Tuesday 28 April 2015

Mengajar anak tugasan rumah

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi

Anak perlu di ajar tugasan rumah agar mereka lebih berdikari. Selain itu mereka menggunakan moto skill yang pelbagai. Mereka akan rasa lebih tanggungjawab dengan tugasan yang dilakukan.

Membasuh pinggan dan cawan sendiri dapat melatih anak- anak berdisplin. Selepas makan pinggan dan cawan akan dicuci. Permulaan akan sangat sukar, tentulah anak-anak lebih gemar bermain air dan sabun. Ibubapa perlu bersabar dengan kerenah anak-anak. Permulaan juga, pastinya pinggan dan cawan tadi perlu dibasuh semula. Kebiasaanya saya tidak akan basuh semula depannya, takut-takut anak-anak kecik hati.

Apabila mereka sudah mahir membasuh pinggan makan sendiri dan lebih berdisplin, tugasan ibu juga akan berkurangan. Dapatlah masa extra untuk berehat dan sebagainya.




No comments: