Thursday 23 April 2015

Tips memasak: Frozen soup paste

Teks: Huzaimah Basar


Assalamualaikum, ketika ini saya sedang mengamalkan kaedah memasak yang lebih efficient. Saya akan menyediakan paste untuk 2-3 minggu ataupun sebulan. Sebelum ini saya menyediakan makanan sejuk beku untuk seminggu enteri disini.

Bagi saya menyediakan paste memudahkan tugasan memasak harian. Menjimatkan masa memasak, kerana penyediaannya menjadi mudah. Kaedah ini saya perolehi daripada group Facebook Kelab Bekal/ Bento Malaysia. Ibu-ibu disini berkongsi bekalan anak-anak masing-masing beserta resepi yang berkaitan. Dari sinilah saya memperolehi idea untuk memasak menu seharian, selain buku resepi 365 hari.


Resepi frozen soup paste (Sumber Kelab Bekal/ Bento Malaysia)

2-3 biji bawang besar
4-6 ulas bawang putih
3 inci halia/ 2 sudu besar serbuk halia
6 kuntum bunga lawang*
6 biji buah pelaga*
2 batang kulit kayu manis*
1 sudu kecil bunga cengkih*
1/2 sudu kecil serbuk kas-kas (saya tak letak)
1 sudu kecil lada hitam
4-5 sudu besar jintan manis
2-3 sudu besar jintan putih
1-2 pokok ketumbar/ daun sup bersama akarnya.
2-3 sudu makan serbuk campuran 5 bahan yang bertanda * (5 spices) (Jika menggunakan serbuk)
1/2 cawan air

Cara-cara
  • Cuci sehingga bersih bahan-bahan di atas dan masukkan ke dalam pengisar.
  • Kisar sehingga halus.
  • Kemudian masukan ke dalam bekas ais kuib dan bekukan.
  • Setelah beku, simpan di dalam bekas ataupun zip lock plastic dan simpan semula di dalam peti ais beku.


Cara penggunaan
  • Keluarkan beberapa ketul sahaja paste yang diperlukan untuk masakan.
  • Boleh digunakan untuk menu seperti kew teow kungfu, hanya masukan seketul paste bersama sejumlah air, udang sotong, sayur dan sedikit tepung jagung serta garam. 
  • Sup ayam, masukan beberapa ketul paste kedalam sejumlah air, setelah mendidih masukan ayam/ daging, ubi kentang, celery, carrot, garam dan sebagainya mengikut citarasa anda. 

Kebiasaanya jika ada lebihan lauk, saya akan bekukan. Digunakan ketika emergency ataupun kemudian hari. Pernah seketika Shaima' kelaparan, cara yang sepat adalah saya keluarkan lauk sejuk beku, panaskan dengan microwave, kemudian hidangkan bersama pasta. Tidak perlu memotong bawang dan sebagainya.
 
Kaedah memasak yang sangat efficient, menjimatkan masa. Ibu-ibu boleh meluangkan masa untuk diri senidri dan keluarga. Selamat Mencuba.





********************************************************************************************************************************
Mencari baju Nursing and Maternity. Sila layari Facebook Barangan Keperluan Bayi dan kanak-kanak. Selain itu terdapat pelbagai produk yang di tawarkan, Breastpump, Tilam kekabu dan sebagainya.  

Berminat sila PM di facebook Barangan Keperluan ibu dan kanak-kanak


 




No comments: