Sunday 5 April 2015

Jimat masa semasa memasak


Teks: huzaimahbasar 
Gambar: koleksi peribadi

Proses penyediaan bahan untuk memasak kebiasaanya mengambil masa yang lama. Membersihkan lauk basah seperti ikan, ayam, daging ataupun makanan laut melalui proses menyiang dan membersihkan memakan masa. Penyediaan bahan-bahan menumis dan sebagainya juga memakan masa. Oleh itu perlunya kaedah yang sistematik yang memerlukan sistem yang tersusun, mudah dan cepat.

Untuk menjimatkan masa ketika memasak antara kaedah yang saya lakukan adalah dengan menyediakan paste. Kebiasaanya paste yang disediakan adalah basic paste yang mengandungi basic bahan iaitu bawang besar dan bawang putih dan basic sambal. 

Bahan tersebut dikisar bersama sedikit minyak untuk memastikan paste tahan lama. Sedikit minyak yang diperlukan ketika menumis. Tumis sehingga garing dan pecah minyak. Sejukan dan simpan didalam bekas yang kedap udara.

Kaedah yang sama untuk menyediakan paste sambal. Bahan yang diperlukan adalah cili kering, bawang besar dan bawang putih dikisar dengan sedikit minyak. Tumis menggunakan sedikit minyak. Tumis sehingga pecah minyak, sejukan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Group facebook kelab bento/ bento Malaysia, banyak memberi maklumat yang berguna seperti resepi dan panduan penbyediaan makanan. Banyak ilham yang dapat diperolehi daripada group Facebook ini.




No comments: