Thursday 3 July 2014

Azam Ramadhan tahun ini (5 Ramadhan 1435H)


Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sudah hari ke 5 ramadhan kita berpuasa. Masih diberikan peluang untuk menikmati bulan ramadhan yang mulia ini. Besar harapan saya agar ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Ibadah puasa adalah ibadah yang istimewa daripada ibadah lain kerana ia dinisbahkan secara khusus kepada Allah Subhanahu wa taala.
Kita semua mengetahui bahawa Allah Subhanahu wa taala telah membentangkan seluas-luasnya kebaikkan yang banyak pada bulan Ramadhan. Ini adalah peluang untuk kita mengejar rahmatnya dengan menambah nilai amalan kita.

Di bulan ramadhan tahun ini saya telah berazam untuk menghabiskan 30 juzuk al-quran. Ramadhan sebelum ini saya tidak bersungguh untuk khatam al-quran di bulan Ramadhan. Mungkin tiada motivasi dan pemakin ataupun saya sendiri tidak bersungguh mencari motivasi dan pemakin tersebut.

Saya akui, sejak memperolehi anak, kehidupan saya disibukan dengan menguruskan anak. Kadang kala saya bertilawah, tetapi jika melayan penat dan malas tidak bertilawah saya pada hari tersebut. Saya sangat cemburu melihat suami bertiliwah, padahal saya ketika itu sedang menguruskan anak.

Pertengahan Mei yang lalu, sahabat saya menawarkan saya untuk menyertai Kumpulan ODHJ (One day half juzuk). Pencarian seramai 30 ahli untuk satu kumpulan. Kumpulan ODHJ ini di wujudkan melalui aplikasi waatsup. Saya sangat teruja kerana sedang mencari motivasi untuk diri sendiri.

Konsep ODHJ adalah:
  1. setiap ahli bertanggungjawab melaporkan juzuk yang telah mereka selesaikan mengikut susunan yang telah disediakan setiap hari. Matlamatnya adalah dua hari satu juzuk. Oleh itu kumpulan ODHJ ini akan khatam dua hari sekali secara berkumpulan.
  2. Ahli juga akan diberi hadiah iaitu ikon yang menarik untuk motivasi diri sendiri.
Kumpulan ODHJ

Sempena ramadhan, diwujudkan pula kumpulan ODOJ (One Day One Juzuk). Kumpulan ODHJ di rehat kan seketika. Seramai 50 ahli di dalam satu kumpulan ODOJ, had maksimum di aplikasi waatsup. Konsep yang sama, setiap ahli perlu melaporkan juzuk yang telah diselesaikan. Bezanya setiap ahli akan bermula dengan juzuk satu, dan bilangan juzuk yang telah diselesaikan adalah bebas untuk setiap individu. 

Setiap ahli mempunyai matlamat tersendiri untuk khatam al-quran. Masing-masing berazam untuk khatam al-quran paling minima adalah sekali. Lebih daripada sekali adalah bonus untuk diri sendiri.
Laporan daripada ahli-ahli kumpulan.

Melihat laporan rakan-rakan, memberi motivasi pada diri saya untuk menghabiskan 30 juzuk pada bulan ramadhan tahun ini. Mereka boleh lakukan, saya pasti boleh. Semoga saya sentiasa beristiqamah dan menjadikan bertiwah al-quran sebagai rutin harian saya.

Selamat Menyambut Ramadhan AlMubarak


No comments: