Friday 4 July 2014

Menu Ringkas Asam Rebus dan Tom Yam

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum pembaca sekalian.

Alhamdulillah, sudah masuk hari ke 6 kita berpuasa dan hari ini adalah Jumaat pertama di bulan Ramadhan.
Memandangkan esok hari bercuti, saya bercadang untuk membeli belah barangan keperluan rumah.

Di minda saya telah ada menu iftar untuk esok. Menu tersebut telah saya sediakan pada hari sabtu yang lepas. Menu pilihan saya adalah Asam Rebus Jenahak. Cuma esok saya hanya perlu menambah salad atau ulam dan juga sedikit pencuci mulut.

Tahukah anda bahawa bahan-bahan untuk menyediakan Asam Rebus boleh dijadikan dua menu yang berlainan? 

Selain asam rebus, menu cadangan adalah tom yam.

Di sini saya kongsikan bahan-bahan yang diperlukan:
3 biji Bawang besar
2-3 biji bawang putih
5-6 tangkai cili merah
2 biji tomato

Cara Memasak
  1. Semua bahan tersebut dikisar. 
  2. Didihkan bahan yang telah dikisar dan dibahagi kepada dua bahagian, asam rebus dan tom yam.
  3. Untuk asam rebus tambahkan daun kesum, bunga kantan, serbuk kunyit dan ikan jenahak.
  4. Manakala untuk tom yam, letakan daun limau purut, serai, perahan jus limau kasturi,udang, sotong dan sayuran pilihan.
  5. Jangan lupa perasakan dengan garam. Jika boleh kurangkan penggunaan garam.

Bahan-bahan yang dikisar

Inilah rupa asam rebus ikan jenahak

Saya menyimpan asam rebus ke dalam deep feezer menggunakan bekas makanan yang boleh dipanaskan dengan microwave setelah ianya sejuk. Hanya perlu di panaskan jika mahu dihidangkan.
Bagi saya konsep ini dapat menjimatkan masa dan dapat mengurangkan makanan luar.

Saya harap perkongsian ini akan memberi manfaat kepada semua pembaca.




No comments: