Wednesday 15 June 2016

Pesan Ayah

Teks: Huzaimah Basar


Dulu masa muda mudi, terasa macam nak pakai tudung labuh. Melihat rakan-rakan gigih menjahit tudung labuh. Bertambah tertarik lagi apabila mereka memakainya, tersangatlah cantik.

Arwah ayah pernah berpesan bila bertudung lebih lagi tudung labuh. AKHLAK kena jaga.
Erm, Hasrat diperam. Jadilah diriku seorang pemakai tudung bawal yang tegar.

Dikelilingi sahabat yang positif menjadikan hasrat yang diperam menjadi ranum.
Saja cuba-cuba juga pakai tudung labuh bidang 60. Rasa happpy sangat.Dulu tudung labuh sangat sukar untuk diperolehi. Terutamanya tudung instant. Susah sangat untuk di ketemuinya.

Tetapi sekarang, tudung labuh banyak sangat. Bertambahlah berbunga-bunga di taman hati ini. Boleh tambah koleksi almari. Boleh beli untuk mak, mak mertua, adik- beradik dan rakan-rakan. Tidak mengapalah mahal sedikit, yang penting tidak jarang dan labuh. Bonus bila sarung sahaja sudah kelihatan kemas dan cantik. 

Sekarang ini banyak yang segera (baca: instant). Tudung instant pun ada. Kelahiran tudung instant sudah boleh menyelesaikan masalah kaum hawa yang perlu bersiap cepat terutamanya untuk ke pejabat. Kaum bapa pun tersenyum. Kalau tidak sebelum ini terpaksa bersabar dengan kerenah si isteri yang terpaksa berdiri lama di cermin semata-mata untuk menggayakan shawl.

Namun apakan daya, diri ini masih seorang pendosa. Maafkan lah saya jika tidak dapat memenuhi ciri-ciri pencinta tudung labuh.

Saya masih menggali ilmu, memperbaiki diri. Pesanan arwah ayah masih lagi melekat di minda saya.

Terima Kasih ayah. Semoga tenang di sana. Kita jumpa di syurga nanti insyAllah.
Al-fatiha untuk ayah tercinta.


No comments: