Sunday 6 July 2014

Aktiviti hujung minggu

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pagi ahad yang indah. Memanjat kesyukuran dapat meluangkan masa bersama permata hati kesayangan. Walaupun hanya mengambil angin di hadapan rumah tetapi ianya sesuatu yang bermakna. Melayan kerenah anak yang semakin membesar dengan pelbagai ragam. Kadang kala kelakuannya mencuit hati.

Gemar bermain dengan kebun ayah, aksi ayah mencabut rumput di tirunya. Tetapi bukan rumput yang di cabutnya, daun kesum dan daun cekuh yang dicabutnya. tidak mengapalah Shaima', segalanya adalah pengalaman untuk diri mu.  


Setelah puas mengambil angin di luar rumah, bermain pula di halaman rumah. Sambil menyedai pakaian, mata memerhatikan Shaima'. Kali ini aksi umi tirunya, dengan penyapu serta penyodok. Tidak mengapa, selagi tidak membahayakan, mainlah sepuasnya. Selain itu dapat melatih deria rasa tangan kaki dan sebagainya. 



Selesai di luar rumah, Shaima' di beri sarapan pagi. Sambil itu, umi nya membasuh pinggan mangkuk serta mengemas atas dapur. Mengambil peluang ketika Shaima' tengah makan, dapatlah menyediakan puding roti untuk iftar di rumah nenek petang nanti.

Hajat di hati ingin menyediakan pancake bersama Shaima'. Pelbagai aksi yang menggelikan hati. Sudu untuk mengacau bancuhan kiri dan kanan. Tidak sempat lagi untuk di masak, bahan-bahan bancuhan tadi di rasai dulu oleh Chef Cilik. Walaupun dapur berkecah-kecah, tetapi hati ini tetap terhibur. Tidak mengapa, nanti ayah balik kerja boleh mengemas bersama. 


Selesai beraktiviti di bawah, Shaima' pun tidur setelah di mandikan. Boleh lah untuk merehatkan diri sebentar. Gembira rasa hati ini bila dapat menghabiskan masa berkualiti bersama insan tersayang. Esok dah mula bekerja, rutin akan kembali normal.
   



No comments: