Tuesday 22 July 2014

Persediaan Baju Raya untuk anak

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum,

Syawal semakin menghampiri kita, bermakna ramadhan juga bakal meninggalkan kita. Bagaimanakah persiapan anda untuk menyambut syawal nanti? Pastinya ramai yang masih mencari keperluan untuk menyambut lebaran nanti. Lebih lagi dihujung bulan puasa ini, pusat membeli belah pastinya sesak dengan orang ramai.

Di sini saya ingin kongsikan antara persiapan lebaran untuk si cilik adalah pakaian ketika berhari raya. Pastinya si cilik memerlukan pakaian yang selesa sesuai dengan cuaca di Malaysia panas dan kering. Kadang kala baju mudah kotor di sebabkan makanan dan minuman, ataupun muntah si cilik. 

Pelbagai kebarangkalian yang akan berlaku ketika berhari raya. Lebih elok sekiranya kita bersedia. Oleh itu, mereka perlu menukar pakaian dengan kerap untuk keselesaan. Pakaian daripada jenis cotton lebih sesuai untuk kanak-kanak. Elakkan daripada ropol-ropol yang berlebihan kerana di takuti si celik tidak selesa walaupun ianya kelihatan cantik. Carilah yang pakaian yang ringkas.


Antara keperluan Shaima' untuk hari raya nanti

Berikut saya kongsikan beberapa keperluan si cilik ketika berhari raya:
  • Baju kurung atau baju melayu untuk hari raya pertama  - sehelai
  • Pakaian di siang hari  - 3-4 helai
  • Baju tidur - 2 -3 helai
  • Tuala mandi - sehelai
  • Pampers pantz - 6-7 helai
  •  Wet tissue
Seeloknya keperluan si cilik di simpan di dalam beg khas sebagai on the go beg. Tujuannya supaya mudah di bawa ke sana sini, memandangkan hari raya pasti membuat kunjungan berterusan ke rumah saudara mara. oleh itu On the go beg sangatlah di perlukan.


No comments: