Ramai ibu-ibu yang mengalami susu merudum. Bukan mudah untuk konsisten susu bekalan yang diperlukan oleh bayi untuk sehari. Kaedah yang saya lakukan adalah:
- Mengambil cuti sehari, memastikan bayi sentiasa bersama agar dapat menyusu dengan kerap.
- Tanderm, bayi menyusu sebelah dan sebelah lagi pam.
- Sentiasa pam selepas bayi menyusu supaya payudara betul-betul kosong.
- Menambah sesi mengepam daripada 4 sesi kepada 5 sesi.
- Menjaga pemakanan, elakan ais dan caffeine.
- Sebelum pam minum air suam (panas sedikit)
- Selepas pam makan sedikit snek seperti oat/ biskut bijirin/ roti whole meal/ dengan milo/horlicks. Elakan 3 in 1 kerana kandungan gula yang tinggi
- Makan pemakanan yang sihat, terutamanya sayuran hijau.
- Jika terlampau penat, berehat dahulu, kemudian pam sekurangnya 5 minit.
- Power pumping 10 minit kedua belah payudara dan rehat selama 10 minit. Tempoh masa selama 1 jam. (Saya jarang power pumping kerana terlalu penat)
- Pam 5 minit secara kerap, contohnya pam 5 minit kemudian melakukan pekerjaan lain. Pam lagi selama 5 minit. Minimum sebanyak 5 sesi. Lebih 5 sesi adalah lebih baik. kaedah yang sama seperti power pumping. Bezanya adalah tempoh masa untuk sehari. Sesuai ketika hujung minggu dan sasarkan jumlah onz yang diperlukan adalah sekali minum.
- Kekerapan menyusu dan mengepam secara konsisten adalah kunci utama. Makanan penambah susu adalah optional.
- Pilihan terakhir adalah sumplement. Jika bekalan susu stabil, saya akan berhenti mengambil sumplement dan hanya kerap menyusukan bayi, mengepam dengan konsistent dan menjaga pemakanan.
Happy Breastfeeding, Semoga Berjaya
No comments:
Post a Comment