Tuesday 17 November 2015

Tip mengajar anak menghafal al-Quran

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi

Mengapa perlunya mendidik anak-anak menghafal al-quran? 
Matlamat utama kami  adalah:
💖 sebagai ibu bapa mahukan anak-anak solat lima waktu sehari ketika berumur 7 tahun. 
💖 Untuk memenuhi rukun islam yang ke 2 iaitu solat 5 waktu.
💖 Untuk memenuhi juga rukun islam yang pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah.

Langkah permulaan seusia bayi sehinggalah meningkat usia kanak-kanak, kami akan selalu bernasyid dua kalimah syahadah, Membacakan surah al-fatihah supaya mereka terbiasa mendengar bacaan-bacaan ini dan seterusnya mudah untuk menghafal. 

Surah al-fatiha adalah rukun wajib solat. Kami utamakan bacaan al-fatiha terlebih dahulu barulah diikuti dengan surah pendek yang lain. Peringkat sekarang adalah bacaan al-fatihah. Shaima' belum hafal sepenuhnya, tetapi kami cuba setiap hari mengajaknya membaca surah al-fatiha.

Perkara yang dilakukan untuk Shaima' menghafal al-quran
  • Setiap selepas solat maghrib kami akan membaca al-quran dan Shaima' pula membaca surah al-fatiha.
  • Setiap kali sebelum tidur.
  • Ketika sedang bermain.
  • Membawa Shaima' ke surau.
  • Solat berjemaah 

 
 



No comments: