Friday 6 November 2015

Persediaan Awal Memberi Perubahan Yang Besar

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Kebiasaanya saya akan kalut di awal pagi. Macam-macam yang perlu saya lakukan diawal pagi. Hanzalah apabila menyusu sangatlah lama. Seawal 4.45 pagi hinggalah ke 6.30 pagi barulah Hanzalah puas menyusu. 

Dahulu sempat mengepam antara pukul 5.00 ke 6.00 pagi. Kadang kala tanderm. Saya perhatikan Hanzalah seperti tidak puas menyusu, mudah meragam. Bertambah kalut untuk bersiap di waktu pagi. Saya mengatasi keadaan ini dengan menyusukan Hanzalah sehingga dia puas. Kebiasaanya dia akan bangun dengan ceria. Ketika itulah saya bersiap-siap mandi, solat dan bersiap-siap untuk ke pejabat.

Rutin sebelum ini adalah
4.45-6.30 : menyusukan Hanzalah sambil mengepam sebelah payudara 20 minit
6.30-7: mandi dan solat
7-7.30: 
  • siapkan baju taska, 
  • susu ebm Hanzalah 8 oz untuk 2 kali minum direndam dalam air supaya cair untuk memudahkan cikgu menyediakan sekiranya Hanzalah ingin menyusu. 
  • Memasak untuk Makan tengah hari dan malam ( jika suami kerja petang)
  • suami hantar anak-anak ke taska
7.30-8; menggosok baju dan tudung serta bersiap ke tempat kerja

Rutin saya sebelum ini membuatkan saya berpeluh dan mengah.

Percubaan rutin baru
4.45-6.30 : menyusukan Hanzalah
6.30-7: mandi,solat dan senaman ringan (regangan, squart 5x)
7-7.30: 
  • - siapkan susu ebm Hanzalah 24 oz sehari.(8oz telah siap dicairkan, ada sedikit ais untuk menyusu sesi pertama dan kedua. 
  • -Suami memasak untuk Makan tengah hari dan malam ( jika suami kerja petang). Menu ringkas, semua bahan telah disediakan di malam hari. Pes juga disiapkan untuk seminggu hingga sebulan.
  • - suami hantar anak-anak ke taska
7.30-8: bersiap ke tempat kerja.

Rutin mengepam saya bermula daripada pukul 9pg, 12tgh hari, 3 petang, 4.30ptg dan 11 malam. Setakat ini hasil memenuhi permintaan.
Kebanyakan rutin menggosok pakaian, menyediakan makanan mentah (thaw bahan mentah) dan thaw ebm dilakukan pada waktu malam.

Suami membantu memasak untuk makan tengah hari dan malam jika suami kerja petang (enteri di sini). Menu sangat ringkas seperti ayam atau ikan dibakar, sambal, asam rebus, masak pindang dan sayur ulam atau salad. Bahan-bahan telah saya sediakan pada waktu malam dan pes di hujung minggu.  

Ebm yang telah dicairkan perlu digunakan dalam jangka masa 24 jam. Setelah dicairkan, kebiasaanya masih ada ais, EBM tadi di simpan bahagian chiller. Selebihnya 16oz lagi masih beku.

Perlu mencuba rutin yang baru untuk melihat keserasian agar tidak lagi kalut setiap hari.


No comments: