Bagaimana saya boleh terjebak dengan kad imbas al-Furqan? Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Kami diuji lambat mendapat zuriat hampir 4 tahun. Setelah hamil saya cuba membaca mengenai ilmu keibubapaan. Sahabat saya memperkenalkan kepada saya blog Darwish Darwisya. Teknik yang diajar oleh Pn Lina Karim untuk mengajar anak-anak membaca al- quran.
Tertarik dengan blog Pn Lina Karim, saya teruja pula dengan seminar yang dianjurkan. Kami menyertai seminar teknik menghafal al-quran Darwish Darwisyah. Bermulalah matlamat kami untuk mengajar anak-anak syurga kami membaca al-quran.
Permulaannya saya membeli kad imbas al-furqan. Seawal usia 3 bulan saya sudah memperkenalkannya huruf mesra bayi seperti "ma", "ba". Saya tunjuk kepadanya sedikit demi sedikit. Banyak kad yang telah koyak. kakak suka masuk di dalam mulutnya. Semakin membesar dan sel-sel otak sedang bergabung suka pula dikoyakkannya.
kakak pula seorang yang kinestatik. Suka bergerak ke sana sini. Tidak fokus dengan sesi pembelajaran. Hanya 5 minit diperlukan untuk mengajarnya mengenal huruf hijaiyyah. Kami tampal kad tersebut di dinding. Pada permulaanya kad yang di tampal mudah dicapai oleh kakak. Sambil menyebut kami akan tunjuk dengan tangan. Tetapi kaedah tersebut tidak bertahan lama kerana kakak akan menanggalkannya.
Percubaan seterusnya kami tampal tinggi sedikit. Menggunakan kaedah yang sama sebut sambil tunjuk dengan sebatang kayu yang agak panjang (sebenarnya tiang bola keranjang).
Perlu mencuba pelbagai method untuk menarik minat kakak untuk belajar. Perkembangan terkini ketika usia kakak 2 tahun beliau sudah mula mengenal huruf hijaiyyah. Tetapi tidaklah semuanya.
Saya pun sudah mula jatuh cinta dengan kad imbas al-furqan ini. Oleh itu saya ingin membantu ibu-ibu yang lain untuk mendapatkannya. Bolehlah kita berjemaah bersama-sama, menyokong serta memberikan tips untuk mengajar sendiri anak-anak mengaji.
3 comments:
Bagusnya puan. Dapat anak dari awal lagi. Saya pun teringin buat macam tu tapi tak terlaksana. Dah besar pun anak.
Alhamdulillah, hikmah apabila lewat hamil. Kalau anak puan masih kecil masih belum terlambat. Jika sudah dewasa puan boleh bagi semangat kepada mereka. Insyallah sebagai ibubapa sama2 peroleh manfaatnya
Carlanisa is a fashion brand specializing in modern and traditional Malay attire
, including Baju Kurung, Kebarung, Jubah, and Tudung. The brand is renowned for its elegant designs, high-quality materials, and a balance of modesty and trendiness, catering to Muslim women's fashion needs. They frequently release collections suitable for festive occasions, daily wear, and special events, offering options that combine comfort and style.
Post a Comment