bermain bersama sepupunya. Riang gembira bermain hujan. Makan juga bertambah selera.

Alhamdulillah sudah kembali normal. 


Panduan untuk Anak kembung/Cirit birit
  • Pastikan anak minum air masak
  • Elakkan minuman bersusu
  • Makan buah-buah
  • Kismis
  • Kurma 



BALM PENJAGAAN UNTUK SI COMEL ANDA.
MAKLUMAT LANJUT KLIK LINK INI
RONELLA BABY BALM SERIES


  

Wednesday, 15 June 2016

Pesan Ayah




Dulu masa muda mudi, terasa macam nak pakai tudung labuh. Melihat rakan-rakan gigih menjahit tudung labuh. Bertambah tertarik lagi apabila mereka memakainya, tersangatlah cantik.

Arwah ayah pernah berpesan bila bertudung lebih lagi tudung labuh. AKHLAK kena jaga.
Erm, Hasrat diperam. Jadilah diriku seorang pemakai tudung bawal yang tegar.

Dikelilingi sahabat yang positif menjadikan hasrat yang diperam menjadi ranum.
Saja cuba-cuba juga pakai tudung labuh bidang 60. Rasa happpy sangat.Dulu tudung labuh sangat sukar untuk diperolehi. Terutamanya tudung instant. Susah sangat untuk di ketemuinya.

Tetapi sekarang, tudung labuh banyak sangat. Bertambahlah berbunga-bunga di taman hati ini. Boleh tambah koleksi almari. Boleh beli untuk mak, mak mertua, adik- beradik dan rakan-rakan. Tidak mengapalah mahal sedikit, yang penting tidak jarang dan labuh. Bonus bila sarung sahaja sudah kelihatan kemas dan cantik. 

Sekarang ini banyak yang segera (baca: instant). Tudung instant pun ada. Kelahiran tudung instant sudah boleh menyelesaikan masalah kaum hawa yang perlu bersiap cepat terutamanya untuk ke pejabat. Kaum bapa pun tersenyum. Kalau tidak sebelum ini terpaksa bersabar dengan kerenah si isteri yang terpaksa berdiri lama di cermin semata-mata untuk menggayakan shawl.

Namun apakan daya, diri ini masih seorang pendosa. Maafkan lah saya jika tidak dapat memenuhi ciri-ciri pencinta tudung labuh.

Saya masih menggali ilmu, memperbaiki diri. Pesanan arwah ayah masih lagi melekat di minda saya.

Terima Kasih ayah. Semoga tenang di sana. Kita jumpa di syurga nanti insyAllah.
Al-fatiha untuk ayah tercinta.

Monday, 13 June 2016

Bagaimana memujuk anak kecil makan sayur.




6 tips untuk menggalakkan anak makan sayur.

1) Letakkan sayur di dalam pinggan
Sajikan sayuran di pinggan anak setiap kali waktu makan. Namun jika si kecil masih menolak hidangan sayur, jangan putus asa.

2) Bercerita mengenai kebaikan sayuran.
Cerita mengenai kebaikan memakan sayur. Apabila mereka sentiasa mendengar, lama kelamaan mereka akan tertarik untuk makan. Contohnya:
Sayur lobak merah baik untuk mata. Senang kakak nak baca kad imbas alif ba ta nanti.
Makan sayur, boleh lari laju badan pun kuat.
kakak jatuh ke? kalau kakak makan sayur kakak lebih kuat ada tenaga barulah tak jatuh.
Kaki kakak luka? Makan sayur, luka cepat baik boleh main. 

3) Kenalkan sayur-sayuran.
Pastikan sayur juga berada dalam senarai dapur anda. Kenalkan sayuran kepada anak anda ketika membeli belah di pasar raya ataupun pasar tani. 

4) Ajak anak anda siapkan makan 
Di rumah juga anda boleh mengajak anak anda bersama-sama dalam menyiapkan hidangan makanan. Tugasankan anak anda mencuci sayuran. Ceritakan menu sayuran yang anda akan masak. Cara ini dapat menarik anak-anak dengan sayuran.

5) Beri contoh yang baik.
Anda sendiri perlu memberi contoh yang baik. Tunjukan bahawa anda sendiri gembira menikmati hidangan sayuran.


6) Tawarkan kepada mereka pelbagai jenis sayuran.
Tawarkan pelbagai jenis sayuran ataupun sayur yang mereka gemar. Anda perlu bersabar kerana mereka mungkin kan menolaknya. Jangan paksa mereka. Dikhuatiri jika terlampau extrem menjadi trauma.


 


Friday, 10 June 2016

Tips mudah tidurkan anak.



Sukar tidurkan anak di awal waktu? 4 panduan untuk menidurkan si kecil.

1) Bermain sehingga keletihan
Pastikan anak-anak bermain sehingga puas. Lompat bintang, melukis, mewarna, permainan blok kayu, bermain pasir ajaib dan sebagainya. Mereka kebiasaanya akan memberi tanda-tanda untuk tidur. Awas jangan beri anak anda bermian Gajet. Akibatnya anak masih segar dan pasti akan tidur lewat.

2) Waktu tidur yang sama.
Bina waktu tidur untuk anak-anak. Apabila mempunyai jadual waktu tidur yang sama ianya akan menjadi satu rutin. 

3) Suasana sunyi
 Suasana yang sunyi mendmaikan anak-anak. Hentikan segala aktiviti yang menggangu anak untuk tidur.Teman anak-anak tidur, sambil menepuk belakangnya sehingga tidur.

4) Sediakan Lampu bilik yang Malap.
Sediakan tempat tidur yang suram untuk membantu anak-anak untuk tidur.




Klik Link di sini  untuk melihat produk kami http://huzaimahbasar.blogspot.my/p/produk.html




Sunday, 22 May 2016

BUKAN PNEUMONIA TETAPI BRONCHITIS



Alhamdulillah setelah berjumpa pakar kanak-kanak, barulah lega hati ini. Doktor mengesahkan bukan pneumonia tetapi bronchitis. Symptoms pneumonia adalah demam berterusan. Memandangkan hari Khamis malam adik tidak deman, bermakna bukan pneumonia. 

Tetapi adik perlu di tahan di wad untuk rawatan susulan. Kahak yang banyak di hidung menyukarkan adik untuk bernafas. Dia akan bernafas menggunakan mulut untun mencari posisi yang selesa untuk beradu. 

Hari pertama di tahan ke wad HDU ( High Dependency Unit). Adik perlu dibawah pemerhatian. Perlu diberi rawatan nebulizer setiap 2 jam sehari dan memastikan oksigen mencukupi. Mencabar dan mengerikan. 

PNEUMONIA



KISAH KHAMIS YANG LEPAS

Malam tadi rasa berdebar sangat. Sedih, kecewa, terkilan semualah perasaan yang tidak enak.

Hati ini remuk. Seolah-olah kepala ini di hempap  satu batu yang bersaiz besar.

Malam tadi doktor dianogsis Si Hero pneumonia dan memerlukan rawatan di hospital.

Agak kecewa apabila dimaklumkan semua bilik adalah penuh. Rasa macam hendak hempuk meja. 

Sudahnya kami pulang ke rumah dengan senyuman yang kelat. Kenalah monitor si Hero di rumah sahaja.

Pagi ini (Jumaat) kami jumpa pakar kanak-kanak untuk rawatan susulan. Moga ada bilik yang 'available'.

Umi doakan Hero cepat sembuh. Membesar bagaikan juara.

Thursday, 12 May 2016

Pembelajaran daripada Bongkah Kayu



Sebelum usianya menjangkau 3 tahun,  si kecil hanya pegang, campak ke lantai sambil mengamati alunan muzik yang terjadi. Setelah mereka selesai berkenalan dengan bongkah kayu, mereka akan mula bermain dengan menyusun di lantai, susun secara bertingkat dan memahami konsep size.

Interaksi dua hala membantu anak-anak membina keyakinan diri. Binaan bongkah kayu yang di susun secara bertingkat memberi makna kepada si kecil. Kejayaan menyusun bongkah kayu melahirkan emosi si kecil. Mereka akan lebih fokus untuk menjayakan apa yang sedang dilakukannya. Kejayaan dalam pembinaan bongkah kayu yang bertingkat memberi makna kepada si kecil.

Di tahap ini, binaan bongkah kayu akan menjadi lebih kreatif seperti membina rumah, keretapi, pagar dan sebagainya. Apabila bergabung dengan objek atau permainan yang lain seperti playdoh atau Kinetic Sand, hasilnya lebih menakjubkan. 

Sesuai di mainkan bersama keluarga atau bersama rakan sebaya yang lain. Permainan ini juga membina kosa kata baru apabila dimainkan beramai-ramai seperti susun, tinggi, rendah, jatuh, dan sebagainya.


Klik Link di sini  untuk melihat produk kami http://huzaimahbasar.blogspot.my/p/produk.html